1 Dec 2009

Lelaki terlebih kain, Perempuan kurang kain

Bukankah begitu kebiasaannya? Sangat banyak contoh kalau nak beri. Tengok saja artis yang melaram di majlis-majlis anugerah, yang lelaki segak berpakaian tuxedo. Penutup hampir keseluruhan tubuh badan. Yang perempuan? Lagi terbuka, lagi terdedah, lagi terbonjol...lagi bangga! Benar, bukan?

Malam tadi ketika bosan, saya ke BeautifulNara untuk membaca gossip terkini artis Malaysia, adehhhh...pandangan mata saya 'ternoda' dengan gambar Aleeza Kassim, Nita OIAM dan beberapa lagi perempuan tak cukup kain berposing. Melihatkan baju Aleeza, saya teringat pakaian yang dipakai oleh Helly Berry ketika menang Oscar dulu. Helly tu kafir lantak dia lah nak pakai macam mana pun, takde dosa pahala. Yang si Aleeza neh? Lu pikiaq la sendiri! (-_-')


Aleeza neh memang gila eks kalau berpakaian? Kadang-kadang kasihan juga, nak sangat jadi centre of attention terpaksa guna cara gini. Bahasa kasar lagi, desperado for attention kah kah kah! Hambekkkkk. Kalau pakai tutup penuh, takut kehadiran dia tak disedari (agaknyalah!).

Nita, you tak nice la. Kau sexy pun tak lawa, baik tak payah sexy ;p. Tak paham kenapa mesti kena sexy? Anda ada jawapan selain 'desperado for attention'???

Tapi percayalah, kalau kau tu memang cantik, memang menawan, memang ada aura...pakai tutup tak payah sexy pun orang tetap akan pandang. Tetap jadi perhatian!


Ai ya yaiiii...sumpah comel gila Diana Danielle neh T_____T. I yang perempuan pun sangat suka tengok muka dia yang sweet neh, ada ke lelaki yang tak suka budak comel camni eks? Hehe, jangan over, jangan over. Puji secara ringan sudah lah (-_-)

Kejadian pelik tapi benar, ketika Aleeza Kassim sibuk-sibuk nak ikut fesyen Helly Berry (BTW, fesyen tuh dah berjaman okeh, baru sekarang nak ikut apa kes?) mamat bawah neh pulak lain ceritanya...
















Alahaiii David Archuletta, kamu neh comel banget dong! Dia yang dari Hollywood pun sudi je nak pakai baju Melayu, baju kebangsaan kita. Yang artis perempuan kita? Kalau tak kerana raya, pergi kenduri tahlil, masuk mahkamah syariah...jangan harap ah nak nampak dorang pakai baju kurung. Malu agaknya pakai baju kurung, apa kampung sangat ke berbaju kurung?

(Pictures credit to Beautifulnara and Sultan Muzaffar)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...