11 Oct 2009

Tak suka, tak reti dan tak biasa

Fakta: Tak suka bila tengah membaca ada gangguan.

Contoh paling besar gangguan yang dimaksudkan ialah bunyi muzik. Kalau baca novel sambil dengar lagu nanti aku pergi nyanyi dalam hati lirik lagu tu. Bait-bait perkataan dalam novel tu tetap aku baca, tapi haramlah aku nak faham. Baca dengan jiwa yang kosong, takde pengertian.

Dulu time study, kalau tengah buat revision sambil dengar radio @ mp3, confirm berjam nak habiskan 1 chapter. Mana taknyer, keluar je lagu best aku start la melalak. Terbantot niat-nan-suci-murni-lagi-telus nak mengulangkaji pelajaran. Tang lagu kureng best, telinga aku tetap dengar, membaca pun iya jugak...tapi 1 ayat tu amik masa tujuh lapan kali jugak la nak paham. Bukan ke buang masa tu namanya. Apasal la dulu bongok tak nak sedo sekarang baru sedo? T____T.



Lagi 1 time study, aku paling TAK SUKA dan menjadi kepantangan tahap burung unggan kalau orang sebelah @ yang berdekatan membaca kuat-kuat. Macam hengkau sorang je yang nak study! Sumpah berbuluuuuu je rasa, nak lempang ke terajang ke tak dapat pulak nak dilaksanakan sebab member sendiri. Ada sesiapa terasa ke? Kah kah kah! Tumpang lalu sikit~ =p



Kalau baca blog orang, tetiba keluar background music aku terus mute'kan speaker laptop. Sumpah irritating sungguh aku rasa bila tengah syok-syok membaca, keluar pulak lagu. Tak kiralah walaupun lagu I don't to miss a thing yang keluar, aku tetap mute'kan. Apatah lagi lagu yang aku tak suka nak dengar, laju je tangan aku tekan mute button sambil complaint kat diri sendiri "Amendelah dia neh letak lagu bising macam ni". No offense ya pada kamu-kamu orang yang letak background music kat blog memasing, lalalalalalala =p

Fakta: Tak reti tulis entry blog secara kontot

Currently lah. Dulu masa awal-awal blogging boleh je aku rasa. Nama pun dulu. Dulu Kireeeeennn... Sekarang macam bagus tulis entry panjang-panjang, tak tau orang yang nak baca pun menyampah sebab memanjang panjang (cikgu BM, maafkan saya kerana memalukan cikgu dengan menulis ayat yang salah dari segi tatabahasa...saya insan biasa cikgu =S). Lama la sikit kamu-kamu membuang masa di blog saya nih, kah kah kah.

Kata makcik pot pet, tulis kontot-kontot apa rasa kan? Membebel versi pendek adalah tidak sedap sama sekali, keh keh keh. Lagipun, aku rasa (rasa lagi, banyak kali dah rasa nih. Rasa-rasa nak makan pelempang tak? T_T) macam takde membawak faedah (kekadang membebel kosong kat blog memang takde faedah pon ha ha ha) pulak buat entry kontot. Setakat 1 perenggan untuk 1 entry, being me baiklah aku tak payah update sama sekali. Guwe ngak bisa dong!



Tapi, bagus jugak aku membebel secara esei dalam blog. Minggu lepas masa amik exam PTD Alhamdulillah aku tak kering idea waktu menulis esei. Nak dekat 10 bulan tak menulis esei ilmiah, hengkau ingat tak berkarat otak? Mujur ada blog...baru nak karat, bersinar balik tiap-tiap kali tulis entry baru (yang nih auta aku pepandai buat teori sendiri huwakakak).

Fakta: Tak biasa cakap perlahan.

Maksud aku bukan cakap perlahan sebijik-sebijik, tapi dari segi volume. Sejak azalinya aku nih high pitch type, kalau tengah berdiskusi secara P&C je baru suara aku jadi slow, keh keh keh. Owh, tetiba teringat kat Zaidi ex-classmate aku time Form 6 dulu yang suka sangat gelar aku "halilintar". Tak ke siot dia 'adjust' nama aku Harlina Laili jadi Halilintar Laili? Apehal tah YM mamat sekoq tu, asyik bagi aku message yang bukan-bukan. Kejap iklan telefon, kejap lagi pil kuruskan badan. Iklan barang elektrik dari China pon pernah. Tsskkk T___T. ZAIDI: Silalah tukar password ko, aku rasa YM ko tu ada orang hacked la!



Time nervous pun suara aku kuat. Ada sekali dulu aku pergi interview, interviewer tu siap tanya "Ni kali ke berapa awak datang interview?" Aku jawab jelah secara jujur "Kalau nak ikutkan yang betul-betul formal untuk job macam ni, 1st time." Then, interviewer tu boleh lak kata "Ye ke? Tengok macam dah biasa je". Aku tatau la dia kata gitu bagus ke tak bagus. Kamu-kamu rasa dia perli ke apa ek? (Tetiba aku rasa sengal semacam sebab tak dapat nak menterjemahkan apa maksud tersirat Encik Penemubual itu)


Peraduan teka pemain bola kat entry lepas takde sape 'bran' nak jawab ke? Aku bagi hadiah la weh! Hadiah apa...surprise. Aku bagi ikut kesesuaian pemenang, keh keh keh.

**Terima kaseh Inchek Ahmad Gugel untuk semua gambar-gambar di atas.

3 comments:

izwan7 said...

tu tandenye die amazed dengan resume ko..kah3..resume pulak yang dpt pujian

eddie dewanaga said...

peraduan teka player tu kan brader atas ni dah jawab...

1. totti..

2. santa cruz..

3. ilhan mansiz...

gua pun dah jawab, cuma jawapan biol je la...

woi... gua cukup terasa pasal blog dgn autoplay muzik yg bising tu!!!

CikChelsea said...

izwan7,
hampagas =p

resume takde kaitan! chetttttt!

eddie,
aiseehh bro..lu lmbt ah...izwan dh jwb dl..aku kne kotakan janji kne bg dia hadiah nih..hmmmm hmmm

bro lu jgn terasa...bkn lu sorang je yg psg lagu bising2..kah kah kah

*larriiiiiiiiii*

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...