9 Nov 2009

Kamera murah pon boleh menghasilkan gambar yang cantik kalau...

Anda master dalam Adobe Photoshop!

Ini betul, bukan auta tapi fakta. Tak semestinya kamera anda bukan DSLR, menjadi alasan untuk gambar anda jadi tak lawa. Kalau memiliki DSLR memang satu bonus lah, sebab gambar-gambar yang terhasil akan jadi sharp and betul-betul clear sebab pixels gambar tu sangat besar. Tapi, itu pun kalau anda tau function DSLR tu la, kalau tak tau guna pun tak guna ada DSLR =p (belit-belit ayat haku, harap anda paham sendiri =.=')

Jadi, jangan iri hati kalau orang lain ada DSLR and cakap "camera dia DSLR boleh la, gambar semua lawa-lawa". Dengan compact camera pun anda boleh hasilkan gambar yang cantik lepas diedit kat photoshop. So, jangan bersedih hati ye adik-adik dan kakak-kakak =p. Camera pinjam saya pun bukan DSLR, hanyalah bridge camera.

Kat bawah neh saya letak beberapa keping gambar yang dah diedit menggunakan Photoshop CS4. Tak lupa juga gambar asal! Semua gambar diedit menggunakan teknik-teknik yang berlainan.

Gambar 1:
Ini gambar asal. Boring bukan? Warna senada, langsung takde intensity. Bosan ah tengok gambar neh!

Gambar 2:
Ini pula percubaan godek-godek photoshop application secara sendiri tanpa belajar T__T. Tak reti guna and tak tau lagi apa itu layer, duplicate layer, etc... Saya cuma buat semua kerja-kerja mengedit di atas salinan gambar yang asal. Mula-mula crop tepi belah kanan sikit, kasi kapal tu centre. Then select kasut untuk dibiarkan berwarna, yang lain saya grayscale'kan. Letak glowing effect sikit, letak noise terlebih ;p (noise tu akan jadikan gambar macam kena tabur dengan pasir-pasir halus hihi). Owh tak lupa juga letak text di atas dan di tepi :)

Gambar 3:
Yang ini baru belajar guna aplikasi copy background layer, lepas tu letak overlay. Terus warna dalam gambar jadi how leng (santek)! Lepas overlay, blurkan sikit. Saya buat 2 kali so warna lebih intense macam dalam gambar di atas =D

Gambar 4:
Proses mengedit hampir sama dengan gambar ke-3. Cuma saya buat selection di kasut, yang lain tukar kepada grayscale. Kalau guna overlay memang gambar akan jadi 'shining-shining' tak payah guna function difuse glow dalam filter tu. Semua gambar telah diresize supaya menjadi lebih kecil (MB size to KB size) and lebih senang nak upload ke dalam blog :)

Ada sesiapa yang berminat nak belajar ke? Kalau ada, boleh buat tutorial keh keh kehhhh. Saya takde la terer setakat tau basic je, tu pun sebab rajin godek-godek sendiri and belajar dari web orang lain juga. Memang tak boleh malas and tak boleh cepat give up. Usaha kan tangga kejayaan ;)

P/S: Siapa nak bagi gambar dia untuk saya edit? Nak muka lebih cerah, hilangkan jerawat, macam-macam buleh =p

8 comments:

Saira Azura said...

weh, software pe ko guna..aku nak donlod..huhuhu

izwan7 said...

ko penah belajar kat youtube?
bagus beb tutorial die.
aku belajar trick2,software design drawing sume dari situ

CikChelsea said...

saira,
kan aku dh mention terang2 tu Adobe Photoshop CS4...mata ko letak mana? hahahaha ;p

izwan,
nope tak prnh...best ek? will give it a try ;)

yg sblm2 neh aku blaja drpd tutorial secara bertulis je, ada yg susah gak utk difahami T__T

Saira Azura said...

akudah majuk dah nih kene marah ngan cikchel..uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

wahida shukeri said...

teringin nk blaja basic edit gmbr..enw.software to free downloable ke?

CikChelsea said...

saira,
ala ala ala...jgn majuk2 nt baby ikut perangai mommy dia..hihi.

sambil kasi tisu~

wahida,
i pon tau basic je...yup FREE dan boleh didownload =D. tp i download from 1 forum, kena register dl :)

Wahida Shukeri said...

i nk share ngn u,i ada phtshop cs3..lbh krg sama je kot ngn cs4..i ade edit satu gmbr, u leh tgok kt my blog(www.wahidakhairy.blogspot.com)..u comment ok ke x ek..malu nye..miss, aklu nk blaja edit mcm gmbr kt kapal yg u edit tu bleh x??

CikChelsea said...

wahida,
i tak terer pun photoshop neh...godek2 je..kikikiii...mcm tak layak je nk komen..ohohohoho.

CS3 dgn CS4 mmg tak jauh beza, tp CS4 ada application baru kot (kot jelh..tak sure..hihi)

btw, nk buat mcm gmbr no berapa? :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...