19 Oct 2009

Konsert Retro Gempak Selebriti Astro

Anda pernah buat kerja gila? Pernah? Tak pernah? Bercadang nak buat tapi belum berkesempatan? Weekend nih sumpah penat! Melayan permintaan teman yang paling saya sayang dan kekasih hati. 2 hari berturut-turut buat kerja gila, hari pertama dengan perempuan yang dinyatakan itu. Hari ke-2 bersama lelaki kesayangan. Kalaulah kepala lutut boleh bercakap dah lama saya kena maki T___T.

Hari:Sabtu

Tarikh: 17hb Oktober 2009

Lokasi: Dataran Kluang

Acara: Konsert Retro, Gempak Selebriti Astro


Akim AF7

Pergi event ni atas permintaan sahabat yang tersayang. Nak sangat jumpa Akim, Stacy & Nubhan. Layankannnnn. Dari Yong Peng ke Kluang takde la ambik masa lama sangat, kurang sikit nak sejam. Sampai Kluang mencekik dulu kat Kluang Mall baru gerak ke dataran (bersebelahan dengan Dewan ... <-- aiseh tak ingat nama dewan la pulak!)

Elok je sampai kat tempat event, artis-artis yang Astro bawak baru je duduk untuk sesi bergambar dengan peminat dan sign autograph. Saya pun gunakan skill menyelit untuk pergi ke barisan hadapan (paling tak tahan time nih ialah bau badan manusia-manusia kat situ weh, sumpah aku nak pitam!). Sambil nak menyelit buat ayat baik punya "Bang, bang...tompang lalu sket, nak amik gambar", "Kak, kak...tompang selit sket eh, nak amik gambar" tak pun saya guna ayat "Dik, dik...tepi sket boleh? Nak amik gambar".

SEMUA berjaya okeh! Huwakakakaka! Tulah, kat tv kan dah banyak kali ajar 'budi bahasa amalan kita'. Saya mintak elok-elok dapatlah. Cuba kau mintak "Tepi la sket, orang nak amik gambar ni!!!" Dengan nada yang garang lagi berlagak, kau ingat boleh dapat? Dapat memang dapat. Dapat maki! Tak pun dapat penumbuk!

Nubhan AF6

Lagi satu sebab, saya yakin mendapat laluan dengan mudah disebabkan camera gedabak yang saya bawak. Ada kot yang ingat saya nih reporter, kah kah kah! Tanya kat Mimie, "Mie...I ada gaya macam reporter ke?" Dia jawab "Ada." <-- nih tatau la sebab nak amik hati ke apa haha =p
Stacy juara AF6

Sumpah teruja weh pergi 'kejar' artis, sambil menyandang kamera gedabak! Puas hati jugak sebab bila dah ada kamera besar, berdiri paling depan sekali dan mempunyai suara high pitch menjadikan ia pakej lengkap untuk jadi paparazzi, kah kah kah! Mana taknya, saya panggil sekali je confirm artis yang dipanggil tu akan tengok ke arah kamera saya (takat kau pegang henpon @ digital camera kecik tu, lepas aku snap baru lah kau pulak dapat shot hahahahahampehberlagaknakmamfusaku..tumpang lalu~)

Farah AF @ Farah Anuar @ Farah Breep-breep bersama Idayu AF
(sumpah Farah ni lawa gile, kalau aku lelaki memang aku tackle sampai dapat. Statement macam lesbo, huwakakaka!)

Petang tu cuma ada sesi bertemu peminat (takde la bertemu sangat sebab artis duduk 'dalam' kawasan pagar), lebih kepada sesi amik gambar artis secara suka-suki. Konsertnya malam. Saya ingat kami akan balik petang itu jugak, tapi ramalan ku TIDAK BENAR belaka! Sesungguhnya saya dipaksa untuk melayan kerenah perempuan itu sampai malam. Kena tengok konsert jugak T__T. Mula-mula terdetik dalam hati "Aduuhhhhh...pulak dah!"

Owh, Jimmy Shanley pun ada tengah shooting Trek Selebriti =D

Terpaksa la 'membuang' masa kat Kluang Mall sementara nak tunggu ke malam. Sempatlah pergi cuci mata kat Pacific, 'melalak' dalam bilik karaoke 1 jam, melilau-lilau bebebeberapa jam. Sempat jugak tapau apa-apa yang patut (takut kot-kot lapar time tengok konsert). Semangat tak? Huwakakak!!!

