3 Nov 2009

Hujung bulan date di Domino's okay?

Minggu lepas (cerita agak basi T_T) pergi cari barang baking di Kluang, terus lah "menyelam sambil minum air" ambil kesempatan 'berfoya-foya' dengan kedua mempelam di bawah (rujuk gambar ke-2). MEMPELAM ye bukan MEMPELAI =p

Destinasi cinta adalah seperti di atas. 1st time datang, pujian melambung-lambung terhadap tempat ini. Kali ke-2 datang, baru sedar audio mereka adalah tak best T__T. Maksud saya, kebanyakan lagu-lagu yang ada muziknya macam 'lari' banyak daripada lagu asal. Tapi, pilihan lagu adalah sangat banyak kerana lagu-lagu baru semuanya ada, sedikit pujian di situ.

Mempelam-mempelam ini baru balik dari kerja, terus pergi beronggeng di karaoke. Sporting habis. Perempuan kesayangan 2, sila jangan jeles, anda adalah jauh untuk kami jemput beronggeng bersama-sama keh keh keh.

Sendiri ambil gambar, kasihan bukan? Syida (tudung hitam dalam gambar ke-2) tak boleh harap T___T. Entah apa-apa punya kualiti gambar yang dirakam chaiiittttt!!

Selesai melalak, haruslah perut pula yang melalak-lalak minta di isi. Kebetulan hari pula sedang hujan, maka lapar di perut adalah ganda 23 kebaboommm (bunyi petir). Penulis sampai sekarang masih tak faham apa kaitan ganda 23 dengan bunyi petir dalam segmen lagu pilihan bersama Jamal Jamaluddin di Sinar.fm (=.=)"

Penulis sedang mengasah bakat mengambil gambar, sila teruskan ke gambar seterusnya...

Juga mengasah bakat, teruskan lagi dengan gambar di bawah...

Masih dalam mode mengasah bakat, ok ok ok dah habis asah bakat tssskkkk. Letak caption lain ya? Caption: Air minuman kami. Semacam menyakitkan hati pula, tak payah letak pun tak apa pffttttt!!

Mushroom soup yang memang terbaik. Kenapa mesti Pizza Hut punya sup paling tersedap?

Spicy Chicken Wings. Ternyata memang terbaek dari ladang ayam. Eh tak, maksud saya terbaik dari dapur T_T.

Creamy Carbonara. Biasa-biasa saja. Shiitake mushroom adalah sedap tapi agak masin. Memang begitukah? Ini kali pertama penulis order Creamy Carbonara di Pizza Hut (malu I)

Super Supreme Pizza. Kami minta crunchy crust pelayan bagi pan crust. Tak apalah, maafkan saja jangan disimpan di dalam hati, pelayan adalah trainee. Mungkin juga 1st day kerja.

Ok, tamat cerita tentang aktiviti minggu lalu. Siti Hawa, jangan lupa hujung bulan nanti kita dating di Domino's Pizza, okay? =D (Fuh, confirm pizza akan jadi 2 kali ganda lazat sebab FREE keh keh keh)

7 comments:

izwan7 said...

tak tahan aku tgk sup mushroom tu
campbell pun campbell lah..

MommyCT said...

aiyoooo..ko wat makcik kuruih ni laporrr laaa...tsk

CikChelsea said...

wan,
ohohohooo...campbell pon sodap ape ;p

mommy ct,
ekekekeee..mmg itulah tujuannya (evil laugh keh keh keh)

eddie dewanaga said...

personally, Domino's masih lagi yg terbaik di mata/hati ini walaupun PH terunggul dari segi marketing, menu dan commercial level...

apapun, tak boleh nak cerewet sangat, *ini bukan Fresno...!



*quote kata2 si buah ati.

CikChelsea said...

aku sangat HEART domino's thin crust pizza...letak la topping apa sekali pun...semuanya best tahap naga.

kat fresno bnyk tmpt pizza halal kah?

eddie dewanaga said...

hehehe... itu cuma metafora saja beb, Fresno itu diangkat sebagai perlambangan seronoknya zaman berkasih kalau lu seorang peminat Ahadiat Akasyah dan khatam 'Lagenda Budak Setan'...

CikChelsea said...

aku pernah bc lagenda budak setan tp dh tak ingt langsung cerita dia mcm mana...yg ingt cite pilot cafe je.

mesti lu gumbira kan sbb lisa akan jd "ayu" utk novel yg diangkat jd filem tu ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...