12 Nov 2009

Saya kecil hati dengan filem Papadom!

Saya adalah salah seorang daripada ribuan peminat filem tempatan yang menonton Papadom. Tengok, tapi dah hujung-hujung waktu tayangan. So, bila dah lambat rasanya dah tak perlu nak buat review sebab kat 'luar' sana dah berlambak bloggers review pasal filem neh.

Cuma, apa yang saya terkilan beberapa details filem ini tidak selaras dengan fakta yang sepatutnya. Pihak produksi seharusnya lebih alert dengan details seperti ini, bukan asal boleh saja...bukan juga asal 'masuk' dalam jalan cerita.

  • 'Kesilapan' fakta yang paling ketara apabila sahabat Miasara (Liyana Jasmay) yang berbangsa Cina lakonan Chelsia Ng diterima masuk ke dala UiTM. WTH? Umum sedia maklum UiTM hanya terbuka kepada Melayu dan Bumiputera Sabah Sarawak sahaja. So, apa si Cha-Ya-Nun-Alif tu buat dalam UiTM? Apa yang melayakkan dia diterima masuk menjadi pelajar UiTM? Mungkin ada segelintir pihak yang menganggap perkara ini remeh dan bukan isu. Namun saya masih merasakan pihak produksi sewajibnya membuat kajian terlebih dahulu! Kalau nak letak pelakon Cina tetapi berasal dari Sabah atau Sarawak tidak mengapalah, at least masih berlandaskan fakta! Kalau mahu meletakkan juga pelakon Cina mengapa tidak sahaja shooting di univerisiti lain? Yang pelajarnya terdiri daripada semua kaum???
  • Belum lagi 'sentuh' isu etika berpakaian oleh pelakon yang memegang watak pelajar. Gila ke engkau pakai macam tu pergi kuliah? Nak kena saman dengan Pak Guard sebab tak ikut "Sahsiah Rupa Diri"? Mana ada student UiTM yang dibenarkan pakai lengan pendek apatah lagi sleeveless dalam kampus? Kat kolej lain ceritalah, kau nak sexy mexy kau punya pasal (=.='). Yang paling menjolok mata wardrobe Scha al-Yahya, scene masa dia ugut Afdlin dalam bilik tukang kebun tu...mak aihhh baju bare back beb! Kalau buat kat uni lain mungkin saya tak akan kecil hati la dengan kesilapan-kesilapan seperti ini. Macam mencemar imej UiTM pun ada gak. Terus hilang separuh mood waktu menonton, cehhhh.
  • Yang ke-3. Saya agak musykil mengapa pelajar sehebat Miasara yang meraih 20 A dalam SPM hanya mengambil jurusan perfileman? No offense, bukanlah saya cuba katakan pelajar yang mengambil jurusan itu tidak pandai tetapi bukankah kebiasaannya pelajar yang cemerlang akan mendapat tawaran jurusan yang lebih baik? Mungkin medic, mungkin accounting... Subjek apa Miasara ambil di sekolah? Excellent woh 20 A! Takkan la tak layak nak apply course yang lebih 'hard core' berbanding perfileman???
  • Macam mana dengan perniagaan Sa'adom? Takkan dia serahkan je pada 2 orang sahabat baik dia untuk uruskan? Sedangkan dia pergi jadi stalker, intip anak dia 24/7. Ada ke businessman yang berjaya buat macam neh? Agak tak tercapai akalku di situ.
  • Setuju dengan Marlissa (BTW babe, mengapakah kamu sorokkan blog kamu? Saya rindu mahu baca blog kamu tssskkk. Jemputlah saya kalau sudi sob sob sobbb) tentang review beliau berkenaan dengan penggunaan 'loghat Penang' yang langsung tidak kedengaran dalam filem ini. Sa'adom berasal dari Penang, bukankah sepatutnya loghat Penang beliau pekat bila berdialog? Tapi, dalam dialog yang dituturkan, langsung tiada kedengaran loghat tersebut. Ini juga adalah kelemahan.
Saya adalah peminat filem-filem Afdlin Syauki, cuma saya rasa Papadom sedikit mengecewakan kerana kesilapan yang berlaku sepatutnya dapat dielakkan kalau produksi lebih alert dengan persekitaran. Setuju atau tidak, terpulang pada anda.

