18 Dec 2009

Kerana saya manusia biasa

Sedang merehatkan minda sekejap (lepas neh nak sambung mendeko deko deko cupcakes balik!). Buat kerja mendeko back to back sangat tak FUN. So, hadap blog sambil-sambil tunggu idea TINGGGG! mencurah-curah seperti di ladang gandum (alasan).

2 hari lepas saya mendapat mimpi NGERI! Tidur lepas waktu maghrib, tak cuci kaki plak tu mimpi pun datang main-main dengan saya. (Harap anda dapat faham bahawa maksud ayat saya ialah "mimpi ialah mainan tidur" T__T). Kan tidur selepas waktu maghrib tak elok.

Mungkin dapat mimpi tersebut disebabkan terbawa-bawa dengan kata-kata si anon 'aaaa' yang mendoakan kalau saya kahwin nanti, harap-harap suami saya curang, padan muka! Gituhhhh doa dia. Busuk punya orang, choy~

Saya mimpi YB ada skandal dengan wanita lain, uhuk uhuk~

Beberapa bulan lepas dalam majalah Cosmopolitan Malaysia ada artikel bertajuk "Wanita curang, apa kata lelaki?" (kalau tak silap lah, tapi lebih kurang begitu tajuknya). Soalan ditujukan untuk lelaki tulen dan hanya lelaki tulen yang menjawab soalan tersebut. Pengkid dan pondan tidak terlibat sama sekali. Eh chop, tak tahu la lelaki tulen atau tidak yang menjawab, kalau mereka gay bukannya saya tahu (-__-'). Daripada 15 respondents, hanya 3 orang sahaja yang bersedia MEMAAFKAN teman wanita yang curang. The rest??? Mengambil jalan mudah dengan memutuskan hubungan. Bila tengok umur yang kata "Perbuatan curang tidak boleh dimaafkan sama sekali" tu muda-mudi sangat! Umur dalam lingkungan awal 20-an dan belasan tahun. Justeru saya fikir "mungkin mereka menjawab mengikut emosi, bukan hati."

Statement membuka pekung di dada: Saya adalah pernah curang suatu ketika dulu. Ok, mungkin dah ada yang judge saya selepas membaca statement berani mati ini! Anda boleh buat assumption apa saja kerana anda tak tahu pokok pangkal cerita. Saya dah berkawan secara serius dengan YB 4 tahun, long distance relationship sejak mula lagi. Anda yang pernah melalui perhubungan secara ini mungkin tahu lah apa cabaran dan dugaannya.

Pergolakan (ceyyyy bahasa!) mesti ada dalam mana-mana hubungan, tapi jarak jauh make it worst! Dalam tahun ke-2 berkawan tu la berlakunya tragedi (saya tak mahu ulang perkataan 'curang' la sebab bunyinya sangat menyakitkan, haihhhh) yang melibatkan orang ke-3. Saya sendiri tak tahu apa yang saya nak ketika itu. Macam masih tercari-cari 'something'. Walau apa pun alasannya, saya tahu saya sangat tidak patut buat begitu. Kejam! Sekarang sudah insaf (-___-') Alhamdulillah...

YB kata saya hanyalah manusia biasa yang tak lepas daripada buat silap. Tuhan tengah uji hubungan kami. Tragedi tu betul-betul membuka lembaran baru dalam hubungan kami. Anda pembaca, kalau anda lelaki...boleh anda maafkan pasangan anda sebagaimana dia (YB)? Justeru, YB termasuk dalam golongan minority seperti mana 3 orang lelaki yang menjadi respondent macam yang saya sebutkan di atas! Anda pembaca, tak kiralah lelaki @ perempuan, sejauh mana anda bersedia memaafkan pasangan anda?

Selepas terjaga daripada mimpi, saya jadi sangat geram dengan YB. Sumpah, bila dia call saya macam bad mood je nak jawab (macam la dia buat benda tu betul-betul) kah kah kah! Pada hal dalam mimpi je T____________T. Kalau jadi betul-betul belum tentu saya boleh maafkan dia seperti mana dia maafkan saya! Serius nehhh (-__-'). Selepas tu jugak, saya sedar betapa PEDIHnya perasaan dikayu-tigakan oleh pasangan anda. Terus saya janji dengan diri sendiri, saya tak akan ulang kesilapan lama, ever again!

Tetiba sebak, tssskkkkkkkkk.

8 comments:

mAxx said...

hi..jom follow sesama kita..huhu

http://taifeimaxx.blogspot.com

As said...

tu lerrr...laen kali hengat k basoh kaki dulu sblom tdo...xder laa mimpi2 ngeri cam tu.

bagushh adik manis nie...kes brani mati jer ngaku pernah buat berlaku "pergolakan" dlm hubungan camtu. Akak paham...nasib kita nie serupa jerr dik...yg pasti lps tu kita lebih menghargai pasangan kita.

Weiii...ari tu akak tgk citer Payung Siti Fatimah, smpai terbwk2 dlm mimpi yang laki akak kawen lagi...bgn tdo trus nanges2 bagi nak aper...[taip smbil tutup muka nie...maluuuuuuuuu]

Aida Narina said...

owh encik YB awak sangat waras! i pun ada history yang sama, mencurangi ex-bf (X) sebelum yg sekarang ni. dia di malaysia, saya di sini - lalu lonely! :p then saya cerita kat X yang saya dah start suka lelaki sekarang, dan saya minta break sbb saya tak nak curang lama2, and dia sangat la rasional, cakap "tak apa, kita boleh perbaiki relationship kita. we'll find ways to overcome this". hoho..

i did gave it a try, tapi sebab dah dipersimpangan dilema bayangkan dia jauh beribu batu, lg sorang depan mata je, so i've made up my mind by leaving him. susah kan nak jumpa lelaki macam tu?

but, to my suprise, masa me and X are trying to perbaiki our relationship, dia dah ada re-bound relationship dgn sorang minah ni sejibik muka saya. nasib baik saya tau benda ni recently. kahkah. macam2 manusia dalam dunia ni :)

btw, jaga en YB awak :). he's a good guy.

CikChelsea said...

maxx,
hello maxx! thnx for dropping by =)


As,
tgh totop muka gak neh...maluuuuu~


Aida,
ehh awak bagusnya berani sgt utk bterus terang. yelah, kalau tak..smpi bila nk tipu kan kan?

ohohoo...dia pun ada jmp org lain gaksss? hikmah di sebalik ppisahan la tu kot...hehe =p

pasti akan jaga YB sebaik mungkin! *blushing*

Saira Azura said...

sesungguhnya manusia tidak akan lari dari membuat kesilapan, namun jangan kita ulangi kesilapan yang sama berulang kali..kerana itu bukanlah takdir atau nasib tetapi itu adalah kebodohan diri sendiri..

pergh..ayat aku ker nih..macam tak sangka jer..dasyat gak aku berkata2 kan..huhuhuh

CikChelsea said...

saira,
mesti pembawakan budak menyebabkan ko jd puitissss!

kah kah kah!!!

Saira Azura said...

aku rase nanti baby aku nak jadik penulis kot..hahaha..

CikChelsea said...

wahahahaaaa...
iyelah kot. dh scan ke boi ke girl?

(mcm la dh blh nmpk..heheeee)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...