2 Nov 2009

Bobbi Brown Eye Palette

Hari ini penulis ingin membuat sebuah review. Penulis dengan berbesar hati ingin berkongsi 'pengalaman' peribadi setelah beberapa minggu menggunakan Bobbi Brown Eye Palette (sila abaikan ayat-ayat penulis yang semacam al-foyos, tumpang lalu~).

Setelah ditimbang tara melalui entry ini, berdesup terus pergi order keh keh keh. "TERIMA KASEH" kepada mereka yang mencucuk-cucuk suruh haku beli T__T.

Beli secara online tengah sale RM135 + shipping cost RM14, total RM149 (kat kaunter tatau plak harga berapa, ada sesiapa tau?). Kalau di kaunter lagi mahal, sila bagitahu...kalau lagi murah sila diamkan diri, nanti penulis saket hati kah kah kah.

Koyak secara berseni WTH? (=.=)"

Ukuran sebenar palette tersebut. Kesik somel je, ingatkan sedikit besar tsskkk T__T. Novel adalah bersaiz standard.


Pendapat peribadi penulis:
  • Berus sangat lembut mengasyikkan. Tenyeh kuat-kuat kat mata pun tak sakit macam berus lain ;p.
  • Warna pulak adalah cerah-cerah dan bersifat riang ria. Sangat sesuai dipakai untuk hari siang.
  • 'Berbentuk' shimmer, oleh yang demikian bersifat sedikit pekat berbanding eye shadow yang dust biasa, takde shimmer.
  • Pakai sikit pon dah nampak bling-bling di matamu dan effectnya sangat glamorous!
  • Sangat long lasting.
  • Sangat compact, maka sangat seuai juga untuk dibawa travel. Travel friendly ;)
  • Bobbi Brown lebih baik dari segi teksturnya berbanding Estee Lauder eye palette yang saya beli dahulu.
  • Bagi mereka yang menggemari teknik solekan 'smokey eyes', tidak sesuai membeli palette ini kerana warnanya cerah tetapi boleh memakaianya sebagai warna base kemudian mixed dengan warna gelap dari palette lain.

Rate: 10/10 --> sangat memuskan hati. Worthy membelinya.

Sekian product review pada kali ini, kita berjumpa lagi dia lain masa di dalam rancangan apakaumerepeknisyaiton. Ok bye.

P/S: Weekend lepas penulis ke Jusco, singgah di kaunter BB sambil posing-posing tanya kat SA harga set berus make-up jenama itu. Dengan begitu tenang SA tersebut menjawab "Yang itu RM630 sahaja...". SAHAJA KAU KATA???

P/S/S: Guna bulu apa sampai jadi mahal sangat? Penulis pelik.

8 comments:

ween said...

cantekkk new layout!

warna2 terang, suka :D

CikChelsea said...

heheheheee..tq ween.

saja gedik2 tuka layout baru =p

Hana said...

suke nye BB nye eye pallet!!!!!

kaler dia nampak delicious!!!!!!

sya nak rase stroberi yek...

mollleeeeeyyyy????

=D

CikChelsea said...

hana,
hahhhh...??? rasa stlobeli? takde la =P

kena usulkan pd taukeh BB la, suruh dia buat kekeke

izwan7 said...

layout baru..belah kiri pulak sidebar..
nanti tukar sekali lagi mane pulak ko nak letak?hehe
aku nak komen pasal entri..tapi tak tertaip komen..
takpe2 layan..zasss

CikChelsea said...

perli ek perli ek perli ekkk? hep heppp!!! mungkin yg ini long lasting sikit sbb ceria hehehehee ;p

ko nak komen psl make-up ke wan? alahaiii auuwww~

mimie said...

cis cam ni je dah 100 lebey...bek beli water colour je:p

CikChelsea said...

u try la pakai...nt i suruh maya tenyeh water kale kt muka u...k?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...