28 Nov 2009

Malam yang mengharukan dan tragis

Cerita 1:
Malam tadi eposid akhir Nur Kasih. Saya takde lah exited sangat menunggu kemunculan drama tersebut jam 9 malam di TV3, sebabnya dah tau sinopsis penuh macam yang saya tulis dalam entry INI. Walaubagaimanapun (fuhh panjang sungguh perkataan ini, bukan?) mata ada juga jeling-jeling tengok tv sambil buat kerja. Nur Kasih menjadi tontonan seisi rumah seyyyy, abang sulung saya pun layan cerita ini. Apakah???

Kakak saya yang harus pulang ke rumah mertuanya di Kota Tinggi, sanggup gerak awal dari sini semata-mata nak tengok Nur Kasih bila sampai sana. Tapi apakan daya, kita hanya mampu merancang...TNB pulak buat hal. Beliau sangat kecewa kerana rumah mertua dia dilanda BLACKOUT! Wahahahahaha, kesian dikau wahai kakak! (Siap call rumah tanya bila repeat =p)

Semasa tengok Nur Kasih, abang saya (bukan yang sulung tapi yang nombor 3) tanya;
"Best sangat ke cerita Nur Kasih nih?"

Saya dengan confident jawab;
"Best jalan ceritanya. Elok untuk tontonan semua lapisan masyarakat. Bagus Khabir Bhatia buat cerita macam neh, takde la macam anak Usop Selam buat filem asyik-asyik pasal Bohsia, lumba kereta. Asyik-asyik nak tunjuk benda tak baik untuk dijadikan pengajaran."
Sumpah memang panjang haku jawab soalan abang ku itew (nak ikutkan dah melencong daripada jawapan yang sepatutnya pun iya jugak, huwakakak!).

Tapi, lepas tu abang saya jawab;
"Bagus apanya, imam paksa anak kahwin? Perkahwinan mana boleh atas dasar paksaan. Macam mana imam nak jadi contoh?"
Wahhhh gituuuu, kena smash nampaknya diri penulis T___T.

Dengan nada pasrah saya jawab;
"Mari kita anggap bahawa imam tu boleh agak ada hikmah di sebalik perkahwinan anak dia tu walaupun atas dasar paksaan."
Jawab gitu, voleyyyy??? =p

Abang saya keji hokeh, dia cakap Remy Ishak muka macam Bangla...motipppp? T_______T. Hemsem-hemsem camtuh dia kata Mat Bangla! Tssskkkkkkkk.

---------------

Cerita 2:
Lepas tu keluar pulak cerita sedih 'Taubat Nasuha' terbitan JS Production. Very the garang Fauzi Nawawi berlakon jadi bapak, sesungguhnya kasihan anak-anak dia dapat bapak garang camtuh (-__-'). Tapi, yang pelik walaupun bapak very the garang nak mamppp anak-anak tetaplah degil! Dah tau bapak ko macam singa, boleh pulak memekak main kapal terbang depan orang tuuuu macam sengaja carik pasal. Itulah yang dinamakan "Menempah ajal sebelum maut" ye tuan-tuan dan puan-puan.

Cerita heavy macam neh memang senang nak masuk Anugerah Skrin =p. Tapi, jalan cerita cam siput kan? Lemau je sebab banyak scene yang sama diulang-ulang, contoh scene anak-anak kena marah dengan bapak, scene breakfast and scene pergi sekolah.

Cara Sheila Rusly dan anak-anak dia dibunuh dalam drama tu sangat sadis. Apalah dosa dorang sampai dibunuh kejam camtu (hohoh emo padahal dalam cerita sajork). Kalau dalam real life ada perompak camtu, sanggup bunuh orang sebab nak duit memang haku doakan hidup dia tak aman. Sumpah keji! Kakak saya + 2 orang anak sedara saya nangis meleleh air mata tengok drama neh, haha memang 'bahan' ah! Bahan kena gelak =D

1 malam - penuh dengan drama. Happy ending. Sad ending. Hakikat hidupkan memang begitu, tak semunya indah, bukan?

5 comments:

Fatul Akrul Ramli said...

tgk jugak dua2 citer tu.. agak sedih jugak.. T__T

eddie dewanaga said...

Remy Ishak = Bangla..??

hehehe...

CikChelsea said...

fatul,
kamu juga layan nur kasihhhhh??? wahhhh =p


eddie,
tak la weehhh Remy hemsem taw T___T

Saira Azura said...

aku tak tgk nur kasih coz aku penat giler..(pas uwek uwekk)so rilek jer..takpe, nanti aku tgk kat online..

citer taubat nasuha tu mmg geram giler..dah tau bapak garang mcm tu, degil gaks..degil tahap gaban!!mak dia plak..adoiyai...tp leleh gaklah..huhuhu

CikChelsea said...

saira,
teruk eyh ko nye morning sickness?? sian ko...sabar la ek, kejap je tuh :)

haha tulh mcm tak logik bapak garan anak tak takut kn? time kne mrh je takut watpe...mcm tak serik huhu. mak nye plak cool gilosss. nama pun cerita =p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...