11 Sep 2009

Tolong jangan ketawakan, ini pengakuan tulus dari hati...

...semalam saya tengok The Little Mermaid kat you*tube. The whole movie T__T.

Prince Eric hero filem The Little Mermaid
(bila taip 'hero' macam dia betul-betul wujud T__T)


Nih semua gara-gara baca buku The Little Mermaid last Monday at my sister's house. Kononnya nak bacakan buku tu untuk baby Anas, tengok-tengok makcik dia yang over baca laju-laju budak tu dok terkelip-kelip je. Musti dia pikir "Apa ajelah perempuan nih cuba buat?"

Disebabkan cerita dalam buku tu terrrrrrlalu diringkaskan (tak sempat nak feel pape), saya pun naik tingkat atas (rumah kakak), mintak anak sulung dia carikan saya movie tu. Kecewa yang teramat sekali sebab The Little Mermaid takde dalam koleksi DVD mereka. Sob sobsss... So, Little Mermaid takde, anak dia yang sangat baik hati yang macam memahami makcik dia yang kecewa nih pun offer untuk pasang movie lain. We watched Beauty and The Beast instead of Little Mermaid yang tak ada tu, tssskkk.

Baru nak amik feel (adalah dalam tak sampai 10 minit menonton dengan penuh perasaan) nama saya dilaungkan secara berjemaah oleh kakak (kakak lain - bukan tuan rumah) dan anaknya. Dia suruh saya turun bawah buat sos coklat (chocolate ganache <-- tak pasti kenapa kena translatekan? HEH). Efgdhjqpftttt sungguh! Kacau daun! Kecewa lagi sekali T_______T.

So, pagi tadi lepas Subuh mata tak boleh nak lelap. Tiba-tiba TINGGGGG! Sebuah pelita ajaib tumbuh di kepala saya errrr maksud saya sebuah brilliant idea datang suruh saya bukak you*tube [Search: The Little Mermaid]

Jumpa. Hooray! Hooray!
Maka menontonlah (macam salah letak imbuhan, ah lantak lah!) saya filem itu sebanyak 9 parts. I suka betul tengok wajah tampan Prince Eric *blushingggg*

Tadi saya gunakan khidmat Inchek Ahmad Gugel untuk cari gambar Prince Eric. Jumpa picture yang di atas itu dannnnnn...yang di bawah ini juga...
































































































Sumpah I tak tipu! Anda cuba taip 'Prince Eric Little Mermaid' kat gugel search engine nanti akan keluar gambar ini T____T.

Saya taip entry ini di malam hari, jadi tak puasa so macam tak dosa sangat (aik, dosa ke tengok gambar kartun yang semacam ini? Kartunlah. Kartun. Hanya kartuuuuuun! Kartun saja). Tapi, kalau anda tengok ini di siang hari dan berasa sedikit lain, anda tanggungkah akibatnya sendiri HAHAHAHAHAHAHAH.

Mungkin pahala puasa anda akan dipotong. Saya tak bersalah heh.

3 comments:

izwan7 said...

harsh tackle
nak kena yellow card ni..
takpe aku tgk xde rase pape pun..xkene potong elaun aku arini

nad nazira said...

warghhhhhhhhhh.sexy giler prince eric nih. naseb baik la kartun.hihi.

CikChelsea said...

izwan7,
aku takde tackle sape2 pon =p
mana bley tetiba nak mengenakan kad kuning utk aku heh.

nad,
hahahahahahhahaaaaaa
tulh kn nasib baik kartun =p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...