8 Nov 2009

Review sesedap rasa final Piala Malaysia dan kekurangan layanan terhadap bola tempatan (aku la tu)

Bunyi macam bagus sangat dan kerek gila kan? Haha! Walaupun negeri aku sendiri ada 2 team yang bermain secara aktif, 1 pun aku tak sokong. Tapi aku pernah la tengok game Johor FC kat Stadium Pasir Gudang.

(Aku amik masa 5 minit nak letak tajuk entry kali nih, takde idea T___T).
  • Sebab utama aku malas sangat layan bola Malaysia ialah nanti aku sakit hati. Sumpah geram gila tengok performance player tempatan main (salah aku jugak sebab dah biasa tengok bola luar, jadi aku keep comparing dorang main dengan international players main lalala~).
  • Easy passing pon tak boleh nak buat. Macam game final Piala Malaysia semalam, mulut aku memang pok-pek-pok-pek marahkan players Kelantan. Main kat final macam tahi! Tension gila tengok. Passing ke laut, shots on goal tak sharp. Hadei la, sumpah malu kalau aku ialah coach mereka T____T. Dah la main macam gampang, ada hati pulak nak bergaduh bagai? Tunjuk samseng lebih (aku tujukan untuk Khalid Jamlus. Kau dah tak payah mainlah bro, bersara awal lepas tu boleh enjoy life kau kat disco. Hahaha. Kata "budak disco" kan? *being sarcastic*)
  • Untuk game semalam, aku neutral tak sokong mana-mana. Dah kalau negeri sendiri pun aku tak berminat nak support, kau pikir negeri orang lain aku berminat nak sokong? Kah kah kah! Menonton sebagai seorang yang neutral aku kira sangat bagus kerana kau tak akan bias terhadap mana-mana pasukan. Kau bebas mengomen performance kedua-dua pasukan secara adil.
  • Aku layan game semalam dengan abang ipar aku (kakak aku tension tak dapat tengok Malam Sehati Berdansa, nasib kau la kak...kau kalah majoriti tipis semalam hehehe). Aku bertahan untuk 10 minit pertama je lepas tu aku dah bosan. Game slow gila, jadi aku blah tinggalkan abang ipar aku, dia layan sorang-sorang (dah takde geng jadi pengulas kat rumah). Jadi, aku tak tau macam mana terhasilnya score Sharuain untuk first half semalam. Abang ipar aku bilang, Zaquan Adha assist untuk gol tu...ye ke? Aku tak kuasa nak tengok replay (tu pon kalau ada la kah kah kah!).
  • Aku kembali jadi 'pengulas' bersama abang ipar aku start je second half. Game dah ok sikit, tak lemau macam first half! Minit ke-46 Hairudin Omar tambah score hasil tandukan kemas menjadikan N9 leading 2-0 (eh kenapa tiba-tiba ayat aku skema? =.="). Rasa kelakar pun ada gol nih sebab defender Kelantan nampak sangat tak ready. Kakak aku marah goalie, dia kata "Bodow puna keeper, camtu pon tak boleh save". Aku bilang kat kakak aku "...defender dah takde, striker 1 to 1 dengan goalie memang jarang sangat la goalie boleh save." Terus kakak aku diam, terbantut hajat dia nak maki keeper Kelantan dengan lebih lanjut. Kurang dosa =p
  • Bila main final game, penalty adalah benda yang sangat-sangatlah kena avoid. Senang-senang N9 dapat tambah lagi sebijik bila ref hadiahkan penalty kick sebab kesalahan di kotak penalti oleh pemain Kelantan yang sangat jelas tidak profesional. Eh, kau ni main untuk negeri ke main liga kampung? Kot ye nak buat FAUL pon biarlah berseni, takde la memalukan macam semalam. Siapa player Kelantan yang buat faul semalam? Suruh dia pergi tengok international games sampai muntah.
  • Lepas gol penalti Zaquan Adha, supporter Kelantan dah start angkat punggung. Terus stadium nampak kosong. Kalau blah camtu je takpe gak ni kau tayang fe'el hooligan apa pasal? Siapa tak tau hooligan tu apa pergi gugel, takmo malas (pinjam ayat Brader Eddie keh keh keh).
  • Mental players Kelantan pon dah down, obvious sangat. Dah la main sebelum tu caca marba, lepas down lagilah....hancussss.
  • Minit ke-84 (kalau tak silap) Wan Jamak keluarkan wing masukan defender. Tinggal lebih kurang 10 minit, main defensive la apa lagi. Dah selesa leading 3 bijik gol! Time neh player Kelantan main buat syarat jelah kasi game habis hohoho~
  • Tapi dapat gol "saguhati" masa minit kecederaan. Sumpah lawa gol tu! Kalaulah minit ke-70 dapat score, aku rasa mental player kuat lagi nak cari score tambahan. Indera Putra dapat pecahkan "telur" pon macam takde bawak apa-apa makna, tepuk-tepuk bahu from kawan sepasukan pon yilek. Sadis sekali T___T.
  • Aku rasa FAM kena ambik tindakan pada penyokong Kelantan la. Tak kira la walaupun semua tak 'buas' tapi biar jadi pengajaran untuk yang lain. Barulah betul kata pepatah "Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga". FAM KENAKAN TINDAKAN BAN TERHADAP PENYOKONG NEGERI YANG BERKENAAN.

Bebelan di atas hanyalah pandangan dari mata kasar aku. Lain orang, lain pendapatnya. Ye dok?

Lagi 3 jam perlawanan MARUAH between team aku vs team setan akan berlangsung. Mujur ada Stadium Astro (mahal pun mahal la, terpaksa subcribe jugak kalau tak mati kutu la aku). Aku nak siap-siap, sarung jersey Chelsea lepas tu lilit mafla kat leher! Kepanasan la aku kang kah kah kah!

4 comments:

izwan7 said...

player yang kasik penalti tu adalah player yg sama yg give away gol 1st & 2nd..

zamri name die kalo tak salah aku..

CikChelsea said...

izwan,
mapuhh la season dpn tak dapat renew contract..keh keh keh

eddie dewanaga said...

tadi gua lintas jalan nak pi breakfast kena pimpin dgn receptionist, bukan apa, pagi tadi sampai, lintas jalan, sikit lagi nak kena langgo keta.

dia bebel kata gua gila bola dan tak cukup tido(berkenaan game semalam)...

gua bukan tak cukup tido, gua happy dan masih lagi terawang-awangan...

menang dgn man. utd. seriously macam baru lepas 3 dapo ganja!

CikChelsea said...

hahah yelah cover line diawang2an kunun...mmg dh sah kes ngantok la tu!

pernah rs ganja camne ke? tetttttttt kikiki ;p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...