5 Dec 2009

Hari ini hari Sabtu

Malam tadi Anugerah Skrin 2009. Saya tertidur, celik mata pergi hadap tv, siaran dah bermula lebih kurang 10 minit. First thing yang kakak saya kata "Bosan, cakap je banyak."

Then terus saya fikir, "Siapa penulis skrip?"

Memang ada benarnya kata-kata kakak saya, skrip pengacara meleret-leret dengan gaya bahasa seperti Arab (orang Arab pun rasanya tak berdialog macam tu. Gaya bahasa sangat dipengaruhi oleh filem-filem P.Ramlee seperti Ahmad Albab, bukan?).

Mari fikir positif, mereka ambil mood barangkali.

Duduk menghadap tv sekejap saja sebab terpaksa menyiapkan tugas. Customer mahu datang ambil cupcakes pagi ini jam 9 (mengikut jadual). Jadi, hanya sempat menjeling ke arah skrin tv sambil tangan ligat membuat kerja. Dengan bunyi mixer yang tengah 'beroperasi' memang tak dengar apa yang orang dalam tv tu cakapkan...huhu!

Tapi, tahu la jugak Erma Fatima menang, Khabir Bhatia menang, Eman Manan menang (walaupun kurang pasti mereka menang kategori apa secara tepatnya, tapi boleh la agak-agak ;p).

Persembahan penutup oleh Dato' Sitikus, lagu yang saya paling menyampah nak dengar "Ku
Percaya Ada Cinta". Tak habis-habis nak canang kisah cinta dia dengan laki dia. Macam orang lain tak berlaki, macam orang lain bercinta takda halangan, macam dia sorang je cinta suci...CHEHHH!!! Dah la amik laki orang...oppssss!

Nanti kritik lebih-lebih orang akan kata "DAH JODOH". Tapi kena la ingat, tak semua jodoh datangnya dari jalan yang 'betul', if you know what I mean. Kalau tak paham, pergi sana tengok filem Syurga Cinta (dialog antara watak Hisyam al-Tajuddin dengan Awal Asha'ari).

Hari nih hari Sabtu, banyak aktiviti nak buat. Mungkin akan ke pawagam sekali lagi. Berhajat nak tengok My Spy, tapi YB kata cerita itu sangat mengecewakan! Cakap dia kadang tak boleh pakai sangat, haha! (sebab citarasa dan cara kami 'menerima' filem yang ditonton adalah sangat berlainan). Errrr, kalau pun tak pergi menonton My Spy...tetap akan ke pawagam bersama Perempuan Kesayangan, peras ugut, paksa, letak pisau kat leher dia (ceh, over kau!) untuk pergi tengok New Moon sekali lagi.

Har har harrrrr~

7 comments:

ajun said...

gilesss...nk tgk new moon lg?? hahahah

CikChelsea said...

wahahahaa..masih dlm perancangan ;p

wawan said...

sila p tgk my spy!!!

abg. saleh nampak hensem hari niii


HEHEHEHE

As said...

ahh ahh laa adik manis nie. Org blom smpat tgk, terliur jer tgk & dgr citer dier pasal Neew Moon. dier dh nak g tgk sekali lg. Ahhh, jeles tul laa.

CikChelsea said...

wawan,
YB kata tak best langsung...howww??? dia ckp bnyk dialog double meaning, lucahhhhhh..huhu!

kalau tak best mls nk tgk, baik tgk kuntilanak kacak tu sekali lg...lalala~


sis as,
mehhh laaaa kak as kita g tgk sama2! nt bley share pop corn..hehe :D

wawan said...

fOr me best je..lawak gay..haha!

CikChelsea said...

wawan,
hahahampesssss...YB kata dia lagi sanggup temankan tgk new moon drpd tgk my spy..uhuhuhu

apa lg...terus laju je angguk klo dgr new moon! i guess bye2 my-spy haha ;p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...