5 Oct 2009

Oh tidak, YB sudah bagi hint (menggelabah okeh!)

Hint apa? YB nak masuk merisik ke meminang? Hahahaha, tidak sama sekali!

Masa bulan puasa hari tu, dia ada forward 1 emel nih. Cerita pasal Raya dan Kisah Balik Rumah Emak. Saya baca dengan penuh khusyuk dan tawaduk okeh =p. Mungkin dah ramai yang dapat emel ni, tapi pada yang belum pernah baca, saya sangat teruja nak berkongsi kisah ini dengan anda semua :)

Setiap kali menjelang Ramadhan terngiang-ngiang suara ibu yang rasanya baru saja saya dengar walaupun telah berlaku berbelas tahun.

Ibu: Apa yang nak ibu cakap ni dengar baik-baik lebih-lebih lagi pada Ateh dan Acik (kedua-duanya anak perempuan). Ateh akan mendirikan rumahtangga tak lama lagi. Apabila hampir penghujung puasa dah tentu kamu suami isteri akan berbantah-bantahan untuk pulang ke kampung siapa pada hari raya pertama. Betul tak?

Ateh & Acik: Betul. Mestilah rumah ibu dulu.

Ibu: Dengar dulu. Contohnya jika rumah kamu di KL, rumah ibu di Johor dan rumah mentua kamu di Kuala Selangor, rumah siapakah yang akan kamu tuju dulu?

Ateh & Acik: Rumah ibulah.

Ibu: Tidak. Ibu tidak izinkan kamu balik ke sini. Baliklah ke rumah mentua kamu dan jika mentua dan suami kamu izinkan, barulah balik ke rumah ibu. Ibu tak kisah hari raya yang keberapa sekalipun.

Ateh: (Mengangguk)

Acik: Mana boleh macam tu tak aci lahhhhhh. Kena gilir-gilirlah baru adil.

Ibu: Ingatlah, jika anak-anak perempuan itu sayangkan ibu bapanya dan inginkan kebahagian ibu bapa nya di akhirat nanti, taatlah pada suami dan mentua.

Acik: Macam agama H*d*u lak. Dah kahwin tak boleh gi rumah emak bapak.

Ibu: Bukan macam tu. Islam tu indah, setiap anak-anak perempuan yang taat pada suami di samping mentua mereka, ibu bapanya akan mendapat pahala di atas ketaatannya itu. Seperkara lagi, untuk menjaga suami tidak sesusah mana, hanya dua perkara kalau kamu nak menundukkan suami kamu mengikut Islam. Jagalah nafsunya dan jagalah perutnya. Insya-Allah dia tak akan ke mana-mana, kalau dia melilau pun dia akan kembali kepada kamu juga. Pahala kamu ada di dalam rumah, kamu tak payah bersusah payah macam kaum lelaki di luar rumah mencari pahala.

Ditakdirkan Allah Ateh bernikah dengan lelaki yang yatim piatu, jadi setiap tahun beraya bersama ibu manakala Acik pulak masih mempunyai ibu bapa mentua.Hampir setiap tahun pada hari raya puasa Acik sekeluarga akan beraya di rumah mentua di Melaka cuma pada hari ke-4 atau selebihnya di rumah ibu.

Dengan takdir Allah ketika saya berada di tingkatan 6 Rendah, dua hari sebelum hari raya puasa Acik sekeluarga tiba di rumah ibu. Ibu terkejut tapi saya rasa terkejut campur gembira agaknya ibu pada masa itu. Selepas pulang dari solat terawih ibu duduk berbual dengan suami Acik.

Ibu: Bila kamu nak bawa isteri kamu pulang ke Melaka?

Suami Acik: Kami akan beraya di sini dan raya ke dua nanti baru balik ke Melaka

Ibu: Adakah ini desakan dari isteri kamu.

Suami Acik: Tidak bu. Saya izinkan keluarga saya beraya di sini.

Ibu: Bagaimana ibu bapa kamu adakah mereka setuju?

Suami Acik: Mereka tiada halangan.

Ibu: Izinkan ibu bercakap dengan emak kamu.(Suami Acik bangun dan mendial nombor telefon kampungnya dan menyerahkan gagang telefon pada ibu. Lama jugak ibu berbual dengan besannya.)

Ibu: Emak kamu tak ada masalah kamu sekeluarga beraya ber sama ibu di sini (sambil menitiskan airmata). Terima kasih kerana membawa anak dan cucu-cucu ibu ke sini.

