3 Nov 2009

Perlu ke cukur kening?

Sebenarnya, hari tu secara gurauan saya ada cakap "...nanti aku kawen aku tak nak trim kening tau. DOSA." Saya lontarkan kata-kata itu pada kawan saya yang sekarang nih kerjanya mengandam. Dia jawab "Ala, setakat kemaskan sikit tak dosalah. Aku baca kat majalah X, Doktor M*asyitah cakap tak dosa kalau cabut untuk kemaskan." Ini dia yang mention, saya memang tak tahu sama ada betul atau tidak Doktor tersebut ada berkata sedemikian.

Tadi time cari bahan untuk menulis entry ini http://emo.huhiho.com, saya terbaca 1 komen best:
"Tapi Ustazah Ma*syitah sendiri dah pun mencukur kening? macamana tu? selama ni kata haram. sekarang dah jadi halal ke? saya keliru"

Jawapan:
Assalamualaikum wrbh, sekiranya ustazah berzina, takkan kita nak ikut? Ikutlah al-quran n sunnah.
Yang neh saya tak berani nak komen, lu pikir la sendiri ohoho~http://emo.huhiho.com

Tak pasti siapa yang benar, siapa yang salah saya pun search la kat internet tentang "HUKUM MENCABUT @ MENCUKUR BULU KENING". Yelah, bab-bab hukum-hakam agama nih kita tak boleh buat main-main, kan? Bagaimana kalau saya kata, saya dan kawan saya tu 2-2 pun betul, tiada yang salah TETAPI bergantung kepada niat "UNTUK APA KENING TERSEBUT DICUKUR @ DICABUT?"http://emo.huhiho.com

Setelah membaca ulasan-ulasan daripada para Ustaz yang lebih pakar berkenaan isu ini, kesimpulannya HUKUM MENCUKUR KENING BAGI TUJUAN MENGUBAH WAJAH SUPAYA MENJADI LEBIH CANTIK ADALAH HARAM DAN BERDOSA.

Yang dibolehkan dalam agama hanyalah jika kening itu kelihatan abnormal yang mana jika dibiarkan boleh mendatangkan umpat keji dan cakap-cakap orang. Kira bahasa senangnya "Eiii, ko tengok kening dia tu macam gorilla banyak gila buluuuu." <--contoh je. So, dalam keadaan macam nih, boleh trim itu pun bersyarat iaitu trim supaya kening kelihatan normal. So, kalau perempuan mencukur @ mencabut bulu kening BUKAN untuk alasan di atas paham-paham sendirilah ye. Nih bukan saya suka-suka nak menjatuhkan hukum tapi memang dah disebut dalam hadith:
Menghilangkan bulu alis (termasuk menggunakan rambut palsu dan tatoo) termasuk salah satu dosa besar, kerana Rasulullah ShallallaHu ‘alaiHi wa sallam bersabda yang bermaksud;

“Allah melaknat wanita yang memasang dan dipasang rambut palsu, wanita yang mencukur bulu alis dan dicukurkan bulu alis dan wanita yang dibuat tatoo dan dibuatkan tatoo” (HR. Bukhari no. 5937 dan Muslim no. 2124)
Sumber dari SINI
Boleh juga click SINI kalau berminat menambah ilmu.
SINI juga boleh.

Bukannya apa, bertudung nih kan hukumnya wajib iaitu untuk menutup aurat. Bila tutup aurat, dapat pahala bukan? Tapi, kening pulak dicukur...bukankah di situ ada sedikit KONTRA? Tutup aurat, tapi cukur kening yang terang-terang dalam hadith kata "Allah laknat berbuatan mengubah ciptaan-Nya". Bukanlah bermakna, perempuan tak pakai tudung boleh cukur kening. Maksud saya, kan lebih manis kalau sudah bertudung, hukum agama yang lain juga 'digalas' sama.

Macam dalam hadith di atas, bukan saja perempuan yang dicukur keningnya berdosa, yang mencukur juga turut berdosa (cuba bayangkan mak-mak andam yang kerjanya mencukur kening pengantin tu? Huhu...tak tau nak kata apa).http://emo.huhiho.com

Bermake-up atau berhias-hias untuk "santapan" mata lelaki yang bukan suami pun berdosa (GULP!) apatah lagi mencukur kening yang dah terang-terang mengubah kejadian Allah ta'ala. Hukumnya apa pula? Itu baru cukur kening, kalau cucuk sana sini? Runcingkan dagu? Naikkan tulang pipi? Astagfirullah hal a'zim...

Wa'allahualam...

Saya sendiri berhias dengan niat mencantikkan diri, bukan untuk pandangan suami. Sudah jatuh hukum berdosa kat situ tsskk T__T. Sekadar renungan bersama dan lebih kepada mengingatkan diri sendiri, minta maaf kalau ada yang terasa.http://emo.huhiho.com

14 comments:

MommyCT said...

hehe..tipolah kalau mak kata tak penah trim. Masa muda dulu beb penah gak wat sekali...dah tingin sgt.hantamm!. Tp sekali tu je lah..tau dosa tp tahle gedik gak nak wat.

