12 Nov 2009

Pergi tengok filem Pisau Cukur nanti dapat sebilah pisau cukur secara percuma

Kali pertama menonton filem dapat free gift, macam sangat teruja hahaha. Eh, betullah tak tipu. Semalam ketika membeli tiket untuk filem Pisau Cukur, gadis kaunter bagi pisau cukur secara percuma. Ihsan dari penaja filem.

[Kes seperti di dalam entry INI tidak berlaku lagi kerana penulis sudah check waktu tayangan kat internet awal-awal lagi bagi mengelakkan insiden memalukan T________T]

Ternyata filem arahan Bernard Chauly yang ini pun tidak menghampakan seperti mana Gol dan Gincu. Filem yang sangat santai tetapi membawa pengajaran yang cukup positif.

Saya kira tidak perlu menghasilkan filem bersisi 'hitam' seperti mana Anak Halal mahupun Bohsia hanya semata-mata mahu membawa mesej yang positif. Filem ringan seperti Pisau Cukur pun boleh sampaikan mesej yang baik kalau kena gayanya.

Fazura memang sangat natural berlakon gedik. Tapi kan, pujian harus diberikan kepada pelakon baru Shahredza Minhad kerana mutu lakonan beliau dalam filem ini setanding dengan pelakon yang lebih senior! It was his very first movie, kan? Beliau kelihatan sangat comel melakonkan watak Faqir ;). Paling suka time scene dia dengan Maya Karin kat swimming pool.

Bella (Maya) "So, nak ke tak nak?"

Faqir (Shahredza) "Nak nak nak"

Hihi...sumpah cute!

Adegan paling hot sudah tentu between Aaron Aziz dengan Fazura. Silalah saksikan sendiri di pawagam yang berhampiran =p. Adegan paling geli pulak time Syarifah Sofia cium dahi Rahim Razali, yikkkkssss!!! *Muntah hijau*

Standing ovation kepada crews filem neh sebab boleh set up tempat shooting sejibik macam atas kapal! Kalau hari tu tak tengok di sebalik tabir pembikinan filem neh, confirm ingatkan dorang betul-betul shooting atas kapal!

Filem yang worthy ditonton ;)

'Manis' bukan mempunyai personal photographer? Setiap detik gambar dirakam

Terpaksa ambil gambar sendiri, sadis dan tidak manis bukan?
(-______-')

2 comments:

izwan7 said...

woih..dont drink n snap la..
em,pisau cukur ni mengisahkan gadis yg suke mencukur ke?
nantilah aku tgk.aku suka fazura sebab die sgt sesuwai berlakon watak gedik..

kalau watak baik tu mcm tak kena dengan tuan die..hahaha

CikChelsea said...

aku tak drive, jd boleh gedik2 dlm kete smbil main camera...lalala~

cite nih mengisahkan kenp ppuan ramai yg nak jd pisau cukur, kira mcm dorg ada reason sndr la nape nk 'tangkap' lelaki yg kaya raya.

tp at the end of the story, dorg sedar tu tak menjanjikan apa2. aku suka garapan pengarah neh, wpun storyline nye simple tp mesej cukup besar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...