10 comments:

Wahida Shukeri said...

hi..dah tgok papadom ye..bes nye..bz ag ni..xde masa..saja nk quote yg u ckp psl bdak result gmpak amik medic or accounting..hehe..suka untk part accounting tu coz i ni pure accounting..poyo kan??

izwan7 said...

aku belum tgk.
tapi aku setuju dengan point sahsiah rupa diri.

jgn hrp nak ade pompuan pakai sleeveless..kua makan dekat hakim tu lain cite la.

wah ni la 1st time aku dgr kritikan tentang filem papadom..takpe critics tak semestinya benci.

monstorious wife said...

tau takpe.. 20A amek la engineering ke ape.. barula mencabar sket..

Tak masuk paper ke dia dapat 20A kann??

lagi satu : STUDENT pakai beg BURBERRY tote bag, babe... perghhh!!!

CikChelsea said...

wahida,
hehe xpe, skrg bz buat preparation for ur wedding kn? nt dh tak bz layan jelah DVD, leh tgk sama2 dgn hubby..hihi ;)

patut la sukaaa rupa2nya tuan punya bdn bdk account, gud for u!!! :D

CikChelsea said...

izwan,
weehh ye ke ko tak prnh bc org lain critics papadom? org lain tak tgk mcm aku kot ;p

ala pendapat aku je, filem tu dah dinobatkan sbg filem terbaik pun. besides those 'unseen' mistakes, morale of the story dia mmg bgs :)


kak ilot,
haha lupa nk mention engineering..kikiki..jgn marah ;p

ehhhh bdk2 skrg mmg la kak, klo anak org loaded tu jgn kata burberry, chanel pon dorg mampu pakai. mcm classmate sy dl, pakai beg CD g kelas. lecturer ppuan dok pandang je..kekekekek

broken_nigina said...

gua rasa filem adalah fiksyen.jadi menggunakan fiksyen sebagai pelaras logik,boleh saja di dunia yang berlakunya kisah papadom,uitmnya boleh dimasuki pelajar pelbagai bangsa.semuanya terserah pada cara kita menggunakan daya terjemahan.rasanya macam rugi garapan yang cantik dicacatkan dengan hanya meletakkan point yang boleh jadi logik bila kita terima bahawa dunia filem adalah dunia rekaan yang boleh melogikkan sesuatu secara luas.well,pandangan peribadi.lain la kalau filem yang dibuat berlandaskan sejarah dan kisah benar dalam realiti.

CikChelsea said...

mengapa tidak pilih saja uni lain yg selaras dgn kehendak filem itu tanpa menggubah mana2 fakta? jd tak timbul soal filem fiksyen boleh mengubah sesuatu menjadi logik.

secara peribadi itu kelemahan yg aku nampak. nway, thnx for the comment.

Aida Narina said...

I tak tgk lagi Papadom dan mungkin dapat makan je, tapi from what u've wrote in this post, i must say that the movie was surely not as good as what others have described it. Tajam sungguh deria muu!! :). Takpe Afdlin, boleh cuba lagi..

Saira Azura said...

aku rase, ko pegi je kat blog afdlin shoki(heheh) komen kat situ..mungkin dia ada lebieh penjelasan ttg hal ni..aku tak bleh komen ape2 sbb tak tgk pon..huhuhu..kalo abg aku tgk filem ni konpem mulut dia tak berenti pot pet pot pet..heheh

CikChelsea said...

Aida,
babe i minat filem2 adlin...tp minat tak semestinya kena suka memanjang kn? bak kata izwan7, critic tak semestinya benci ;)

filem tu bgs, tp lebih bgs kalau takde kesilapan "remeh" yg mcm i mention tu.

nway, tak sabar nk tgk My Spy pulak :D


saira,
nih pendapat aku je syg oii, tah2 mr.sepul ko suka mana le tau kan ;p jd nt lps siap pindah randah ko pegi beli dvd, tgk berdua-duaan dgn mr.sepul kekekekekee

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...