27 Oct 2009

Terbanglah engkau wahai 1 juta

"Leap of Faith Waterslide, Dubai"
(pic from Google)

Tadi tengok The Amazing Race latest season kat AXN. Race sepanjang hari di Dubai. Owh saya sangat teringin mahu ke Dubai, tapi tak mampu lah sana pakai USD, ringgit Malaysia jadi kecut nilai...rugi-rugi. Tapi, kalau ada orang yang sponsor confirm pergi kah kah kah perasanmukahengkausiapanaksponsor.

Eh, nak cerita apa tadi? Haaa pasal race yang sangat amazing di Dubai. Sepanjang tengok tv tadi, sumpah banyak kutuk orang US neh bodoh! Tapi tidaklah semua...tapi kan macam malu je menunjukkan kebodohan yang teramat sangat kat tv.

Contoh bodoh 1:
Team baju biru yang berkulit hitam (eh neh bukan diskriminasi warna kulit heh). Abang dia pergi buat cabaran 'Road Block' kena bukak locked briefcase.
Clue yang diberi ialah:
Sebuah jam tangan bling-bling,
Jarum pendek nombor 8,
Jarum panjang nombor 7.
Untuk unlock briefcase pulak kena masukkan 3 digit angka dengan tepat. Kalau anda jadi lelaki itu, nombor apakah yang akan anda masukkan? 10 saat dari sekarang (sila tengok clue!). Team lain yang datang kemudian pon tahu apa kombinasi tapi team baju biru adik-beradik neh memang bodoh gila la. Siap hentak-hentak briefcase tu sampai macam nak terkopak (=.=)". Saya kat rumah dah jerit-jerit "8-3-5 la budusssss, tu pon tatau ke". Jerit punya kuat sampai emak pon tertarik nak tengok sama ;p

Contoh bodoh 2:
Masa halangan 'De Tour'. Kumpulan baju kuning yang terdiri daripada lelaki agak kacak mat saleh and wife dia EX-MISS USA. Mereka pilih cabaran timbang GOLD. 2-2 bodoh okeh! Hahaha hari neh asyik cakap orang bodoh je habis la mantul kat diri sendiri toing toing toing! Cabarannya ialah tengok current exchange for GOLD, then timbang berapa berat GOLD yang diperlukan untuk dapatkan nilai 5000 pound. Kena buat cepat-cepat sebab every minute harga GOLD tu akan berubah-ubah. Yang perempuan so-called-ex-miss-USA tu BIMBO tahap cipan hoccay! Siap cakap kat camera "I only knew how to spend all the money, not to calculate it. Let Brian (suami dia) do all the calculations." Sumpah annoying memalukan perempuan lawa T__T. Suami dia pulak macam la kau genius sangat boleh kira ribu-ribu without calculator kannnnn??? Kalau adik Adi Putra tu lainlah, itu memang otak geliga ting ting ting! Tapi, yang paling bodoh di sini ialah sebenarnya suami ex-miss USA tu have no idea at all how to calculate and solve the numbers. Pada hal senang gilos nak solve the task, cuma perlukan sedikit kepandaian pinjam calculator from the counter and then bahagi jelah! Simple as that tapi boleh tak reti? Haihhh laaa...

Contoh bodoh 3:
Disebabkan fobia pada air dan tempat tinggi, kau kehilangan peluang untuk merebut wang USD1 million. JUTA. Convert duit Malaysia lebih kurang RM3.5 juta. Tak ke gila? Team neh second last yang datang untuk turun kat world most highest waterslide. BF dia punyalah bagi encourage, pujuk-pujuk, siap try nak tolak lagi (haha jahat betul) tapi semua tak jalan! GF dia tak nak turun slide tu okeh! Susah jugak nak kategorikan kes neh sebagai bodoh kan sebab perempuan tu fobia. Tapi, kira bodoh la kan sebab SEJUTA pertaruhannya. Kalau perempuan tu dipaksa naik saja-saja if dia tak nak buat takpelah kan. BF dia siap cakap "I am so hating you right now!" sambil buat muka hangin, then boleh pulak GF dia tanya "Why do you hate me so much?" HAHAHAHAHA adoi laaaaa, sudah jelas dan nyata kau boleh tanya lagi? Memang mintak sepakkan penalti gamaknya! Owh, dorang kalah sebab team yang last sekali sampai untuk cabaran waterslide tu berjaya catch up.

