6 Dec 2009

Hari ini hari Ahad

Internet connection laptop neh on tanpa dipadamkan dah 2 days and almost 7 hours. Belum pecah rekod peribadi lagi! Hari tu online tanpa shut down laptop neh selama nak dekat 6 hari.

Kasi tau kat YB, dia terus bilang "Pergi matikan laptop lepas neh! Kang meletop laptop tu baru tahu!"

Baeeekkkk T_____T. Terus off!

Hari neh hari Ahad. Dalam previous entry kan saya mention pasal kemalasan hal berkaitan dengan baju-bajan (ada ke word bajan? BAJAK ada ah!). Nasib baik la penulis tak malas memakai baju, kalau tidak ________ (jangan isi tempat kosong).

Malam tadi sudah berjaya membasuh setimbunan baju, seluar, pakaian asas (aik? kah kah kah!), tudung dan cadar serta sarung bantal secara bergilir-gilir. Eh, bukan ada orang tolong penulis membuat laundry, tetapi laundry itu bergilir-gilir mengambil turn mereka untuk dibasuh. Macam kholeng lah bukan ayat penulis? T___T. Penulis tak tidur semalaman atas kerelaan diri sendiri, jadi kepala agak weng pagi neh.

(Macam bangga tengok laundry bag kosong. Hurei hurei hurei!!!) Tetiba sangat kau neh!

Hari neh ada 2 wedding yang sepatutnya perlu dihadiri. Tapi, mungkin akan pergi 1 saja sebab kawan sekampung yang berkahwin, macam tidak manis dan tidak patut jika tidak hadir. Hadiah belum pergi beli lagi gagagagaga~. Kalau tidak sempat membeli hadiah, akan 'salam keruk' saja nampak gayanya nanti. Penulis yakin (98.8%) tidak akan hadir ke wedding yang 1 lagi disebabkan tempat agak jauh dan takda member nak pergi (Puan Maya dan si Perempuan Kesayangan masing-masing ada hal tssskkk).

Norman
, (bukan Norman KRU)
Maafkan aku tak datang wedding kau hari neh! Nanti wedding aku kau kena datang sebab kau tak boleh beri alasan takda member, sebab kau dah ada isteri yang boleh temankan...theheeee~

Rancangan seterusnya untuk hari Ahad? Takda. Owh, besar kemungkinan akan menonton rancangan di tv. Eh tak, kemungkinan yang lebih besar penulis akan tengok filem Twilight buat kali yang ke-8 <-- cipta rekod peribadi filem yang terpaling banyak ditonton berulang-ulang kali.

Tahun ini dalam sejarah...

4 comments:

paraxixth said...

6 hari jerk? gua sampai seminggu kot..

http://farm4.static.flickr.com/3644/3597224193_66c7d3c892_o.jpg

sila tgk..hahahahhaha

c'sya said...

laaa... u ni wat suspen jelah... msti u sdg enak beradu ni... u lupelah tu nk p tgk baby baru...

c'sya said...

u ni wat i suspen je...huhuhu

CikChelsea said...

paraxixth,
nt la 1 hr aku akan cantas rekod ko..haha


c'sya,
anda sgt memahali sy! LOL
anta sms bnyk2 mgelabah tak psl2???
adoiyaiiii apakah?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...