Skrg ni terpaksa buat sikit kat area taik lalat. Akak ada taik lalat kat tgh2 kening. so bulu kening kat taik lalat tu mmg boleh panjang sampai cucuk mata. Terpaksalah potong mana2 yg terjulur2 tu. Supaya tak cucuk mata dan tak menghalang pemandangan. Rimas weh asal tgk depan jek nampak kening sendirik.

Chika Chika said...

tapi Nabi SAW marah kepada umatnya yang membuang bulu pada bahagian muka. wallahualam.

dan perbuatan mencabut bulu kening atau mencukur tu sama dengan ragam satu puak ni (tak ingat nama) apabila ada kematian kucing dalam life dia.

Ust Masyitah tu dengar la cakap dia. Dia pon pakat saman menyaman jiran tetangga. Kening nipis. Mulut lepas.

Wallahualam lagi sekali.

monstorious wife said...

Masa kawen dulu tak sempat cakap kat mak andam taknak cukur kening, dia datang2 terus zassss cukur..
Terpaksa terima apa ada nya.. isk..isk..

ween said...

Caya lah kak Chelsea! Agree 100% :)

Pd pandangan mata sy, ciptaan Allah tu dah sebaik2 ciptaan. xperlu la nak dirubah lg.

Tp kalau dah mmg extra-ordinary sampai jd tatapan umum, nak alter sikit kasi normal xpe kut. herm.

apa pun, bergantung pd niat masing2. wAllahualam.

izwan7 said...

yup..betull.
trim sebab kening tu pelik sgt takpe,diharuskan..
dulu ustazah aku ckp..
tapi takkanla sume yang nak kawin kening pelik kan?
sebelum kawin tak pelik pulak?

CikChelsea said...

mommy ct,
xpe sis, blaja drpd kesilapan :) part bulu kat taik lalat tu kot yg diharuskan ditrim kalau dh ke mengganggu, wa'allahualam...

chika,
ms buat "research" mlm td mmg i ada terbaca psl tu. tp jumpa jugak dadil2 yg mengatakan harus di"kemaskan" mcm condition yg i mention tu. boleh try bc kt link yg i letak kt blog tu sbg rujukan =)

CikChelsea said...

kak ilot,
hihi...apo nak dikato. kakak sy dl siap kne mrh lg dgn mak andam sbb dia xnk cukur kening...trs je mak andam tu mcm sentap n muka masam sepjg dia make-up...org takmo ikot ckp dia, dia mrh pulak. tah pape la

ween,
yup, mmg ciptaan Allah ta'ala tu kn sebaik2 kejadian. buat apa la nk ubah2 kn? bersyukur jelah dgn apa yg dh diberi =D

izwan7,
trim ms kawen utk "naik seri" katanya. aku pon tatau la fatwa mn org2 kita neh guna sampai ada istilah naik seri semua tu. tulah susahnya kalau adat dijunjung lebih drpd agama

eddie dewanaga said...

rasanya, kena trim jugak la walau sikit pun... biar indah dan menarik.

*tak kira dimana 'hairy places' pun, jangan biar sampai berserabut.

chika said...

ha ah betul. Makeup artist I siap tak puas hati sbb i tak bagi. Dah la tak bg salam terus nak pluck. Semoat i menjerit JANGAN.

Pastu masa hari majlis dia pujuk lg sekali sbb masa nikah tak dapat pluck kening i. Abah i usha baikkkk je.

tapi makeup artist masa i photoshoot, dia tak paksa. i cakap tanak dia kata ok takpe, akak faham.

you have to be very strict dengan mak andam nanti.

akmar ramli said...

btol ckp wan tuh..trim utk naik seri nih mcm pelik j.kdang2 kalo kite upah mak andam..kite da mention jgn cukur kening sy kak.dipotongnye jgk..katenye sikit aje ha..alaa..tak de ape2 la ha..rase nak bg pelempang j mak andam tuh..dah ckp jgn..camane plak tuh??dosa jatuh kat mak andam tu ke???

CikChelsea said...

eddie,
biar indah dan menarik? trim la kat mana2 pun asalkan bukan bulu roma yg tumbuh di wajah. dah termaktub hukumnya haram encik eddie, siapa kita nak menghalalkan apa yg haram di sisi agama? matlamat (biar indah dan menaik) tak boleh menghalalkan cara

CikChelsea said...

chika,
takde masalah kot sbb insyaallah mak andam nt kwn sndr...dia mmg dh tau i tak akan bg dia cabut or trim kening i yg dh semula jd nipis nih T__T.

akmar,
kalau mak andam tu buat gak maknanya anda belum ckp strict dgn dia, biar la mak andam mrh sekalipun drpd kita yg tanggung dosa...btol x???

mimie said...

kalau haram tetap haramla kan.....i punya takyah cukur pus sbb kening cam takde je...hua3...lantakla, tak lawa ke janji sempurna tu pun da cukup bersyukur....:)

CikChelsea said...

yupppp sayang =p
mana bley suka suki tukar2 hukum. sama la..kening i pon dh mmg semulajadi nipis...syukur ada kening drpd takde??? lg pelik kih kih

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...