16 Oct 2009

Duit lagi! Apsal hari nih entry pasal duit je weh???

Sebab apa saya start blogging ek? <-- ek? nampak sangat orang Johor! Ekkkkkkkk (Sinar.fm selalu sangat keluarkan iklan 'ekkkk' tu)

Memula saja suka-suka. Bermula dari suka baca blog orang lain, sampailah terdetik hati nak tulis cerita hidup dan kisah sendiri dalam blog sendiri. Yelah, takkanlah nak tulis cerita sendiri dalam blog orang lain pulak kan? Duh! =.="

Lepas tu (teng...teng...teng!) <-- menyampah okeh tetiba buat gaya suspens! Lempang nak?

...lepas tu menulis dan meng'update blog adalah semakin menerujakan (rasa cam takde perkataan nih dalam Malay vocab) sebab dengan blogging boleh buat duhet. Yarrrr...money, money, money! Wah, ayat cam perempuan materialistik pulak kedengarannya huwakakaka!

Menjana duhet dengan menempek iklan di blog. Bermula dengan sign up kat google ads tapi nan ado diterimanya sehingga kini. Alasan: google team takleh faham apa jenis blog aku dan isi kandungannya. Boley? Blah la ko! (haha emo lebih)

Saya beralih arah mencuba nasib (cey, ayat nak best...tak nak kalah!) kat Nuffnang pulak. Pendaftaran lulus! Sejak itulah bermulanya 'simpanan' saya melalui blog. Belum pernah cash out pon sebab blum layak, hua hua hua pathetic! Blog aku mana ada banyak readers T___T. Tapi takpe, tak kisah. Dari situlah boleh belajar erti kesabaran.

Hari tu saya tengok video Project Alpha yang Nuffnang buat, Redmummy punya interview. Kagum weh dengan Kak Red! Dia boleh beli SEJIBIK Lu-ie Vu-ton dengan duit hasil blogging! Bukan calang-calang handbag yerr...sekali rembat yang varnish tuh! Sesungguhnya daku jelessss!

camnih kot Redmummy punya

Saya pon berangan-angan lah nak jadi cam dia kan, tak usik duit simpanan atau guna kredit kad pon semata-mata nak memenuhi nawa nafsu (matilah ada yang terasa).

Satu lagi website yang akan mintak 'tolong' kita blogger supaya serve dorang punya iklan is Catcheye.com. Belum launch lagi, 25hb nanti baru launch. Dari apa yang saya baca, functionnya sama macam nuffnang. Tempek iklan dan dapat duit from unique views yang masuk dalam blog kita. So, if you interested to get money from blogging, do click here. Jom ah sesama kita menabung kat internet, keh keh keh.

6 comments:

izwan7 said...

o ko tak penah cashout lagi?
simpanla sampai leh wat kua myvi sebijik
catcheye pulak?nanti buat reminder entri eh bila dh launch..aku ni nyanyuk..

CikChelsea said...

bpe sen sgt la wang saku yg nuffnang bg kt aku wan...cmne nk cash out..sob sob..tp duit saku aku naik cepat lps aku tulis entry sinopsis nur kasih..keh keh keh (tak sesia aku menulis bsungguh2 utk entry tu =p)

alaaaa...ko sign up skrg pon dh bole =D

eddie dewanaga said...

mungkin sebijik Ibanez 'Darkstone' yang berkemampuan untuk menyalak nyaring merabak Marshall gua... dengan barisan humbucker(mungkin bertukar ikut keserasian dan bunyi bingit ala-ala Kreator)

kuasa duit beb!!!

CikChelsea said...

ibanez darkstone tu ape mende?
aku tak paham langsung T___T

sejujurnya tak guna khidmat encik gugel utk mencari nama2 khas yg kau sebut tu

eddie dewanaga said...

hehehe... apa saja nama yg gua guna, googling la sayang oi, takmo malas... general knowledge tu...

adik ceeramoon baru je tunjuk total nuffnang dia yg riban-riban tu, dengar cerita kakak2 dia lagi besar2 punya digit diorang dapat...

gua punya sebelas hingget, masuk watson dapat kit-kat dgn toblerone je...

selenga betul!

CikChelsea said...

errrrr, im not so sure is it general knowledge or specific knowledge bcoz i believe if it's;

general knowledge= i know its guitar

specific knowledge = specific name ibanez darkstone.

mcm org lelaki, i know among u..ada yg tahu apa itu eyeshadow (kasi cth yg paling mudah) but do you really know what type of eyeshadow is it? matte ke? shimmer ke? crayon ke?

tol x? tol x? hehe..nk mng gak takmo kalah ;p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...