16 Nov 2009

Niat berdansa untuk diri sendiri atau kebajikan?

Sehati Berdansa season lepas kontrolvesi pasal Amyza Adnan yang dikatakan 'bermasam muka' dengan Lisdawati, tak tau betul ke tak. Saya malas nak amik port. Menonton Sehati Berdansa sekadar mengisi masa lapang.

Season neh lagi gempak. Haiiii...kalau dah namanya artis, setiap masa nak perhatian. Elok-elok takde kontrolvesi, cari kontrolvesi.

Ini kenyataan Sazzy Falaq di fan page FB:
Why do ppl do this? Take out their own money & vote for themselves? Sigh... can't you just let the public decide?

Ini pula kenyataan Dira melalui blog beliau:
Terus terang, wa dah bosan, give up stress dengan Sehati. Lu orang nak menang sangat,amik lah.. wa tak heran. wa ada banyak keje lain nak buat. Wa ada anak, rumah, laki yang kene jaga.

Oi, mak bapak wa takde masuk campur ini cerita. Terus terang, mak bapak wa orang kampung, orang kerajaan, pemikiran tak KL langsung. Dia SMS pun tak tahu, telepon pun pakai cap ayam punya, dan dia tak pernah suka anak dia kuar TV. Dia nak wa jadi lawyer lah! wa yang suka dengan kerja ni bukan sebab nak glamour, tapi dalam hati wa memang dah jatuh cinta dengan kerja ni. Wa stim bila boleh berkarya. Wa pernah buat kerja yang langsung tak berbaloi dengan apa yang dapat tapi sebab wa stim gila bila baca script yang bagus, wa buat dowh!

Wa hidup percaya satu benda je, hati baik, takde hasad dengki, dan wa mau jadi manusia yang boleh pakai punya.. Kalau tak untuk negara atau rakyat pun, boleh guna untuk keluarga sendiri pun cukup bagus.

TOLONG lah...! wa tahu kamu semua banyak menyokong, tapi sudah lah, tak payah undi wa lagi. Kecuali wa bertanding untuk Puteri UMNO.. (hehehehehe.. )

Sekarang, wa mau hadap birthday Anggun (anak) je. Yang lain wa tak masuk akal wa.

Pasal pertandingan ntah apa apa ni, wa boleh jadi gadoh dgn orang lain, wa tak suka.

Be professional la puan-puan. Anda berdansa atas 'tiket' kebajikan. Kena la betul ikhlas niat tu untuk tujuan membantu mereka yang memerlukan. Bila timbul kontrolvesi macam neh kan dah kurang enak jadinya. Mereka yang ingin dibantu pun terasa segan nanti nak menerima 'sumbangan' anda. Mana taknya, siap kata TERPAKSA, dah STRESS, dah GIVE UP.

Saya tak menyebelahi mana-mana pihak sebab tak tahu kedudukan sebenar.

Yang menuduh,
Kau ada bukti ke si polan undi diri sendiri? Ke kau buat spekulasi sendiri? Menuduh tanpa bukti adalah fitnah kau tahu tak? Al fitnatul as'syadum minal khot. Walaupun si polan yang kau tuduh tu bapak dia bekas menteri, tu tak bermakna dia guna duit bapak dia untuk dapatkan undian tinggi. Kau jeles ke apa undian penimat dia banyak? Mungkin kau tak puas hati sebab kalau ikut juri kau adalah yang terpaling bagus bila perform.

Yang tertuduh,
Mak saya selalu pesan, orang gila jangan dilayan sebab nanti kita pun sama-sama gila. Jadi, bila kau pun 'menjawab' tuduhan orang yang menuduh...maknanya kau makin memperbesarkan isu ini. Yelah, kau ada hak nak menjawab tapi alangkah baiknya kalau kau boleh selesaikan secara senyap dan aman, lebih baik kalau takda orang tau. Especially the public! Itu semua cerita kelambu. Macam yang kau mention dalam blog, para peserta lain kau dah anggap macam 'keluarga'. Jadi, tak perlulah bukak pekung keluarga sendiri bukan?

Yang menuduh dan yang tertuduh,
Jangan salah gunakan medium yang ada untuk membongkar apa yang tidak sepatutnya umum ketahui. Korang ni takde respect langsung ke kat pihak penerbitan yang dah bagi korang peluang ikut serta dalam program ni? Eh korang masing-masing dah tua bangka la, takkan benda simple macam neh pun tak boleh nak fikir?

7 comments:

monstorious wife said...

uollss...
Akak rasa la kan.. suka hati la diorg nak vote guna duit sendiri pon.. Yang diorg nak bising2 tuh kenapa la kannn??

elehh..mcm la diorg sendiri takde pengaruh kawan2 suruh vote diorang..

Tak professional langsung..

Dah. Lepas nih akak malas nak tgk rancangan melayu. akak nak tengok Korea sajork.. ***matila lupa daratan..

im a dreamer. said...

laa.
menda menari2 nie pun bleh jadi gaduh. sengal jgak depa nie. huhu.

-bukan peminat sehati berdansa.

Saira Azura said...

akutak layan beb menatang nih..coz kalo korang tgk dan pasan lah kan, yang artis dapat adiah makaih ..dgn kete, dgn melancong, dgn duit bagai lagik..yg pusat kebajikan yang konon2 diwar2kan program realiti nih dibuat utk membantu golongan tersebut, dapat duit bape banyak???????!!!

yang koreografer dorang ape lak dpt??padahal otak dorang yg berhemaps pulas ajar kayu2 sumer tu menari..kalo dorang tu takde, soh dorang menari sendiri..ntah ape2 agaknye...

aku rase bek korang pikir dulu sesuatu citer, kontes, sebelum jd fanatik..kalo korang marah ngan aku..lantaklah..duit korang yang vote2 tu..ader dorang bagi korang ape2??alih2 ckp..semua nih utk peminat yang tak henti2 sokong kami..sungguh klise!!tp habuk pon tarak dpt kat korang kan...

lu pikir lah sendiri...

eddie dewanaga said...

Dira tu abah dia ex-CM Melaka dulu kan..?

gua suka dia beb, budak2 dia ada garaj moto2 klasik dan chopper.

CikChelsea said...

kak ilot,
sama la terus menyampah nk tgk..asik bikin drama sajork kaedahnya mereka itew!


ida,
nama pun artis, kalau takde kontrolvesi bkn le artis namanya..hihih.

i sekadar tgk je, xde kuasa nk vote. baik derma secara diam utk mercy ke tabung bencana ke..lg telus

CikChelsea said...

saira,
since musim pertama rancangan neh aku dok memikir mende yg ko ckp tu...mmg kalau ikutkan propa psl kebajikan lebih tp artis yg dpt hadiah lumayan. membahagian hadiahnya mcm tak adil gitu...bg kt rumah kebajikan seciput, padahal juta2 dpt


eddie,
yuppp tepat skali. aku tak tau plak psl moto2 tu...

Saira Azura said...

chel: kesian dow aku tgk badan kebajikan yg dorang wakil..dr season 1 lagik..iklan bagai nak gah..untung berjuta2..tp yang dapat kat dorang??aku arse kalo org dalam astro akan ckp..tu pon dah kira baik kitaorg bagi..tp pikirlah perasaan org yang konon2 nak bantu.alih2 buat macam taik..kesian..kesian..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...