4 Nov 2009

Kau yang bernama "seri"

Eh bukan Seri lagu Handy Black tu. Bukan juga Cik Seri Siantan. Tapi seri a.k.a draw game tadi.
Atletico Madrid 2 - 2 Chelsea
Sergio Aguero (2) - Didier Drogba (2)
Penulis punyalah dah bersorak hooray hooray sebab second goal Drogba adalah pada minit ke-88. Tak sedar diri sedang memakai kain batik lantas melompat-lompat. Buruk gila kalau bakal emak mertua tengok T_T.

You're the man! Pemusnah kubu musuh - Drogba
(YB selalu ejek nama "Drogba" as "beruk mat yeh". Tau la muka mamat neh tak berapa nak kacak, sampai hati samakan dia dengan beruk tssskkk)

Sumpah ingatkan dah menang! Yelah tinggal 2 minit lagi sebelum wisel penamat dibunyikan. Sekali tuuuuuu, minit ke-90 Aguero score lagi sedas hasil rembatan kencang (ceh ceh ceh ayat macam laporan sukan Haji Hasbullah Awang) daripada sepakan percuma yang pengadil bagi. Penulis terus tergamam. Bukan apa, lawa gile owh second goal Aguero itu tepat-tepat je masuk hingga tak tercapai tangan Cech. Tak apalah Cech, tak apa...sesekali bolos kan adat =.="

Lepas kena 'kejutan' gol pertama Aguero minit ke-66, Pakcik Ancelotti terus tukar game main attacking. Anelka dengan Deco dibawa masuk menggantikan Joe Cole dan Kalou. Hasilnya berbaloi-baloi. Ok apa SERI daripada KALAH.

Kerana kau Sergio, kerana kau. "Kami" tak dapat balik ke London dengan 3 mata penuh!
(sila baca dengan intonasi macam cerita telenovela yang dialih bahasa)

Penulis rasa, Aguero kerja part time kat Pejabat Tanah dan Wilayah lah. Lagi tepat, kerja bahagian ukur jalan. Macam mana dia boleh sepak tepat terus masuk goal? Takde lebih, takde kurang. Kau ingat Beckham sorang je boleh sepak gitu? Tetiba sangat nak sound Beckham tanpa motif kah kah kah!

Penulis tengok game secara "jamak". Kejap-kejap tukar ke channel 812, tengok game Real Madrid vs AC Milan. Pada pendapat peribadi penulis, game neh lagi seronok ditonton sebab dorang main 'laju'. Fenomena biasa kalau tengok kelab-kelab Itali beraksi. Mereka pun seri juga tadi, dengan jaringan 1-1. MUFC pojaan hati Izwan7 pon seri juga =p. Hari seri sedunia ke apa neh? Tak tak tak sebabnya Bayern Munich kalah (padan muka huwakakakaka), Juventus pulak menang (cisssssss).

Gambar kat bawah takde kaitan dengan laporan sukan oleh Haji Hasbullah Awang penulis. Saja gedik meletakkan gambar Xabi Alonso yang hot ;p, sebabnya tadi tengok dia sangat hot (okay kami faham, engkau dah mention HOT sebanyak 2 kali dalam 1 ayat, boleh teruskan?) ketika beraksi dengan penampilan baru ada janggut dan jambang. Mak soooooka nyah! *blushing*

dulu ketika beraksi untuk LiverFool


sekali pandang macam Marat Safin si gergasi tennis yang juga hot


Alahaaaaiiii...comelnya

(semua gambar adalah hasil gugel, terima kaseh gugel)

Apakah nasib Rafael Beneath-us Benitez esok? Sama-sama kita nantikan. Mintak-mintak Liverpool kalah biar kena pecat je si bongkak itu. Team dah kalah banyak kali pon masih bising-bising pasal sejarah season lepas-lepas. WTF??? Kau ingat cerita balik sejarah team kau boleh naik points ke? Pfffttttt!!!


