5 Dec 2009

Kronologi sehelai baju

Beli

Pakai

Basuh

Jemur

Lipat / Gantung

Pakai

Basuh

Jemur

Lipat/ Gantung

...proses seterusnya berulang-ulang sampai la baju tu tak boleh nak dipakai lagi.


Boleh la nanti buat karangan "Aku Sehelai Baju Buruk". Dulu tuan aku pakai diri ku, tapi setelah aku buruk, aku hanya menjadi alas kaki di depan pintu tandas rumahnya saja.

Teringat zaman sekolah rendah. Kena buat karangan "Aku Sebuah Basikal". Hihi...

Dalam banyak-banyak kronologi proses yang melibatkan baju-bajuan kat atas tu, 1 je yang saya suka buat. BELI. Kah kah kah! Yang lain harreeemmmm malas. Pengakuan jujur dan ikhlas T____T. Habis la lepas neh takde orang nak kawan dengan saya sebab saya malas basuh baju T____T.

Bonda pun sampai kadang-kadang bising "Timbunan baju ko nih bila nak dibasuh?"

Mood RAJIN untuk buat laundry adalah datang once in a New Moon. Eh takkkk, maksud saya once in a full moon, ehehhhhh... Kalau mood rajin masih tak muncul jua, TERpaksa membasuh juga sebab baju 'bersih' dalam drawer dah habis. Buruk siot perangai!

Harap-harap dapat suami yang rela bersabar dengan perangai bakal isteri yang sebegini. Mungkin juga akan ubah perangai demi suami kesayangan. Kena berubah untuk menjadi isteri mithali. Cheeeyyyyy! Kalau mendapat suami yang prinsip hidupnya "Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing" lebih excellent! Mesti beliau tak akan segan silu menghulurkan bantuan, memberi offer begini "Takpe, biar I yang buat laundry. You masak je...okay?"

Syurgaaaaaaa kah kah kah!

Ok, macam dah melalut sangat berangan pasal berlaki T____T. Neh mesti sebab semalam dan hari neh BONDA + KAKAK saya berpakat memberi statement begini "Kawan-kawan sebaya ko dah ramai yang kawen, ko bila lagi?"

Jawapan mudah "Sponsor la, esok gak saya kawen!"

Brilliant bukan?


(Bergegas pergi isi air dalam washing mechine sebab baju dalam drawer dah 'susut' secara banyak)

5 comments:

mimie said...

yes i pun suka part membeli je...:) harap2 bakal suami i pun akan bersama memberi kerjasama:) sebab i love beli baju but i hate lipat, basuh and segalanya selepas itu:p

Aida Narina said...

Edward pikul Bella semasa naik bukit itu - jadi adakah berat sama dipikul? Hhahaa.. >_<

CikChelsea said...

mimie,
alaaa u pon mls jugak ke? ingt lps i kawen nk lantik u jd maid i...khas utk dobi n laundry

kah kah kah!!!


aida,
owhhh i verangan ingin dipikul begitu, laju plak tu BF i lari...hikssss (tp kena ringan mcm bella dl la muahahahah)

ween said...

erk, iron? hehe ;p

statement sgt brilliant ok! kalau org sponsor sy pun rela sediakan bdn saja utk berkahwin (^_^) HAHA.

CikChelsea said...

ween,
proses iron blh selit kat mana2 dlm knologi tu...haha ;p

eh eh, awk blm ckp umur yerrrr nk kawen! sila tgu beberapa thn lg ;p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...