11 Nov 2009

Salah ke saya berterus-terang?

Hari Ahad lepas adalah hari bermalas-malasan di rumah. Saya memang plan nak duduk di rumah diam-diam, sambil tengok tv ataupun menghadap laptop sepanjang masa. Jadi, lepas Subuh terus nak sambung tidur. Hajat di hati nak bangun lambat (takde laki lagi boleh amalkan ini, kalau ada laki sila jangan buat nanti laki kebulur). Wah, kedengaran begitu senggang sekali bukan hari Ahad saya?

Sekali tu, pukul 7 pagi handphone dah memekak keluarkan bunyi America's Next Top Model punya antheme. Menyirap, mengoren, mengrebina sungguh darah. Siapa pulak yang berani kacau daun pagi-pagi neh?

"Wak, jom breakfast." Kata si penghantar.

Haduiii pe kejadah ajak breakfast tetiba neh. "Tak boleh, hari neh bz." Tuuu dia, telah membuat dosa di situ, saya menipu beliau lalala~. Kang berterus terang cakap "tak nak" kecik hati pulak.

Si penghantar sms pun jawab "Ala, meh la temankan saya breakfast. Tak sudi ke nak keluar?"

Saya buat tak paham je, tak reply pun SMS dia yang ke-2 tu. Buat bodoh berlenggang kangkung di rumah tanpa rasa bersalah. Hahaha.

Pastu, malam dia SMS balik "Kot ye pun tak nak jumpa pagi tadi, senyap terus. Wak, geram nih. Dia buat hal lagi."

Saya tengah takde mood nak layan dia, terus saya reply "Bz la. geram lagi? hari tu kan dah bagi pendapat. pandai2 la buat keputusan." Wahh gitu kan, ke main eskyen jawapan.

Dia jawab lagi "Bz ke? hmm...takpe la." Sudah ada bau-bau emo di situ. Aik, nak merajuk ke?

Entah dari mana saya dapat momentum untuk berterus-terang, saya titipkan (ceeyyyy titipkan!) kata-kata indah begini untuk beliau "Bz sket. awak kan dah boleh fikir. try la settlekan sendiri k . hari tu kan dah discuss, tak kan setiap kali gaduh nak mengadu kat saya? saya pun ada masalah saya sendiri." Hambiiikkkkk!

Terus dia emo uolss. Dia jawab "Ok sorry ganggu. TQ 4 everything."

Salahkah saya berterus-terang? Kejamkah diriku wahai sang bulan? Tebibe sangat =.='

Bukan apa, 'kawan' saya tu time ada masalah je baru cari saya. Masa dia tengah happy dengan gf dia, bukan dia ada ingat kat saya pun. So, saya macam malas sangat la nak layan. Time senang kau lupa, time susah alih-alih kau mengendeng kat aku...apa hal???

Few days before tu, saya dah layan dia kat YM dekat 3 jam hanya nak dengar luahan hati dia pasal gf dia yang selalu sangat buat hal. Yessss, masa tu niat memang ikhlas nak jadi pendengar, lagi pun dia nak mintak pendapat. So, lepas dengar bagi la pendapat. Tak luak apa pun kan setakat bagi pendapat?

Dia mengadu gf dia suka mintak putus kalau gaduh. Setiap kali gaduh, cakap nak putus. Lepas tu gf dia suka buat dia marah, macam sengaja cari pasal. Saya pun bagi la pendapat yang tak memihak siapa-siapa. Sebab saya hanya dengar daripada pihak dia. Belum tentu betul kan? So, saya cakap la "Keputusan kat tangan awak. Buat yang terbaik untuk diri sendiri ok?"

Then, dia yang kata "Lepas nih kalau dia mintak putus lagi saya bagi jelah apa yang dia mintak. Putus kot." Sumpah memang ada kot kat blakang! Kah kah kah! Nampak sangat la tak yakin kan? Hati masih sayang tapi sebab tengah bengang...jadi la camtu =p

So, ingatkan lepas 'discussion' yang lama tu dia dah boleh fikir sendiri and tahu apa nak buat. Tetiba bila gaduh balik, saya jugak yang dicarinya. Haku neh macam dah takde kerja lain nak buat asyik nak dengar masalah dia sajork kah?

Tu yang keluarkan ayat sentapppp. Salahkah saya berterus-terang begitu? Dah bape hari dia langsung takde SMS saya, confirm masih merajuk. Hahaha (eh tergelak pulak).

10 comments:

eddie dewanaga said...

inilah yg dipanggil...

sudah diberi betis, mintak lagi bulu betis... *sakit woo cabut bulu betis.



*aktiviti bodo si buah ati ketika bergurau... gurau abah dia!!!

cikjun said...

ermmm...sgt menarik bunyinyer...

CikChelsea said...

eddie,
kalau bulu betis lu lebat + pjg memang la sakit kalau kena tarik.

apa kata lu shave bersih nt buah hati lu dh tak boleh tarik2 lg...gurau lain pulak kah kah kah!

cikjun,
apa yg menarik jun?

yg menolak takde ke?

izwan7 said...

lor sumpah aku ingat yg ajak breakfast tu YB ko.pelik jugak kenape teibe ko benci sgt kat YB ko tu.

sekali bace 'setiap kali die gaduh ngan gf die'..laa..baru ku celik mengenal dunia..

hmm..nak mengadu pun ade limit jugak..dari a-z nak mengadu ape kes brade..lu dah besau kan..setelkan sendiri la

CikChelsea said...

izwan7,
fuhhhh...klo YB yg aja breakfast laju je aku bersiap...sanggup touch up pepagi semata2 nk kelihatan comel kah kah kah!!!

nt aku forward pesanan ringkas ko kat dia, confirm lg lama dia merajuk (bgs gak aman sket idup takde org annoyed aku dgn mslh peribadi hahaha)

Saira Azura said...

aku pon ym ko lah chel..wakakakkakakakkakak!!pastu ajak ko bekfas..padahal ko kat JB kan..ahhahahha..lawak mangkuk ayun aku..

ko ni keje ke blajar?

CikChelsea said...

saira,
ko hengat aku ada jet peribadi? nak breakfast kat putrajaya, lunch kat langkawi, dinner kat phuket?

ceyyyyy =.='

aku suri rumah tangga kah kah kah!!!

Yana said...

bukak jek kaunter aduan
charge la sket...

gituu...kaedah nak dapat duit cepat dgn banyak..
hehehe

Saira Azura said...

patutlah makan tdoo makan tdoo jer keje ko..wakakkak

CikChelsea said...

yana,
ehhh very the bernas la ur idea. blh praktikkan lps neh. jd kak seri siantan yg berbayar keh keh kehhh


saira,
eh selain makan dan tido, aku juga main internet, jgn lupa yg itu lalala~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...