13 comments:

Saira Azura said...

smlm aku tak tgk game coz letih banget..maklumlah kan..lagipon skang nih tgh pindah memindah rumah..so ngan laki aku pon tergolek kat depan tv smlm..hahah..sedar2 tv tgk ktorg..ni pon mantuk lagik...huhuhu..btw, thanks bagi info..tp aku tahan telinga jer lah laki aku kutuk, alah takat seri..ngan team tak de name plak tuh..bengang nyer aku!!!!

paraxixth said...

owh...entry bola rupanya. gua ingat kan apa tadi..
lu tengok ke game malam tadi.

gua keberatan nak tengok mana satu lawan. ac milan dengan real madrid pun best juga gamenya..

btw ramai game seri malam tadi. man u pun seri. tapi skuad bodoh saja turun.

btw chelsea confirm layak untuk ucl pnya la..top rankin ok. tapi hari tu menang 4-0 dengan al.madrid. y seri! celaka!

MommyCT said...

I tak tau bola...tapi my komen utk gambar yg last tu...mmg cooommeeelll ssgt!

eddie dewanaga said...

off to the next round...!!!

jangan lupa ahad ini, Super Sunday, 4pm waktu London. Memungkinkan satu tragedi, mencalarkan rekod homeground ataupun menyumbat mulut mereka dari terus menyalak...

izwan7 said...

aku janji kalau liverpool kalah malam ni aku buat entri besar besaran esok lepas final..hahaha

takpe seri pun chelsea ngan man u due2 dh layak..no hal..liverpool kene menang mlm ni kalau nak lyk..

so ahad ni babeh..aku nak tgk kat sport planet..ade event wooh..

CikChelsea said...

saira,
kem salammmm sket kat laki ko..halo halooo team tak ternama katanya??? hbs team dia apa cer seri jugak??? cehhhh dush dush kat laki ko ;p

paraxixth,
bola itu kn bulat makanya mcm2 boleh terjadi walaupun di ms kecederaan. buang karan je aku dah hooyeh hooyeh awal...sekali tu cik "seri" pulak yg muncul tsskkk T_T

CikChelsea said...

mommy ct,
ehehehehee...kannnnn??? gimme five ;)

eddie,
how i wish i can watch the game kat mamak dgn member2...fuhhhh confirm meriah!!! ;(

izwan,
alaaa...jeleshnya! sports planet gelanggang futsal tu ke? (aku lupa seksyen berapa)

btw, gud luck for ur final paper ;)

Aainaa said...

betul2..bior LimpaFool 2 out!!!!betul2....sama2 kite nantikan..hoho.....

mimie said...

seri kira baik dari kalah k:p

cik ienn said...

kenapa page anda sangat chomel???

CikChelsea said...

aainaa,
maka akan meraungkah YB ku sekiranya team beliau tersungkur dr UCL (mari bersengkang mata tgk game pg neh =D)

mimie,
memang lah i dah siap BOLD kan statement itew dlm entry hoccay? tp kalau menang alangkah bagusnya =.='

cik ienn,
bukankah spt tuan punya blog juga? kah kah kahhhhhh!!!

eddie dewanaga said...

puan saira azura,

kalau hubby lu minat bola, dia takkan bilang atletico madrid takde nama, club ni berkongsi satu bandar dengan real madrid, banyak player2 besar penah main untuk diorang contoh...

legenda chelsea macam jimmy floyd hasselbaink, mateja kezman...
dan forward liverpool, fernando torres.
yg lain2 tu banyak Spain stars yg tentunya dia tak tau kot.

antara club terbaik liga primera Sepanyol, kalau tidak, bukan club biasa2 yg boleh masuk Liga Juara2 Eropah ni.

CikChelsea said...

mateja kezman...aku sempat "kenal" dia kejap je.

mention psl jimmy floyd hasselbaink terus teringat "partner" dia si gudjonsen T__T

they were really good together, no? (i mean kat padang =p)

bro,
gua rs peminat bola neh terlalu umum skopnye. minat krn apa? teamnya? players nya? dll...

member aku ada sorg tu katanya minat bola, tp bila aku tny specifically "formation apa" dia balas "formation tu apa?" aku terus diam, mls nk tny apa2 lg =.='

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...