1 Nov 2009

Kau tulis entry semata-mata nak dapat banyak komen ke apa?

Aku tak faham. Menulis entry di blog adakah untuk mendapat komen yang banyak? Adakah komen beratus-ratus atau followers beribu-ribu perlu dibanggakan? Aku rasa aku mencipta sedikit kontrolvesi dengan menghasilkan entry ini. Ada YANG AKAN terasa, itu aku pasti. PASTI ya bukan MUNGKIN. Kerana aku menulis entry ini berdasarkan apa yang ditulis sendiri oleh insan tersebut.

Pertama sekali, secara peribadinya aku menulis blog lebih kepada kepuasan diri. Aku ingin berkongsi apa yang aku jalani saban hari, mungkin ada sebahagian kecil input yang aku tulis di blog, memberi manfaat kepada orang lain. Aku kata MUNGKIN lah kan? Mana tahu... Jadi, bila entry berkenaan mendapat feedback (komen) daripada yang sudi memberikan komen, aku teruja! Jangan tipu la kau tak suka dapat komen kan ;p, lebih-lebih lagi komen yang membina. Apatah lagi komen yang sudi memberikan pendapat lain pula...kan minda lebih terbuka =).

Tapi isu aku, perlu ke bangga kalau kau dapat komen beratus-ratus? Mungkin tidak sampai beratus lah, jika ditolak dengan komen balasan sendiri haha. Mungkin aku tak faham perasaan macam mana dapat komen beratus, sebabnya aku sendiri tak pernah cecah angka ratus. Setakat 10 tu pon aku kira dah banyak (kesian aku...kah kah kah!).

MUNGKIN lah...tips yang insan tersebut beri ada benarnya. Untuk dapat komen yang banyak, kau kena rajin komen di blog orang terlebih dulu. Being me, aku hanya drop komen kalau aku benar-benar ingin memberi komen. Maksudnya, setiap apa yang aku taipkan tu memang betul-betul aku maksudkan. Bukan sekadar bagi komen lepas tu berharap akan dapat komen balik. Bukankah tidak ikhlas perbuatan itu? Memberi dengan harapan mendapat pulangan?

Aku tak pernah singgah di blog orang lalu meninggalkan komen seperti (ini hanya contoh semata-mata ya) "nice entry" atau "you ni cute la" atau "nice blog, let's exchange link". Contoh yang terakhir tu, kalau aku dapat memang aku akan terus link kan blog dia ke blog aku, then aku beri la kunjungan balas, contoh: "Saya dah link blog awak" --> alahai sopannya! Aku sebenarnya malu nak ajak orang tukar-tukar link. jadi bila ada yang sudi...aku berlipat kali ganda sudi =).

TAPI...ada juga yang minta tukar link, bila kita dah kunjung balas, dia buat bodoh. Al-maklum la, komen beratus, followers beribu...setakat aku yang first time datang bagi komen mana dia pandang, ye tak? Kata mengutamakan pengkomen tegar kan? (haha mati la aku bagi contoh direct!). MUNGKIN juga ajakan untuk bertukar-tukar link tu hanya ajak-ajak ayam. Dalam sehari banyak sangat drop komen kat blog orang, sampai tak ingat yang mana satu...hmmmm agaknyalah.

Sebenarnya yang paling aku "tak tahan" sangat bila tahu, dia drop komen without even read apa yang kau tulis tu pon. Kalau tak nak baca, takpe...tak payah la komen. Kau komen tak ikhlas ek? Aku rasa orang macam ni hipokrit gila! Mungkin juga bukan hipokrit, tapi gila glamor. Ini blog aku, suka hati aku nak cakap kau apa okay? Sumpah sakit hati bila baca ayat neh kah kah kah! Aku berblogging suka-suka, tapi sekarang addicted sebab dapat ramai kawan baru. Walaupun tak pernah jumpa secara nyata, at least bertukar-tukar cerita dalam dunia maya dah boleh buat hati gembira (ceh ceh ceh ayat kau berirama ramarama pulak).

Jadi, aku SENTAP bila baca apa yang ditulis oleh "beliau". Alangkah plastiknya aku rasa insan tersebut. Aku terus ambil tindakan drastik stop follow blog dia. Alasan aku = ENGKAU MANUSIA HIPOKRIT. Kau suka beri publisiti tentang blog kau, tapi kau melenting bila ada komen berbaur kejian??? Apakah??? Dalam kau nasihatkan orang, aku rasa kau jugak perlu ingat kenapa dalam Islam sendiri suruh kita bersederhana dalam hidup...


P/S: Budak-budak baru nak belajar nak hidup agaknya...

8 comments:

sarah-al-idrus said...

hehe aku mcm tau je sapa.shhh hehe :)

izwan7 said...

newbie kot cik harlina laili..biarkan die..

lame2 die sedar yang followers,komen tak menjamin blog tu berjaya.
kalau yg follow tu sume plastik mcm die tak ke due2 sengal?haha

aku pun tak layan suruh org exchange link.tapi bile org mintak exchange aku pegila jenguk jap blog die.kalau best aku letak link.tapi kalauasyik dok cite dating meting kat boipren sorila sgt aku nak letak link.buang masa.

eddie dewanaga said...

nice entry...
you ni cute la...

saya dah link blog awak,
jangan lupa comment ye kat blog saya..!

saya selalu baca blog awak...
sampai hati awak tak tinggalkan comment kat blog saya...


pecah konkrit, pecah simen,
sudah baca harap romen...

*eh, saya silap type pulak, saya nak type 'comment' tadi, tertaip romen pulak... tak kisah laa, whatever...

awak jangan lupa komen kat bolg saya ye..!

tata.. titi.. tutu!!!

.BUNGA. said...

gilaaaaaaaaa!!!!!!! :D

hahhhhhhhhhhhhh!!!

hohhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!

heeeeeeeeeeee!!!!

*lepas itu pengsan!*

akak kalau dapat komen 15 tuh dah berhihuhihu dahhh kira banyak la tuhhh... eh eh NANTI KOMEN BLOG AKAK BANYAK BANYAK TAU SAMPAI 4 RATUS TAUUUUU!!

Saira Azura said...

chel, saspek ar kat ko...aku tau blog sape..budak2 baru nak up..ada sorang blogger nih pon same gak sakit ati..heheh..alah wan, ko ni..sbenarnye ko pon suke kan org follow..hehehe..aku suke chel coz aku fan CHELSEA..heheh..kalo N3 minah nih psal shopaholic dia tu, tak campur mak ngah!!kalo pasal bola..heheh..rajin sket..tak pe chel(knp aku suke pgl dia chel??)..jgn sampai dia buat N3 pasal ko, sudah..kalo dia buat jugak...kita serang dia same2 ek..

CikChelsea said...

sarah,
haha ;p

izwan7,
entah aku tatau dia newbie ke hapa, tak pernah pegi korek achieve dia. sangat tak kuasa!

eddie,
sarcastic sungguh T__T

bunga,
nt akak delete sume komen saya T___T dgn alasan "anda sungguh annoying" kah kah kah!!!

saira,
klau tau simpan dlm hati =P

MommyCT said...

wehh..panas sungguh entry kome yg ini...sapa yg ko tuju tu dek non!

Aku ni dah lah tarap mak2 sebok2 isi masa lapang ni hah.

CikChelsea said...

entry kontrolvesi katanya ;p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...