Kitorang sampai lambat hoccay! Jalan dah jammed nak mamfus, lepas tu tempat parking punyalah hazab nak dapat. Nasib baik Mimie yang drive, kalau aku...memang aku pusing terus balik! Camner la nak jadi paparazzi camnih kan? Muhehehehehe...

Kalau ikut schedule konsert Gempak Selebriti Astro sepatutnya start tepat pukul 8.30 malam, tapi biasalah 'janji Melayu' wajiblah mula lambat. Ye dok? Around 9.15 malam barulah penari amik tempat masing-masing sekaligus memulakan acara. Tapi, daripada pukul 8.30 malam ke 9.15 malam tu adalah sesi pot-pet-pot-pet yang dikendalikan oleh sorang krew Astro, Rostam Era, Nana Era and Krill Sinar.

Dah alang-alang 'angkut' kamera berat dan besar tu, haruslah aktiviti menangkap gambar artis kat Konsert Gempak Selebriti Astro tu dilakukan secara terlampau, keh keh keh. Barulah berbaloi dah berpenat-penat sampai ke malam kan??? Snap punya snap, adalah dekat 200 gambar yang berjaya dirakam (termasuk gambar waktu siang).

Tapi yang buat potong 'stim' time tengok konsert tu, ada pulak mamat 'high' kat sebelah kitorang! Tau apa dia buat? Saya start pelik bila setiap 10 minit dia akan cangkung (kitorang berdiri je sebab dah kat kawasan yang agak terkebelakang) capai something then bangun balik. Tiap-tiap kali dia bangun tu confirm ada bau pelik. Mula-mul tak syak apa-apa, sampailah entah camne tergerak hati nak toleh time dia cangkung tu. Sekali tu suuuttttt, baik punya...SEDUT GAM! Sentap mak! Patutlah lain macam je gayanya, sumpah scary weh! Teruslah aku ajak Mimie cabut pergi depan sikit =S.

Gambar-gambar artis time tengah performed nantilah saya upload. Kena edit dulu. Banyak tuuuuu nak siapkan (macam ada yang suruh pulak kan? HEH!). Kot-kot website OhBulan ke OhArtis ke Murai ke berminat nak gambar-gambar itu secara esklusif tanpa watermark, boleh la kita kaw team nanti ek? Keh keh keh! Gambar dijamin clear dan hot! Tak caya tengok contoh (Akim, Stacy, Nubhan, Farah & Idayu AF) kat atas tu =p

Antara artis-artis yang turut serta dalam Konsert Retro Gempak Selebriti Astro kat Dataran Kluang: Anuar Zain, Khatijah Ibrahim, Ning Baizura, Zainal Alam Kadir, Tam, Tok Wan & Alisya. 'Bebudak' AF yang ada: Stacy, Akim, Zahid, Yazer, Hazama, Edlin, Farah, Idayu, Akma, Noni, Nora, Fitri, Toi, Nubhan, Nadia, Farhan, Reza. Farish Astro punya host tu saya nak letak under kategori apa eh? Heh.


P/S: Tolong jangan jadi manusia keji nak take granted atas usaha orang lain okeh! Aku lempang lelaju sesape curik gambar kat atas tu lepas tu buang watermark!

P/S/S: Lenguh-lenguh kt kaki nih masih terasa =S

6 comments:

MommyCT said...

salam...rajinnye menangkap gambar artis.
Takde org lain perasan ke kat mamat yg hidu gam tu? isk...

Akak link to yours ya.

CikChelsea said...

w'salam sis =)

memula mls gak nk amik gmbr, tp dh alang2 dtg...redah jelh =p

rs nya ada yg prsn tp sume cm wat bodo je kot

nt sy add link akak on my blog list...thnx again =D

izwan7 said...

aku tengok muke akim,nubhan mahupun farah tu aku boleh tahan lagi takde perasaan..

tapi kalau muke stacy..owh22x..

awatla hang comey sgt stacy?

CikChelsea said...

mungkin kalau kita jd lelaki, taste kita sgt berlainan Wan...

aku nk gak si Farah breep2 tu =p

ha ha ha!

mimie said...

kalau i jadi lelaki pun i pilih stacy...cute gilew....comilnya...tapi memandangkan i ni pompuan jadi akimla pilihan hati no doubt:)

CikChelsea said...

hoh iyolah mie T___T

i tgk stacy biasa jeeeeee

akim pulak terlalu baby face utk aku pilih =p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...