20 Nov 2009

Berharap untuk mendapat birthday gift terbaik tahun ini!

YB, saya nak tukar hadiah. Tak mahu mini stepper! Saya mahu elliptical :D. Fitness Concept tengah buat Year End Sale. Apa lagi mari kita serbuuuuu~

Apa neh? Takda bagi salam terus membuat ayat penyata secara tiba-tiba. Assalamualaikum semua. Ceyyyy, macam baik pulak tsskkkk T__T.

Saya kira tahun neh telah mendapat sedikit 'hadiah' secara advance hasil usaha diri sendiri. Kalau berusaha, berdoa dan bertawakal lagi...mungkin 'hadiah' ini akan berterusan :D. Hehhh apa kau cakap kalis-kalis neh? Aku tak paham la, bisik hati pembaca. Errr, mungkinlah pembaca akan berkata-kata begitu, maafkan penulis kerana berimaginasi =.=

Masa kejadian: Semalam
Waktu kejadian: Kira-kira jam 9 lebih

Pulang ke rumah dengan perasaan yang bercampur aduk. Gembira kerana baru sahaja selesai misi menculik YB tralalala~. Mengantuk tahap gaban (masa drive balik macam separa sedar saja, sumpah tak sabar nak sampai rumah nak peluk cium bantal dan tilam). So, bila sampai ke rumah takda fikir hal lain terus saja fikir TIDUR.

Sekali tu terpandang sepucuk surat (yang terbalik, so tak tau datang dari mana, tapi sampul putih macam bil Celcom gayanya kah kah kah!). Tapi tak mungkin sebab bil sepatutnya datang within minggu pertama setiap bulan. Tingggg! Voucher shopping kah? Waahhhh, terus merasa sangat teruja ingin membuka surat tersebut. Birthday kan sudah hampir, selalunya surat mengandungi voucher akan datang tanpa dipaksa (hari Isnin lepas dapat voucher Padini, sudah merancang mahu membeli belah keh keh keh).

Terus saja capai surat tersebut dan GULPPPP!

URUSAN SERI PADUKA BAGINDA

(Siap ada cop Suruhanjaya Perkhidmatan Awam)

Dalam kepala dah fikir "Aduuuhhhh, surat saman PTPTN ke apa neh?" Haha kantoi! Tapi, lepas fikir balik macam mustahil sebab saya meminjam melalui PTPTN bukan JPA. Lepas tu teringat bulan lepas ada menduduki exam PTD. Terus berdebar-debar nak bukak, dalam hati kata mesti surat nak cakap Maaf, anda gagal dalam peperiksaan. Terus macam tak bersemangat nak bukak!

Tapi, curiosity kills the cat. Saya pun bukak la surat tersebut dengan kadar segera. Siap tutup sebelah mata konon tak nak baca isi kandungan ;p

Tuan/Puan,
PROGRAM ASSESMENT CENTRE BLA BLA BLA...

Ahhhhh!!! Saya terus skip tajuk yang semuanya ditulis dalam caps lock dan bold. Terus berdesup tengok ayat pertama surat berkenaan.

Dengan segala hormatnya saya diarah bla bla bla...

Ahhhhh!!! Saya skip pulak ayat tersebut. Belum menemui apa yang dicari. Terus baca note number 2.

2. Suruhanjaya ini mengucapkan tahniah atas kejayaan tuan/puan bla bla bla...

YESSSSS!!! Ayat neh la yang saya tunggu. Apasal la tak letak ayat neh sebagai ayat pertama? Terus menyanyi-nyanyi girang sambil melompat secara separuh di atas katil (takyah bayangkan la lompat separuh tu macam mana T___T).

Memang sangat tidak disangka-sangka saya lulus exam itu! Kalau diingat-ingat balik saya yakin saya tak score dalam bahagian pengiraan. Wehhh, time exam aku boleh lupa macam mana formula nak kira min @ purata. Menggelabah punya pasal asyik tengok jam sampai soalan senang pun tak boleh nak jawab! Eh, kau bayangkanlah...soalan ada 45. Masa menjawab 40 minit. Lepas tu dia bagi soalan macam neh...

Ida mempunyai sebuah rumah, lebih besar daripada rumah Fiza dan lebih kecil sedikit daripada rumah Intan. Julia pula mempunyai rumah yang lebih besar daripada rumah Ida dan Intan tetapi kecil sedikit daripada rumah Asmah. Rumah Asmah lebih kecil daripada rumah Nora. Rumah siapakah kedua terbesar?

Haaa kau sakit hati tak kalau soalan macam tuh? Rasa macam nak lempang je membuat soalan tersebut! Nak pahamkan soalan je terpaksa baca ulang-ulang seploh kali. Memang tak sempat nak siap ah! Pemeriksa cakap "Masa menjawab telah tamat" kertas jawapan saya masih banyak yang belum bertanda. Teruslah jadi sharp shooter menembak sehingga peluru habis. Ini cerita betul, takda tipu atau edit-edi T__T.

Bahagian pengetahuan am dan logik juga saya tidak berapa score (rasanyalah) sebab bila check, banyak jawapan yang saya jawab salah. Apa kapal angkasa yang bawa Sheikh Muzaffar ke atas sana? Soyus? Saya pun tahu Soyus, tapi jawapan sebenar ialah Soyus TMA-II (lesson learnt! Selepas ini kena tahu semua perkara secara details tsskkk).

