26 Dec 2009

Dapat 4 lagi

Hari Khamis malam Jumaat lepas adalah hari kenduri 'yasinan' (kenduri baca yassin) kat rumah. Kat sini (merujuk kepada kampung halaman desa tercinta ceh ceh ceh) tiap-tiap malam Jumaat akan ada kenduri kat kampung. So, malam Jumaat yang lepas giliran rumah bonda.

Penuh la rumah neh bila adik-beradik balik dan jiran tetangga datang 'rewang' (<--bahasa Jawa, standard Malay = datang tolong). Sempat la pening sebab budak-budak memekak je tak kira masa! Lepas tu dok menyebok kat working table saya, orang nak buat kerja pon payah! Dah halau pon masih tak paham bahasa. Dah jadi garang macam singa pun mereka tak tahu nak takut T_____T. Sedih bila mengenangkan 'kegarangan' saya kurang meninggalkan impak! (-__-')

Owh berbalik kepada cerita kenduri, bonda telah meng'request' kepada Tok Imam supaya kenduri bacaan yassin dijamak sekali dengan majlis potong jambul secara ringkas. Ber'cat-walk' la bapa-bapa kepada 4 orang bayi comel 'tawaf' keliling jemaah kenduri membawa bayi mereka. Boleh bayangkan tak?

Sangat comel melihat abang-abang saya mendukung bayi mereka =)

Anas boolat + bibir tebal sexy auww~
Sumpah bayi neh sangat menyenangkan sebab tak meragam. Bagi makan, bagi tidur he's one happy boy =D


Amiel yang 100% ikut muka kakak ipar saya
(kakak ipar ku yang sebaya, sama umur dah ado anak sorang. Haku??? Anak tokak buek melantak yo yang hado)


Kazim rambut pacak. Kici-kici sudah hemsem!
(gambar curi daripada blog ibu & bapa bayi theheee~)


Ain sepet pipi tembam. Kerja tidur saja.


Selesainya kenduri, bonda didatangi oleh jiran...

Jiran
, "Kak Jah (nama bonda saya bukan Jah! 'Jah' di sini membawa maksud 'hajjah') tahun nih tambah berapa cucu?"

Bonda, "4 oranggggg. Sama macam 2 tahun lepas. Ingatkan dah tak merasa nak timang cucu setahun 4 orang."

Mak haku macam very the vangga okeh bila buat statement tuhhhhh. Vangga kah dapat ramai cucu? Excited sangat family beliau berkembang pesat dengan jayanya! Harus la vangga macam fikir "Good job boys! Anak-anak ku memang produktif, bagusssss sekali!"

Keh keh keh kehhhhhh. Ehhhh tumpang lalu~

7 comments:

cikjun said...

senang nak cam ni cucu2 hajjah maimon,,sume mata sepesen je...kuat betol gen neneknyer..

a.z.r.i.n. said...

cute ja!

mimie said...

bakal menggegar dunia...uh meletop!...nasib u la net....hohohoho

jetsetter said...

Hmm..thanks sist buat post pasal ni! Love it!

me said...

byk cucu murah rejeki kannnn :)

CikChelsea said...

ajun,
hehe tau xpe..idop ajah monnnn!!! ;p


azrin,
ada cute mcm makcik dorang tak? keh keh kehhhh

CikChelsea said...

mimie,
confirm u darah tinggi klo dok rmh i selama 1 minggu T_________T


jetsetter,
hr tu kazim blk tak sempat nak kiss dia...sob sobbbsss :'(


me,
heheeee...rejeki dan pening jugak ;p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...