30 Nov 2009

Tuku tangkal balik pintu, budak nakal memang begitu

Anak Tarzan versi Melayu

Nak sangat jadi Tarzan, lompat sana, lompat sini...sekali gedebuk jatuhhhhh! Rasaiinnnn...benjol seketul kat dahi. Dah macam nak keluar tanduk pun ada gak saya tengok budak neh, benjol bukan main besau!

Tapi ngeri weh, darah meleleh-leleh keluar dari luka kat dahi dia tu, menitik-nitik kat sofa, lantai...muka jangan cakap ah! Dah penuh darah. Campur air mata lagi...hingus lagi =p (tapi, dalam gambar-gambar neh semua darah dah takde, dah cuci. Haku yang nak snap pun ngeri la kalau darah meleleh lagi =S)

Al-kisahnya jatuh sebab kaki dia tersangkut kat dalam poket tepi sofa bonda saya. Percubaan lompatan pertama BERJAYA! Cubaan lompatan ke-2 GAGAL. Merasa dahi dia 'cium' lantai.


Tak pasal-pasal kena jadi nurse semalam. Bagi rawatan kecemasan kat budak neh. Nasib baik la saya memang jenis yang simpan sanitizer, minyak gamat, handiplast, etc. Bila ada kcemasan macam neh terus je capai 'my first aid kit' (yang tak lengkap uhuuu~).

Dah la mak budak neh takde, orang dewasa kat rumah ketika kejadian adalah saya seorang. Lepas cuci darah semua tu, tuam kepala dia dengan ais, apa lagi meraung sakan la si Tarzan-Wanna-Be neh. Dia kata pening bila letak ais =p (berdenyut-denyut tapi kata pening, dia takde lagi vocab 'berdenyut-denyut' kot hihi). Tuam sekejap je, sebab dia mati-mati tak nak dituam dengan ais.

So, hari neh jadi tanduk raksasa la benjol dia tu. Bengkak makin besar. Mak saya buat rawatan traditional letak asam jawa yang dicampurkan dengan kapur kat benjol budak neh supaya bengkak tak getting worst.

6 comments:

Fatul Akrul Ramli said...

style gila.. haha

schazwany hameed said...

OUCH!!!!! sian dia!! huhu

yah said...

aa siannye icam. apsal xde org kt rumah? ko kne tinggal jd bibik lagi ke, org len kluar? wahaha

CikChelsea said...

yah,
kak ani pergi kemas rmh baru. anak2 semua dia tinggal kampung. tak jd nk bfoya2 semalam...tsskkk T___T kena jaga budak injured pulak.


wani,
kesian dan pdn muka hahah! salah sendiri.


fatul,
kau mahu jugak benjol itu? suruh hanis ketuk guna heels dia ;p

eddie dewanaga said...

no problem, dia tengah teruja untuk mencuba sesuatu, boys will be boys...
dia memang perlukan sedikit kesakitan untuk membesar dgn normal, cuma lu perlu observe jgn sampai dia bikin yg 'potential deadly' stuff.

arwah atuk gua penah bilang...

"tak jantan ah kalau tak berparut..."

CikChelsea said...

eddie,
kalau tak cengeng takpe..neh slh sndr nanges mcm hapa...org lain yg dgr letih!

haihhhhh, kesabaran je menjaga bdk2 neh T_T

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...