90 kakiiiiii (bapak tinggiiiiii)
(pic from Google)

Tapi kan, memang horror ah water slide tu. Errr, kalau saya ditawarkan SEJUTA mungkin akan buat. Tapi kalau saja-saja suruh I naik, sambil buat muka sopan I cakap "...tumpang lalu la yerrr, I turun ikut tangga sajork." Koserrr nak turun ikut slide itew~ Malu nak ngaku ni wehhhhhh, tapi kan duluuuu masa turun waterslide kat A Famosa tu pon saya jerit dah macam perempuan gila. Tu tinggi sekangkang kera je kalau nak banding dengan Leap of Faith Waterslide kat Dubai tu tssskkkkk. Mati kejung haku kat tengah-tengah slide. Belum suku slide dah kena heart attacked!

(pic from Google)

Dah la siap ada sharks dalam underwater tunnel tu. Akan lalu tunnel ala-ala underwater world sebelum sampai betul-betul kat bawah.

Tinggi + Laju + Sharks = Siapa berani angkat tangan???

7 comments:

izwan7 said...

untuk kes satu tu kan bukan bodoh tau ekceli..
bile kite dh berhadapan dengan bende tu in real mmg sume lost..
aku penah join game ala2 roda impian,time nak teka huruf tu langsung tak pikir dulu word ape kat screen..

padahal bile tgk dlm tv bukan main..baru bukak 5-6huruf pun aku dh boleh teka..haha(tu yg adikaku benci nak tengok dgn aku)

MarlissaMusa said...

bestnya dubai!saya berani pergi masuk itu slide yang ader shark! :P

CikChelsea said...

izwan7,
lost sbb tak relax, sbb dlm mind set nak race so semua benda pon nak buat laju2 without thinking. ada je team yg steady amik masa utk solve task yg program tu bg =D

ko nervous tu sbb tu jd cmtu..hehe

cik mar,
wahh bagus la anda...nt bley g honeymoon dgn encik am kt dubai...tiket tajaan sndr ;p

eddie dewanaga said...

gua suka yg brothers tu dgn team anak/bapak tu... cool.

brothers itu agak bangang tapi bijak jika bergabung dgn poker players yg ranum itu...

gua takleh tinggal amazing race since day 1, i mean from the beginning.

monstorious wife said...

cerita ke 3 tuh memang bongok gila... Akak tengok dgn Mohd Rafi siap maki2 pompuan tuh.. Kesian dgn BF kacak dia..
Haiyohhh...org lain pon takut jugak tapi for the sake of 1 mil sanggup overcome the fear.. Ini langsung tak nak cuba ye...

Aiyoh..aiyohhh...rasa nak hentak kepala kat dinding...

CikChelsea said...

owh aku ingt lu suka team brthers yg negro tu =p yg poker players tu lak..klo tak bgabung asik sampai last je...dh 2x nasib dorang baik kn? 1st ms 1st pit stop kt japan tu, non elamination, 2nd time dtg last tp tak keluar sbb ada team yg hilang travel documents

lu suka maria ke yg lg sorang? =p

CikChelsea said...

kak ilot,
akak sanggup ke turun itu slide? hihi...cik mar sanggup ulosss walaupun ada sharks bagai (sharks dlm tunnel je, bukan kt luar pon kn ;p)

eh eh mohd rafi ada kt rmh? hr tu kata dia dh blk jb? =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...