12 Nov 2009

Khap Kun Khap, masuk pintu keluar tingkap

Anda pernah mengalami ketagihan terhadap sesuatu tak, especially makanan? Bukan dadah la, itu benda terlarang lagipun haram dimakan. Dah nama pun 'najis dadah', gila kau nak makan najis? Ke dadah tu berak sehingga mengeluarkan najis? Eh, sorry la siapa tengah makan...takde niat pun nak sebut najis. Eh, alamak tersebut lagi. Jadi mari kita skip terus perenggan pertama ini =.='

Tom Yum Thai @ RM5

Saya sanggup memandu atau memaksa perempuan kesayangan drive lebih daripada 30 minit semata-mata mahu mendapatkan Tom Yum special di atas. Bergeraklah kami dari Yong Peng ke Batu Pahat semata-mata saya 'mengidam' benda tersebut. Nampak macam tak ada apa yang special bukan? Fuhhhh, tapi rasa dia (tetika menulis entry ini penulis amat terseksa, laparrrrrrr) memang terbaek dari ladang ah! Dah la pedas, masam, kuahnya pekat...cukup rasa! Serius, kalau asam laksa kat Laksa Shack tu macam dah sedap, yang ini lapan belas kali ganda lagi sodap!


Versi Tom Yum saya TANPA udang segar dan crab stick. I kan alergi dengan haiwan laut kecuali ikan dan sotong tsskkk T__T. So, sesiapa yang boleh hantam seafood time order silalah mintak semua sekali, fishball, sotong, crab stick, fresh prawn and bayam.


'Subjek' utama pulak terdiri daripada laksa, mee kuning, bihun, kuew teow ataupun su'un (betul ke ejaan nya begini?). Everytime makan kat sini saya mesti akan amik laksa sebagai pilihan. Haihhh, rasa macam nak pergi lagi je hari ini. Ketagih neh gagagagaga~

Barisan kabinet 'subjek' untuk dipilih.

Konsep kedai neh simple gila. Kau datang, pergi jenguk kat display counter bagitahu apa kau nak. 5 minit kemudian SIAP. Makanlah kau secara laju nescaya lidahmu akan melecur kah kah kah! Walaupun anda lapar, anda disarankan makan secara perlahan sebab kuah dia sangat panas nak mamp T___T.


Selain Tom Yum Thai yang special tu, ada menu lain yang tak kurang hebatnya. Try la kerabu mangga, pun ok juga. Tapi be ware, ia PEDAS! Menu pun simple je tak banyak TAPI setiap menu tu adalah their specialty.


Haaa...nampak? Nampak? Kuah menggelegak neh. Lepas order, bahan-bahan yang anda order akan dicelur (dalam periuk lain), dimasukkan dalam mangkuk dan disiram si air mawar, eh maksud saya disiram dengan kuah tom yam.


Orderlah air yang berais walaupun anda tak suka minum ais, jika tidak anda pasti menyesal. Manusia yang tahan pedas seperti saya pun pasti memerlukan air yang berais sebagai minuman iringan. Kau memang hebat ah kalau makan lepas tu takde efek pedas yang datang! Sumpah pedas owh! Tapi sedap...I mean sangat sangat sangat sedaaaaap =p

Terima kasih perempuan kesayangan!

Owner yang begitu best @ BBK Thai

Anda janganlah terkejut pulak tengok owner kedai neh Chinese. Pekerja mereka ada yang Malay dan yang paling penting mereka mempunyai SIJIL HALAL daripada pihak berwajib. Suami ialah Chinese manakala isteri ialah Siamese. Kedai ini sangat lah popular kerana original THAI recipes daripada keluarga isteri owner.

Owh, lupa nak mention kedai makan neh di dalam bangunan BP Mall kat parking lot tingkat bawah :D. Jom makan-makan! Pose-pose nak ganti Maria Tunku Sabri kaedahnya. LOL!!!

10 comments:

monstorious wife said...

soalan akak ialah:

mahal tak? berapa RM?

sekian...

Saira Azura said...

adehlah,terliur dah nih..kat kl ne bleh dpt ek..alaaaaaaaa.......

Hana said...

aiyookkk~

da terliur neh....

kesian baby lam perot yg 13 bulan ni...

nnt kempunan dia...

hukhuk~

CikChelsea said...

kak ilot,
setiap portion makanan adalah rm5 sajork. harga sgt berpatutan dgn kualiti rasa :D

saira,
ohohohoho..aku tatau la cik kak kat KL ado ke tak. pe kata ko buat kje lebih gila drpd aku. soh laki ko drive drpd sana pegi jhr semata2 nk mkn kat tmpt neh =p

hana,
waaahhhh bunting lembu kah awak? lamo bona eh ekau bunting. keh3

As said...

Knapa adik manis pegi mkn kat BP Mall x ajak akakkkk???? Akak nie nama jer dok dkt2 ctu, tp xpernah try lg. Stakat lalu lalang cam tu jer. Tp bau dier mmg besh kan?

Kalu promo camnie, maner leh x tahan ini mcm...Abg....jom g BP MALL!!!!

[Akak mintak izin nk link blog nie leh?]

Saira Azura said...

ko lah delivery kn....pe salahnyer..berbakti pd ibu mengandung...huhuhu

CikChelsea said...

sis as,
kena ajak ek? ok next time pegi sy ajak..ekekekeke =P

sila2 pegi try...rugi tak try (tp jgn pegi on monday sbb dorang tutup setiap hari isnin)

terima kasih sbb sudi link blog sy yg tak semenggah neh :)


saira,
lalala~
meh la akak cik abg ko dtg jhr ;p ko bg la alasan baby dlm perut yg nk mkn, confirm bdesuppp mr.sepul drive ke jhr...keh3

tp sile drive carefully :P

zaty ezaty said...

Haritu beria dtg nk mkn...sebab da lme xdpt...sekali suami & mak nmpak patung thai tu terus xjd masok.....kecewa yg teramat...smpai skarang mngidam.... :'(

zaty ezaty said...

Haritu beria dtg nk mkn...sebab da lme xdpt...sekali suami & mak nmpak patung thai tu terus xjd masok.....kecewa yg teramat...smpai skarang mngidam.... :'(

zaty ezaty said...

Haritu beria dtg nk mkn...sebab da lme xdpt...sekali suami & mak nmpak patung thai tu terus xjd masok.....kecewa yg teramat...smpai skarang mngidam.... :'(

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...