19 Nov 2009

Musim hujan tak payah basuh kereta

Semalam mahu ke bandar menghantar borang ke suatu tempat. Tapi melihatkan kereta yang comot sudah tentu saya malu untuk memandunya ke tempat yang dtuju.

Terus la laju-laju ke car wash yang terdekat untuk mendapatkan perkhidmatan "snow wash" supaya kereta bersinar dan berkilau pabila terkena panahan cahaya matahari. (apa sudah jadi dengan penggunakan bahasa aku dalam membina ayat untuk entry ini? tssskkk)

45 minit kemudian...

Siap! Fuhhhhhh...kilat wa cakap lu kereta gua! Sangat puas hati dengan servis yang telah diberikan oleh pihak car wash! Tahniah dan terima kasih!

Terus memandu keluar daripada car wash dan bersedia ke lokasi yang dituju.

5 minit memandu...


Kapoofff (Aik? Bunyi magic? Sepatutnya membuat sound effect hujan lebat tapi penulis tak reti, haha terimalah seadanya aku)

Hujan lebat wehhhh tsskkk T____________T. Sadis sekali! Melayang duit seploh hengget upah basuh kereta tup-tup kereta comot balik sob sob sob.

So, korang takyah la basuh kereta musim-musim hujan neh. Anggap jelah hujan yang kerap turun sekarang neh sebagai air cuci kereta. Jimat duit, jimat masa. 45 minit wohhh tunggu kereta siap basuh + bersihkan luar dalam tsskkk =.="

Takyah basuh kereta nanti anda akan sakit hati macam saya. Saya bukan complaint pasal hujan, tapi sakit hati sebab waktu nak pergi basuh kereta tu tak fikir dulu "...kan sekarang neh musim hujan, buat apa basuh kereta? Orang tak pandang pun kereta kau comot ke tak, kereta orang lain pun comot jugak."

Iyaaaa...saya marahkan kebodohan diri sendiri.

Tak pernah marah pada hujan. Hujan itu kan satu rahmat.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...