30 Oct 2009

4-5-4

Bukan football formation, takkan la 1 team main 13 orang plak ye tak? Kalau referee bias sekalipun, baru main 12 orang keh keh keh...

Busuk la ref kalau bias! Paling menyakitkan hati tengok game berat sebelah. Tapi, nak buat camne kan guna manusia...itulah fitrahnya. Lainlah kalau guna robot, set macam tu...macam tu la yang dia buat. Eh, macam dah lari topik.

Tajuk entry = hasil jaringan Chelsea for the last 3 games. Kalau 4-4-4 lagi lawa ek? Tapi, mana nak campak own goals Perea (Atletico Madrid) sama Givet (Blackburn Rovers) tu kan??? Susah-susah dorang 'sedekah' goal untuk Chelsea, jadi kita terima jelah dengan hati yang terbuka huwkakakaka!!!

mereka adalah kesayangan

Tak sia-sia saya berhajat nak jamakkan entry pasal kemenangan besar Chelsea semenjak game minggu lepas, tercapai jugak dengan kemenangan 4-0 ke atas Bolton pagi Khamis lepas. Sanggup neh buat cupcakes awal pagi semata-mata nak tengok game, walaupun delayed. Layan la dulu game Arsenal vs Liverpool. Kesian YB team dia kalah lagi huhuhu. Bye bye Liverpool you'll have to walk alone! (evil laugh). Rasanya (seingat sayalah) belum pernah Chelsea scored big numbers sampai 3 games berturut-turut macam season nih. Even, kelab lain pon belum tentu ada 'history' macam apa yang Chelsea buat nih (mati la puji kelab sendiri melambung-lambung).

3 games. 3 different league. Semua big numbers. APAKAH TANDANYA??? Harap-harap la 'formula baru' yang Ancelotti pakai nih akan konsisten tahap kemantopannya. Teringin sampai tahap mengidam woh nak tengok Chelsea julang UEFA Champion League punya piala! Kalau la season lepas Chelsea menang, confirm saya duduk kat mamak sampai sesi bagi hadiah. Tunggu sampai siaran tamat pun sanggup (over kau haha).

"Aku memang best" - Carlo Ancelotti

Harapan ke-2. Harap kehadiran Ancelotti dapat 'membisukan' para menyokong team 'setan' kat luar sana dengan membantu Chelsea merangkul beberapa title season nih (sumpah tamak neh weiii takmo 1 title tapi nak beberapa kah kah kah!). Harap-harap (haraaaappp lagik =.=' dah takde perkataan lain gamaknye) magic touch Ancelotti ketika bersama dengan AC Milan dulu dibawa pula ke Chelsea. Pergi la sana gugel kegemilangan seorang manusia bernama Carlo Ancelotti ketika membimbing skuad AC Milan. Sumpah drooling mata kau tengok piala-piala yang dorang menang (heh, kau ingat aku drooling tengok handbag atau kasut je?)

Eh ok, tak boleh menceceh lagi, kena masuk dapur bersengkang mata ngadap kek pulak. Ok, bye.

5 comments:

eddie dewanaga said...

akhirnya 'berbunyik' jugak dia... i've been waiting for about some times.. and here we are!

jika di Soccernet, ada kem Liverpool, ada kem M.U, ada kem The Gunners dan tak lupa ramai yang menyertai kem Chelsea. Setiap rilisan entry berbaur pujian untuk kem sendiri dan kutukan, perli, caci maki untuk kem lawan.

Tapi jika di blog sendiri, kita bebas memuji dan terus memuji, mencaci dan terus mencaci.

hahaha... sebenarnya, i have nothing left to say about recent games, semuanya dah masuk blog gua, nothing else u want to hear, my dear... kita tau siapa kita, siapa yg kita support. fullstop!


Our blood is blue, our team are true... Chelsea for life!

eddie dewanaga said...

Carefree, wherever we may be,
We are the famous CFC,
And we don’t care, whoever you may be,
‘cos we are the famous CFC..!



biar orang jelak... we don't give a damn.

izwan7 said...

kenape membisukan penyokong team setan je?
team lain mcm liverpool ngan arsenal tu kire tak hebat la kan?
hahahaha..
okey,tunggu 8hb nanti.

CikChelsea said...

eddie,
di saat dan ketika aku meng'reply komen kau...team kita sekali lg dh "baham" bolton dgn keputusan yg sama. jgn kata tercalar, koyak rabak maruah bolton kita "kerjakan" minggu nih.

(aku kena tengok delayed telecast sbb td aku TERtido akibat kepenatan yg teramat sgt)

CikChelsea said...

izwan7,
sbb time team aku kalah yg paling kuat "menyalak" adalah budak2 se"darah" dgn kau. mereka yg sanggup buzz aku kat YM semata2 nak ucapkan "takziah", mereka yg tiba2 menjadi "rajin" hntr text pon bg ucapan takziah.

tp, kau jgn la terasa sgt yerr...sbb kau tak termasuk di antara mereka yg aku maksudkan walaupun kau sokong team setan..hehe ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...