23 Nov 2009

2012 - Tengok atau tak payah?

Saya dah pergi menonton filem ini. Even though ada beberapa sumber memberitahu, filem ini tak boleh ditonton kerana takut memesongkan akidah ummat Islam. Personally, saya pergi menonton dengan niat "Kenapa sampai filem ini nak diharamkan tayangannya? Teruk sangat ke isi kandungan filem nih?". So, bila dah tengok, terjawab la segala kemusykilan.

Para ulama' kat Indonesia membantah sekeras-kerasnya penayangan filem ini (in fact, saya ada terbaca somewhere filem ini dah diharamkan tayangannya di negara itu. Benarkah?). Memang patut pun kalau para alim ulama' ni takut akidah ummat Islam terpesong sebab jalan cerita filem nih banyak bercanggah dengan fahaman orang Islam tentang Hari Kiamat. Filem ni berat, so kalau rasa-rasa anda nih jenis yang senang sangat terpengaruh, takyah la pergi tengok (gerun nak cerita bab hukum-hakam agama sebab tak layak).

Ummat Islam sesungguhnya tahu Hari Kiamat itu sesuatu yang pasti cuma kita tak tahu bila Hari Kiamat tu akan tiba. Rasulullah sendiri tak tahu bila datangnya Kiamat, jadi mustahil manusia biasa boleh jadi hebat sangat nak ramal-ramal bila Kiamat kan? Orang Barat neh pandai gila kan nak pesongkan aqidah orang Islam. Baik melalui filem, cara pakaian, teknologi...isssskkk banyak la kalau nak di'list'kan!

So, saya harap sesiapa yang pergi menonton filem ini (especially yang beragama Islam) janganlah terpengaruh sedikit pun dengan intipati filem nih. Tapi dari sudut positifnya, kalau filem ini mendatangkan keinsafan dalam diri itu sudah tentu sesuatu yang bagus, bukan?

Saya kidnap YB untuk pergi tengok filem ini, sepanjang cerita ni saya dok bising "Eh, tak logik la scene neh!" Banyak kali la jugak saya complaint kat dia haha, sampai dia bosan dia jawab "Terimalah seadanya, dah nama pun cerita". Wakakakak, tak tenang encik itu menonton ;p

Yelah, memang la tak logik kan tengah gempa bumi, jalan raya tengah retak merekah, kereta lain dah tunggang terbalik, highway dah roboh...kereta yang dinaiki oleh para pelakon nih elok je dapat elak segala macam kecelakaan tu. Tu baru atas jalan raya, belum lagi tak logiknya bila kat udara. Heh, malas ah nak cakap banyak sebab sangat tak logik! Sampai rasa nak baling kasut kat screen sebab geram banyak scene tipu *haha emo haha"

Saya rasa orang Barat nih pening la between Kiamat dengan kisah Bahtera Nabi Nuh. Jangan ada orang Islam yang pening jugak sudah la, Astagfirullah mintak dijauhkan. Kita wajib percaya Kiamat itu pasti, semua hidupan ini tak akan ada yang selamat bila Malaikat Izreal dah tiup 'sangkakala'. Menyorok la macam mana pun, tinggi mana pun, dalam mana pun...tak akan ada yang survive! Tapi, dalam movie nih dorang buat cerita berdasarkan cerita Bahtera Nabi Nuh. Memang pun sebab yang selamat semua yang berada dalam kapal yang dorang bina tu. Siap angkut spesies haiwan dan tumbuhan untuk digunakan selepas bencana tu. Heh, kan sama macam dalam kisah Nabi Nuh?

Eh, lupa nak mention filem nih lama nak mampppp 2 jam 30 minit. Air cond wayang sejuk gilos, memang terkucil la dok dalam tu kalau tak keluar pergi toilet! Jalan cerita very the siput...lembap tapi banyak scene suspense. Filem nih kalau tak tengok pun tak apa, baik pergi tengok Pisau Cukur - sokong filem tempatan keh keh keh.

7 comments:

KV said...

kt kb takdak panggung, baca apa yg org citer je lah. Hehe
Harapnya takde yg terpesong

Saira Azura said...

aku ada argue pasal hal nih ngan sepul..seb bek dia bukan kaki tgk wayang..kalo tak dia lak kidnap aku..hehe..malas lah nak citer lagik pasal 2012 nih..pokok pangkalnyer jgn cepat nor caye ngan benda2 karut nih..

apsal ko slalu kidnap YB..cian mak bapak dia..huhuhu..

aku tgk blog nih ada kat linkwithin tu tajuk mengidam???mengidam???heheh..bape bulan dah??heheh

reena said...

Aha. I thought i'm the only one yang realized pasal 'kiamat' + bahtera nabi Noh tu. Huhu.

Kita pergi menonton filem dengan hati yang terbuka sajalah. Sekadar hiburan hujung minggu. Keluar dari cinema, jangan fikir apa-apa dah (except kalau nak fikir lakonan ke, pengarahan ke, cinematography ke, CGI ke etc).

Tapi sukalah 2012. Memang ternganga tengok.

Movie Hollywood memang banyak menipunya. Tapi suka jugak tengok sebab cara depa tipu tu 'cerdik'. Tak la rasa bodoh. Haha.

CikChelsea said...

Sis KV,
xpe, nt ada DVD pirate boleh tgk..kekeke =P

hah itu leeee, mtk2 la jgn ado yg pcaya karut marut dlm cite tuh.


Saira,
aku tgk takde niat lain selain drpd sekadar menonton puan :) aku kidnap YB time dia kena OS kat cni la, takde maknanya aku nk drive ke JB semata2 nk angkut dia tgk wayang...mbazir duhet minyak + tol je...kah kah kah!

oiiii..tu mengidam nk mkn la, ciss ko!

CikChelsea said...

reena,
heheheheee...kita spesies istemewa leh prsn bende pelik (edisi angkat bakul =P)

mmg patut tnganga, dorang guna equipemtn canggih manggih utk buat filem nih. cost jgn ckp ah, 200 juta kalah filem pteri gunung ledang 2 juta jek hahahahhahaha

Saira Azura said...

heheh...aku pon ngidam makan gak..ngidam makan kapkek!!HUHUHUH

CikChelsea said...

dtg cni la wehhh, aku blanje kapkek :D :D :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...