26 Oct 2009

Perempuan Kesayangan 2


Selain perempuan kesayangan ini, saya ada seorang lagi perempuan kesayangan yang sangat disayangi. Buat ayat belit-belit, heh. (Kau neh ada berapa perempuan kesayangan? Macam terlalu ramai tak ubah macam mak ayam kah kah kah!)

Sebab-sebab kenapa perempuan tersebut menjadi kesayangan:

Sanggup temankan saya pergi tengok Final UEFA Champion League pukul 3 pagi kat mamak. Langsung takde menunjukkan muka bosan apatah lagi mengantuk. Siap tanya lagi "Eh yang neh sape?" tak pun "Ooo yang tu boss Chelsea" begini pun ada "Weh divinggggg...main tipu ah!", menunjukkan minat walaupun saya tau dia tak minat bola sepak. Terharu betul :'). Fuh, rindu betul zaman pergi layan bola kat mamak dengan kawan-kawan sambil bersorak macam tak ingat dunia bila pagi takde suara akibat terlebih jerit semasa tengok bola (=.=)". Kalau bukan perempuan kesayangan neh, jangan harap la dapat melalui semua itu tsskkk terharu terharu.

Suka spoil'kan saya dengan kebaikan hati dia. Kalau saya sakit perut, nanti dia tolong urutkan. Kalau sakit perut sebab angin sekalipun dia sanggup tolong urutkan, even dah terkentut pun dia tetap setia takkan lari, haha macam tak patut pulak tulis yang ini. Time saya sakit teruk muntah-muntah akibat keracunan makanan dulu lagi ah, takyah cakap dia punya baik + risau. Rasa macam ada emak dekat rumah sewa sepanjang study hehe. Saya demam sikit pun dia masakkan bubur. Sumpah baik nak mamp (single lagi neh, sesiapa yang nak berkenalan sila tinggalkan butir-butir peribadi anda dalam komen box, gagagaga~)

Sanggup buat jahat demi saya. Heh, kau ingat buat jahat apa hah? Bukan la jahat sampai sanggup jual dadah T__T. Saya kan pelajar paling pemalas attend kelas especially kelas pagi. I am not a morning person, tahukah? Jadi, selalu skip kelas pagi then suruh dia sign kan untuk saya kat attendence sheets. Sila jangan tiru perangai ini sebab kalau kantoi dengan lecturer yang macam bagus habis la kau tak boleh amik exam, aiyok! Nasib baik lecturer saya dulu ok-ok je. Eh, tapi pernah nak terkantoi tapi perempuan itu sanggup menukar identiti menjadi saya. Ingat lagi semasa kelas Advance Event Management, Dr.Lim tanya 1 soalan pada seisi kelas, tapi kemudian tiba-tiba panggil nama saya suruh jawab soalan itu (macam mana nak jawab, saya masih tidur macam beruang kutub atas katil!). Lantas perempuan kesayangan saya dengan berani dan confidentnya berdiri tolong jawab soalan tu. Nasib baik juga that time Dr.Lim belum tahu nama sebenar perempuan kesayangan I. Kalau tidak...habislah...(hui tak berani nak imagine)


Tapi kadang-kadang saya benci dengan perempuan kesayangan ini...sebab bila dengan dia, saya jadi manusia paling bodoh yang tak pandai langsung menipu. Saya langsung tak boleh tipu dia tentang apa yang saya rasa. Dia boleh baca perasaan saya melalui air muka saya. Dia sangat jarang silap. Hey perempuan, mengapa engkau sangat handal menilik? Sumpah saya malu kalau dia dapat detect when something is not right T__T.

Perempuan ini juga yang sanggup melayan permintaan saya yang aneh-aneh. Sanggup menunaikan wish saya bila tiba hari lahir. Siap tanya "You nak hadiah apa?". Hehhhhh, I kan pantang orang offer terus la jawab apa I nak keh keh keh. Habis kopak poket dia bila tiba bulan 12 ;p. Tapi, bila birthday dia saya akan buat benda yang sama. Pada saya, lebih baik tanya direct nak hadiah apa daripada bagi hadiah yang entah apa-apa belum tentu dia akan guna entah-entah lepas bagi dia tak suka dia masuk dalam stor. Haihhh...putus nafas baca ayat tanpa noktah, pffftttt!~

Jadi tahun ini, bersempena dengan birthday perempuan kesayangan I yang dah basi (beberapa bulan yang lepas =p) saya belikan ini untuk beliau.


She did not exactly told me "I want that as my birthday gift" but I know that, dia memang nak sangat beli untuk diri sendiri cuma belum berkesempatan. Jadi, saya bertukarlah menjadi pari-pari comel (kau jangan perasan comel pfftttt), hadiahkan benda yang paling si dia nak.

Perempuan kesayangan 2, bila mahu ambil hadiah kamu?

P/S: Penulis membeli-belah perfume di SINI, sumpah best sebab service pantas dan perfume guarantee original! (Anoi, I dah promote neh...nanti bagi I diskaun lebih keh keh keh)

7 comments:

izwan7 said...

sape minah tu BFF ko ke?
boleh tahan ko promote die..kalau gua single lagik gua masuk line beb..haha

weh bukan main msg ko kat facebook..takpe2 aku redha..dh memang m.u main hampeh semalam..geram pulak aku ngan carrick yang tak berguna tu..midfield langsung tak hidup

CikChelsea said...

hehe BFF aku la wan..dia low profile takde blog ke hapa =D ecehhh neh klo gf ko bc statement ko neh bley menimbulkan kontrolvesi ayokkk ;p

tu br 'cucuk' sikit je, takmo lebih2 takut ko terjun tasik Shah alam nt..hahahahahaha

ween said...

That's what friend are for :)

berani menukar identiti tu, caya lah! hehe ;p

izwan7 said...

heheh,takdela sampai tahap tu.
aku kalau bengang sgt aku off phone je.terus tido.untung jugak game epl waktu mlm kat mesia..hoho

kalau niat nak study lepas tgk game kene make sure m.u menang.kalau kalah konfem aku tutup buku.jgn harap nak bace.taktaula dari dulu tak berubah2.emo jugak aku ni..haha..

CikChelsea said...

ween,
hehhhh tu mmg berani mati, tp sila jgn ikut kebahayaan yg teramat sgt


iwwan7,
ko ingt ko sorg emo? time chelsea kalah kat final uefa dl aku terus tak bsemangat nk g seminar (kebetulan pg tu ada seminar kat kt klcc). mbr2 aku punye la gegar soh bgn tp aku xmau..haha kuciwa thp gaban wohh!

Perfume said...

Lai lai..

Perfume murah murah..

Hahaha..

Thanks sebab mengalmer aku di blog ko! muahs

CikChelsea said...

hehe anoi no problemo...apa yg penting kejeeeesameeee

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...