Mungkin yang menyebabkan saya lulus bahagian esei (agaknyalah!). Saya kan berbakat membebel secara panjang kah kah kah! Anda tengok saja bukti penulisan di blog ini. Cerita pasal lulus exam saja dah berjela-jela. Bakat weh bakat =p. Tapi, saya yakin...apa pun alasan yang ada, inilah yang dikatakan REZEKI. Alhamdulillah saya terpilih :)

Sekarang saya hanya ada kira-kira 3 minggu sahaja lagi sebelum next stage assessment. Menurut kata Perempuan Kesayangan 2, peringkat ini menguji tahap kecergasan. Tsskkk I dah lama tak pergi exercise, malas malas malas. Sumpah mesti tersemput, termengah-mengah dan tercungap-cungap kalau disuruh berlari T___________T.

Ada sesiapa yang pernah pergi PAC neh tak? Kalau ada harap anda sudi share pengalaman. Saya sangatlah memerlukannya.

YB dah mengeluarkan ARAHAN pergi berjogging setiap petang. Saya bagitahu dia sekarang kan musim hujan, jadi susah nak pergi jogging (alasan kah kah kah!) lantas mintak beliau belikan alat senaman sebagai hadiah hari lahir dan hadiah lulus exam dan hadiah untuk lulus exam. Ngehhhhh~

YB, jika anda membaca blog saya secara diam-diam...saya mahu kata ini kepada anda...
Terima kasih sebab selalu push saya buat perkara yang saya tak yakin saya boleh buat.
Terima kasih sebab selalu sebok-sebok tanya itu ini dan marah kalau saya tangguh-tangguh kerja.
Terima kasih sebab sanggup bangun pagi-pagi untuk hantar dan temankan saya pergi amik exam.
Terima kasih sebab buat saya rasa malu sebab orang lain dok pandang dengan pandangan "ceh jawab exam pon balak temankan" and ada certain yang pandang awak "ala, makwe amik exam pon nak temankan ke?" tapi saya rasa 'selamat' dan bangga dengan apa yang awak buat!
Terima kasih sebab dorong saya dengan berkata "Kalau tak lulus, amik lagi tau. Amik exam ni sampai lulus". Sekarang dah lulus dah, takyah amik lagi theheeee =p


Jangan lupa tau kepada pembaca yang ada tips atau experience, kongsilah. Saya kelip-kelip mata mintak simpati neh (-_________-)

12 comments:

cikjun said...

wahhh!! hebat2..tahniah my girl..ceh3..dah termasok feeling YB plak..

monstorious wife said...

PAC kat mana? Kluang ke?

CikChelsea said...

cikjun,
wahahahaha..mekaceh mekacehhh!!!
YB ialah org yg paling gumbira di atas kelulusan ku ;p kan feeling2 gf dia pegang title pegawai...gituuuuuu

huwakakakaka!!!


kak ilot,
yuppppp intan kluang sajork akak. selamat la dekat, takyah fenin2. akak ado pengalaman x? kwn2 ke...mtk tips sket hehe

Saira Azura said...

weh, ko dpt ptd?adehlah..tak dapat ku bayangkan kalo ko menjadik bos aku..

kalo ko dtg putrajaya, kol me k..mane nak dapat hp no. aku?ym aku kat saira_azura

tahniah lah sis..bukan senang taw nak lulus exam ptd nih..huhuhu.

ape pon aku rase ni adiah terbaik ko dapat..

CikChelsea said...

saira,
wahai cik kak syg...aku br lulus exam. ada lg bnyk stage nk kena lepas. 3 minggu lg assessment, lps tu klo pass, interview plak...hadeeiiiiii...

cuaknye jgn ckp ah! klo ingat confirm seram sejuk T___T

IF dpt pun, tah kat department mana aku tcampak nt ;p

mimie said...

uh...alasan...pergila jogging! chaiyok2....u bolehla . pe kata u jogging dari y.peng pai jb konpem stamina kental tahap 1:) suh en arip teman k:)

As said...

tahniah adik manis...

akak nie 3 kali g, 3 kali tu gak gagal. kira adik manis nie hebat gak...hebat men-shoot....wakakakaka...

adik akak dulu pon penah gak g PAC nie, kena lari keliling intan tu dlm tempoh yg diberikan. Ko bygkan je laa kat Intan Kluang tu kwsn berbukit2 sket kan...ko kena lari mengejar masa...haaaa...udah buang masa lg...g joging skrg!!!!!

CikChelsea said...

mimie,
ala...ajak ko pegi jog ko mls! kata dh gemuk, slua dh tak muat tp org ajak g jog takmo...chehhhh!!!

encik arip jauh, klo dekat mmg dh ajak ;p


sis as,
dh nama sharp shooter harus la terer..huwakakaka!!!

confirm sis, esok datarang yong peng ku pusing ;p

a.z.r.i.n. said...

bak kata en.YB kamu, jogging hari2 cari stamina. ada ujian fizikal; lari 1.5km, public speaking malay and english, debat, moc meeting konon macam dalam dewan rakyat. for more info ym sy. dear.azrinATyahooDOTcom.

saya kecundang utk PAC. Ahaks.

CikChelsea said...

azrin,
1.5km kah? haihhh hr tu sapa pegi bgtau sy 5km!!! gila la klo 5km kn? dh mcm merentas desa.

wahh harus la i mintak tips kt uolsss neh, nantikan i add uolss kat ym ;p

Basirah Borhanuddin. said...

Salam.
Ive been reading (stalking) ur blog sbb nak tahu psl ptd. hehe.
Nak tawu, lame tak kene tunggu date exam utk PAC lepas dpt result ptd tuh? Andddd, kalau larian 1.5km tuh sgt susah ke? -.-' Nak mintak tips utk PAC. hehe.
TQ :)

cc said...

basirah borhanuddin,
email me pls dear, harlina007[at]yahoo.com
i jawab dalam email :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...