15 Nov 2009

Minggu-minggu aneh dan garang

Sejak menjalankan business, especially menggunakan medium atas talian (ceh gila kau online pun nak translate ke bahasa ibunda. Bahasa jiwa bangsa, 1Malaysia. Haha tetiba sangat) nombor telefon saya bukanlah privacy lagi.

Banyak nombor yang tak dikenali memanggil setiap hari. Kalau tak busy, saya akan angkat. Kalau busy atau buat-buat busy saya biarkan saja penggilan itu tidak berjawab kah kah kah! Kalau busy TAPI ANGKAT, secara automatiknya saya akan menjawab panggilan secara garang. Mesti pelanggan takut, sila jangan contohi T___T.

Errr...tapi bukan selalu garanglah. Aik, macam tipu saja tidak garang? Kah kah kah! Saya memang semula jadi garang, tetapi akan menjadi bertambah bengis dan menakutkan bila menghampiri waktu-waktu kecederaan menstruasi (betulkah ejaan Melayunya begini?). PMS la, kau tau apa itu PMS kah wahai lelaki? Eh, tetiba sangat tanya kat lelaki T___T. Tak apalah lelaki, sila abaikan. Tapi kalau tidak mahu abaikan lebih bagus kerana anda perlu memahami jiwa wanita, lebih-lebih lagi apabila wanita bersikap sedikit pelik sekiranya menghidapi PMS (ceh, kau cakap menghidapi macamlah PMS itu penyakit tssskkk).

Eh, tadi macam nak cerita sesuatu yan pelik bukan?

Sekarang sedikit MALAS mahu mengangkat nombor telefon yang tidak dikenali. Sudah berkali-kali saya pesan pada customers, SMS lebih digalakkan dengan syarat sila sertakan nama. Kalau ada customer yang SMS tanpa nama dan tidak bagi salam terus ada perasaan kureng menyelinap masuk ke dalam sanubari dan lubuk hati. Kau annoyed tak bila ada nombor yang tak dikenali tulis begini;

"Apa nama blog?"

Takda salam takda ucapan suai kenal, terus terjah secara kasar. Walaupun anda ialah customer, and people always says that "Customer is always right", takkan kerana cogan kata tersebut anda boleh bersikap tidak sopan? (ke kurang ajar?). Saya akan dan pasti membalas begini;

"Assalamualaikum encik/cik, blog lalala dot blogspot dot com. really appreciate if you can mention your name whenever you text me. tq." Mesra bukan? Mesraaaaaaa Bob mesra~

Itu tidaklah aneh sangat, 2 minggu lepas ketika saya sedang sibuk, ada 1 nombor memanggil. Saya biarkan dan setelah tidak sibuk saya hubungi kembali nombor tersebut. Ingatkan customer yang called, rupa-rupanya...

"Hello." Suara Chinese guy yang jawab.

"Helllo. You ada call saya kan tadi?" Saya tanya.

"Yes, ala. Kita sini ala supply detergent untuk kilang. You ala kilang cokolat kan?"

"Hah? Kilang coklat? Tak ada. You salah orang lah!"

"Kita sini supply detergent untuk basuh kilang, kasi bersih kilang. Itu Munchy pon kita yang supply detergent." Masih tak paham agaknya, still nak explain tskkk.

"You call dari mana neh?"

"Kempas. Kita sini kilang besa ala supply detergent." Weh ko dah mention 3 kali ko supply detergent, aku paham la! Pffftttt!

"Ha ok la, sekarang I takda kilang. Nanti kalau I ada kilang I cari you ok?" Tau tau nak kata apa sebab nak cepat-cepat habiskan conversation.

"Haaaa iu macam oke lo."

Tutttttt...terus saya matikan talian T___T. Siapalah buat fitnah saya ada kilang coklat? Haduiiiii...

------------------

Minggu ini punya kes lagi haru. Nombor yang tidak dikenali hantar SMS bergambar siap ada sound tu (Maxis user) berbunyi begini;

"nty kte jmpE...i ctEw!!!tp clash niE coz i x Epy dgn yOu akhr2 nie n rsE you da laki laEn..." <--sumpah dia taip macam neh, saya amik masa 5 minit nak taip SMS bernada 'cute' neh *muntah ijau*

Anyway, ADA KE LELAKI NORMAL YANG MENAIP SEBEGITU RUPA??? Owhhh pleaseeeee!

Motipppp sangat tetiba speku haku ada laki lain? Jadah mana pulak la yang main-main neh? Saya malas nak layan and biarkan jelah SMS tu. Bersangka baik yang dia tersalah send.

3-4 hari lepas dapat message tu, nombor yang sama anta SMS gambar lagi, kali neh tanya;

"dgn cpEw g CS?"

Lagi sekali motipppp tanya haku pergi CS dengan siapa? Kalau betul haku pergi CS pon, suka hati haku la! (Citu Square ke mana tah yang dia maksudkan). Kali neh macam dah tak tahan (lagi pun tengah stress, jadi nasib kau la jadi bahan tempat haku melempiaskan api kemarahan kah kah kah!) saya terus call nombor tu. Sumpah garang nak mampos suara saya;

"Hello, assalamualaikum ni siapa ni?" Saya tanya dengan nada yang agak kasar.

"Err...ni Yus (nama sebenar). Siapa ni?" Eh berani kau tanya aku balik.

"Apsal awak MMS gambar bukan-bukan kat nombor saya?" Sebenarnya takde la bukan-bukan sangat, saja gertak mamat tu =p

"Eh peliknya. Pelik la pelik..." Dalam hati saya cakap kepala hotak kau pelik!

"Awak ni sebenarnya nak send gambar kat siapa? Tak check dulu ke nombor before send?" Dia diam tak jawab.

"Lepas ni jangan hantar apa-apa lagi kat nombor telefon saya. SAYA TAK SUKA! Assalamualaikum." Tak sempat mamat tu nak jawab saya dah letak. Tapi, sempat la bagi salam dulu before letak keh keh keh.

Musti mamat tu cakap saya garang mengalahkan singa. Lantak la, siapa suruh kau kacau aku time mood aku tengah swing-swing. Nasib baik kau wujud di paparan skrin telefon je, kalau ada secara fizikal memang dapat swing-an free!


Selepas kejadian-kejadian di atas, kebanyakan panggilan yang saya jawab semuanya dengan bernada garang kah kah kah! Nasib la...kalau nak selamat SMS saja. Sekian.

6 comments:

eddie dewanaga said...

dengar cerita Ferrero Roche nak bukak branch kat Yong Peng... boleh la suruh cina jual sabun tu bikin demo or something... hahaha...

ween said...

Amboi, garang nye ;p hee.

pandai jwb dgn apek supply detergent tu. HAHA :)

Aida Narina said...

Hhhaha, you ada hak nak gertak mamat "dgn cpEw CS?"..Kalau i, dah rasa irritating sangat rasa macam nak tampar dia dalam phone <----hahaha, garang tak? :p

Saira Azura said...

aku nak kapkek strawberry!!!!

CikChelsea said...

eddie,
woohhhh ya ka???
gud news tuh sbb sini takde jual FR, mcm gampang tol. econsave hanya ada jual brand cap ayam of FR haha.


ween,
terpaksa la ckp gitu, klo tak nt 10x plak dia mention di jual detergent mcm la org tak phm T__T

CikChelsea said...

aida,
garang garang =p
kalau bley send tgn kat mamat tuh mmg best ah, mmg berhajat nk bg penampar jepun sedas...keh3


saira,
adoiii tetiba mak buyung neh mtk kapkek T__________T

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...