---------------------

Apabila habis bulan Syawal seperti biasa hanya saya dan ibu saja tinggal di rumah. Sebagai anak yang bongsu dan paling rapat dengan ibu dan masih solo ketika itu, ibu mencurahkan perasaan dan berbangga kerana dapat membimbing anak-anak perempuannya ke arah Islam. Tapi ibu amat kecewa dengan kedua-dua anak lelakinya yang seperti lembu dicucuk hidung, menjadi 'pak turut' kepada isteri mereka. Bayangkanlah menantu perempuan ibu yang sulung tidak pernah bermalam di rumah ibu. Apatah lagi lepas makan, nak tolong basuh pinggan ke atau tolong kerja-kerja rumah yang lain kirim salamlah.

Semasa saya di tingkat 6 Atas, ibu kembali ke rahmatullah membawa seribu kekecewaan di atas sikap anak-anak lelakinya.

Alhamdulillah, apabila saya mendirikan rumahtangga masalah pulang beraya tak mendatangkan masalah pada suami kerana semua jenis cuti kami sekeluarga akan habiskan di rumah mentua saya. Saya juga salah seorang menantu yang disenangi.

Saya selalu bertanya pada diri saya sendiri, "Sempurnakah sudah aku sebagai seorang menantu?", "Sempurnakah aku sebagai seorang isteri yang solehah?", "Berjayakah aku menjadi ibu sepertimana ibu ku dulu?" Ya Allah, berilah aku petunjuk dan pimpinlah aku ke jalan yang Engkau redhai. Aminnnnnn...


Moral: Jangan gaduh pasal balik raya la, pakat baik2. Buat anak lelaki, tanggungjawab kat ibu sampai salah seorang (anak tu atau ibu) menemui ajalnya. Buat para isteri, jangan sampai jadikan suami anak derhaka.

So, weekend lepas masa bertemu YB, saya utarakan persoalan raya 'kami' nanti (dah verangan okeh kah kah kah). Eh, tapi bagus apa merancang awal-awal kan? =p.

Saya: Nanti raya kita camne nak bahagi-bahagikan turn?

YB: Raya tiap-tiap tahun kat rumah orang la. (Dalam hati saya kata "Eh banyak chantek muka hengko". Hahaha)

Saya: Eh, mana aci camtu! Ikut turn la, tahun ni rumah awak tahun depan rumah orang lak.

YB: Tak baca emel yang orang send tu ke? (Hampagas sungguhlah kan melibatkan emel pulak)

Saya: Baca, tapi nak buat gak sistem giliran. Barulah adil dan saksama.

YB: Kalau orang takde, siapa nak tolong buat persiapan? Adik beradik Baby ramai, takpelah. Ramai boleh buat kerja. (Point di situ. Memang betul adik beradik saya ramai. Terpaksa akur T__T)

Saya: Alaaaaaaa...

YB: Ala, malam raya dengan raya pertama kat rumah oranglah. Lepas tu sampai raya ke-10 kat rumah Baby pun takpe.

Saya: Tapi, kalau tiap-tiap tahun raya kat rumah awak, nanti bila giliran adik-beradik orang raya kat YP dorang amik gambar, nanti gambar kita takde. (Agak bongok kan alasan ni tapi itulah kenyataannya. Huwakakakak. Tiap-tiap tahun dah jadi acara tahunan kitorang akan amik gambar secara berjemaah.)

YB: Lepas sembahyang raya kita geraklah balik YP. Ok? Deal?

Saya: Tak deal. Kena buat sistem giliran gak! Kalau turn raya kat rumah orang, lepas siapkan kerja, malam raya tu gak kita balik rumah orang. Orang sanggup drive! (Apalah sangat drive sejam dari JB ke YP kan? Hehehe)

YB: Ok. Tapi, raya pertama tu kena ikut family orang pergi rumah sedara mara kat BP. Deal?

Saya: DEAL.


Sumpah weh susah jugak nak deal sebab kami 2-2 degil. Haha =p

6 comments:

MarlissaMusa said...

uols ni, lawak la..senegeri pon camtu eh?hahaha

iouls ni lagi lah pengsan nanti uolss..sorang kutub utara, sorang kutub pantai timur

*ader ke kutub pantai timur???hahaha*

CikChelsea said...

lawak ke cik mar?
heheheheee...

almaklum le 2-2 degil, kena la sediakan plan awal2 supaya kemudian hari tak gado =p

blaja geografi kt mana neh cik mar? ada plak kutub pantai timur? =.=

mimie said...

dekat2 pun nak bincang2...isk2. tapi bagus! i ni sib baik akim pun orang johor, kalau dulu ngan adam kan susah kena g sabah....syukur alhamdulillah:p

CikChelsea said...

mimie = giles!

adam u kn AI hahahahahahhaha =p

yantie said...

Ala dekat je satu negeri..jgn gadoh2 k..hehe..

CikChelsea said...

gado2 manje beb haha =p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...