28 Nov 2009

Fitness terbang tinggi

Pagi tadi first time consume Usana product - Fibergy. Saya beli yang 'Peach Mango' flavor. Ikut kata distributor yang saya tanya "How to consume Usana product?", dia suruh habiskan minum Fibergy dulu baru start consume Nutrimeal. 'Reset plan' kata dia, cuci usus and detox semua-semua dalam badan.

Rasa??? Ok la, pekat sama macam Herbalife shake tuh. Tapi, kira sedap lagi la sebab yang saya makan tuh adalah fiber semata-mata. Cuba bayangkan makan Herbalife F3 (whey powder) tu macam gitu je *bluweekkkkksss* confirm tak tertelan!

Kalau ikut reset plan neh, kena replace 2 meals biasa dengan Fibergy. So, let say minum time breakfast and lunch, dinner makan sup @ salad (diet punya makanan la senang cerita!). Between meals tu if lapar, boleh makan light snack macam energy bar ke, buah-buahan ke (yang sangat digalakkan ialah epal hijau). Heeeee, betol ke penerangan saya neh wahai Usana distributors? (tutup muka siap-siap kalau salah).

Lepas minum Fibergy pagi tadi, saya terus berlepas ke lapangan terbang. Ehhh tak, berlepas ke Dataran Yong Peng untuk membuat 'senaman ringan'. Mind you - senaman ringan yerr ;p (malu ah nak claimed as "jogging" sebab baru lari 2 laps - around 8 minutes, dah termengah-mengah!). Sumpah memang diri ini tidak fit langsung! Almost a year (ke lebih?) tak berjogging, hai-hai-bye-bye ah kau wahai fitness! Terbanglah dikau terbang tinggi (-___-').

Mati la buat kenyataan membuka pekung di dada sendiri T______________T. Dulu time fit, jogging 2 rounds kat Tasik Shah Alam pun rileks je! Rindu diri sendiri yang fit dan 'ringan' tsskkkk. Rindu serindu rindunya (tetibaaaaa).

Lepas tu balik rumah mak aiiiihhhh "Bau apakah yang sedap sangat neh???". Iron Chef a.k.a abang saya tengah godak-godek sup tulang rupanya. Adeeii laaaaa, seisi rumah makan habis takkan haku melopong je kan? Confirm la tumpang sekaki wakakakakak! Natijahnya, saya pun TERmakan semangkuk bihun sup tulang (-____-')


Yeeeesss I know I know, I'm not supposedly makan sup ini sebab dah minum Fibergy. Well, what else to say? Saya tewas, nafsu menang T___T. Yelaaaahhhh, petang nanti saya 'tebus' balik kesalahan ini dengan membuat Jillian Michaels's workouts. Semalam petang berjaya habiskan Level 1 of 30 Days Shred. Sumpah lepas habis tu rasa nak muntah! Kakak saya kata itu tandanya tak fit langsung, sob sob sobbsss. Ramai 'pengikut' time buat workouts tuh =p (anak-anak sedara yang terlebih excited).

Well if you think it is easy to lose weight, think again! Kalau takde DETERMINATION jangan harap ah akan dapat result yang memberangsangkan! Saya consume Usana sebagai alternative untuk lose weight sebab mission utama saya adalah mencari fitness melalui workouts and jogging, bukan untuk turunkan berat badan dan kurus semata-mata.

KURUS tak bererti FIT tahu?

2 comments:

Rina (◕‿◕)✿ said...

wahh. macam2 ye try. kalo bekesan gtaula.
rina pon da gmok ni.
makan je keje hahahah.
xleh ke kurus tanpe diet?
i likee to eat. xleh la diet T_T

CikChelsea said...

rina,
nk kurus without diet voleeyyyyy, kne rajin workouts ;)

takde short cut dear

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...