26 Nov 2009

Edisi terakhir tahun 2009

Wahhhh ko ingat baby neh macam majalah Ujang ke Wanita ke Jelita ke apa nak guna koleksi? T_______T. Baiklah, baiklah, saya tukar kepada latest addition (tapi tak mencabar ah guna perkataan yang dah common sangat). Baiklah, diam sekarang (-__-')

Semalam pergi melawat ahli terbaru dalam keluarga kami, tambahan terakhir pada tahun ini. Tahniah kepada abang dan kakak ipar saya di atas kelahiran anak ke-4 mereka.

Bapak kepada bayi ini memberi gelaran 'amoi' kepada si comel ini. Hal ini kerana mata si comel ini sepet. Owh, sudah tentu genetik emak ku!

Saya diejek ketika mengambil gambar tsskkkk T___T

Haha nangis sekarang! Padan muka siapa suruh ejek, kan dah kena cubit. WHAT??? Errr..guraulah, mana mungkin saya sampai hati mencubit bayi yang baru berusia 24 jam. Beliau suci takda dosa.

Macam sudah besar bukan? Baru 24 jam keluar daripada tummy mama, sudah sebesar ini. Saya takut ah nak beranak (tetiba???)

Berat si comel ini ialah 3.1kg. Kakak ipar saya kata sangat senang melahirkan anak beliau yang nombor 4 ini. Sakit hanya SETENGAH JAM, terus bersalin! Doktor kata "baby express" hihi. Owh, disebabkan kakak ipar sangat excited mendapat anak perempuan pertama, beliau secara tamak telah menamakan baby ini sebagai Saidatul Nuwairah Nurulain binti Saifuddin. Haihhhhh, panjang betul nama susah weh nak ingat T_____T. Dah la anak sedara haku ramai kalau semua nama panjang macam neh memang tak hengat ah.

Abang saya mempunyai masalah menyebut huruf R dengan clear (pelat R lah senang kata), anak pula ada 2 huruf R ditengah-tengah nama. Semalam ketika saya tanya nama baby ini, terbelit-belit lidah dia nak menyebut huwakakakak! Nak ketawa tak sampai hati (ketawa dalam hati sajalah).

Kesian abang saya...

8 comments:

Saira Azura said...

aku lak tak sbar nak kuarkan baby nih..hehehe

CikChelsea said...

saira,
cehhh over ko! br bpe minggu, sabar dulu..blm nmpk tummy ko boyot2...cute nyeeeee~ =P

izwan7 said...

ala kesian
bini die tak concern masalah hubby die ke?
haha..

takpela,bole belajar sebut pelan2..
aku dulu kecik2 lidah keras jugak takleh sebut R..

berkat ustazah aku ajar sampai skrg dah okey..

ajun said...

ingtkan nama saidatul sofea alya dah cukop panjang..ni lg panjang..hoho..name sme kat saidatul..

CikChelsea said...

izwan,
concern weehhhh...anak2 dia yg laki sume nama panggilan takde huruf R (sbb bapak dia yg bg wakakak)

tp sbb akak ipar aku gian + jakun dpt baby girl...dia bubuh nama pjg (takut lps neh tak dpt anak ppuan lg kot haha)

CikChelsea said...

ajun,
wahahah tau xpe jun..memula aku dgr "mak aiiihhhhh pjg gilos nama!"

well ehat to do, dh maknye bkenan nama gitu =P

mimie said...

panjang nar nama....uiiii..kalau i letak nama nurkasih je....senang...hu3.takpela anak dia suka ati diala nak letak pe...ti nama anak i konpem nurkasih je...panggil je seh....hua3...giles tol:p

CikChelsea said...

mimie,
verangan okehhhh!

tak bley blah!

calonnnn???

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...