4 Oct 2009

Bukan kekasihku seru dan jangan tegur

Kembali bersiaran.

Berita penting.

YONG PENG - Penulis kembali ke pangkal jalan. Eh salah. Kembali ke pangkal blog kerana telah disapa dengan mesra oleh 'abang' (auuwww) Eddie si Dewanaga. Cam geli pulak translate 'brader' to 'abang' haha. Abaikan.

Chop! Lu rindu kat gua ke bro? Kah kah kah =D

Actually kan bro, saya (saya? wah begitu sopan santun sekali, anak siapalah neh? T_T) takde pun beraya sakan. Berbekalkan baju raya nan sepasang tahun ini, saya hanya keluar berhari raya pada hari raya pertama ke rumah saudara mara yang berdekatan. Selepas kegiatan pada raya pertama, sesungguhnya tiada lagi kegiatan beraya ke rumah sesiapa. Ini seriyes.

Tatau la pesal tade mood langsung nak beraya tahun nih. Mungkin sebab badan letih kot, minggu terakhir Ramadhan, paksa badan over limit siapkan semua tempahan yang ada. Kurang beribadah tahun nih, sob sob. Rasa rugi yang teramat sangat. Harap-harap masih berpeluang berjumpa Ramadhan tahun depan, InsyaAllah. Amin...

Antara penyebab lain penulis tak meng'update' blog pada minggu pertama Syawal adalah disebabkan line Streamyx yang di'block' buat sementara sebab tak bayar bil. Mari gunakan alasan BUSY lagi sebagai penyebab tak sempat nak bayar bil. Heh. Sumpah penulis macam cacing kepanasan bila tak dapat online. Serba-serbi tak kena. Al-maklumlah, ber'business' pun online base, bila tak dapat internet access tu macam bengong lah jadinya =S. Nasib baik juga precious and dearly customers takde yang complaint apa pasal tuan tanah blog tak reply emel secepat mungkin. Terima kasih kerana memahami :)

Selain daripada itu (ada lagi tu alasan keh keh keh), penulis juga berasa sangat sakit hati sebab di kala keghairahan dan rasa membuak-buak ingin meng'update' blog, laptop pulak tak mahu 'baca' data dari memori kad kamera. Haruslah mahu memberi anda selingan di dalam entry terbaru dengan gambar-gambar yang berjaya dirakam. Tapi, memberi masaelah pula memori kad itu...terus penulis berasa hampa (pernahkah kau merasa hatimu hampa? Eh, tiba-tiba ternyanyi lagu Ungu. Pasha...ilebiu gagagagaga~) merajuk tak nak update blog.

Sebelum penulis berhenti menaip. Izinkan penulis mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin. Masih bulan Syawal kan? Boleh lagi nak mintak maaf kan kan kan?

Aksi emak dan abah penulis bersama-sama bala tentera cucu. Gambar kreatif dihasilkan oleh penulis yang bukan sahaja berbakat menulis malah mengambil gambar juga (sempat nk up diri sendiri kah kah kah).


Sekian sari berita penting =p

2 comments:

eddie dewanaga said...

jangan bilang pasal rindu la kat sini, malu seh orang baca...

kalau lu supporter 'Mancis'ter United, gua dah tentu2 tak peduli lu nak update atau tidak, atau sekurang-kurangnya gua akan sound...

"wei... lu dah lupa password ke..?"


Ini lu dah terang-terang memuja kelab yg sama dgn gua, gua tak nak la ilang member... dah la species macam kita ni tak ramai.

CikChelsea said...

har har har...wat pe nk malu bro klo betul..kah kah kah! gurau je bro =p (matik la kne pelangkung dgn buah hati pengarang jantung lu)

terharu dgn keprihatinan lu utk ahli kelab pop eh silap ahli kelab chelsea

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...