8 Dec 2009

Mengawal nafsu adalah susah

Antara perempuan dengan lelaki, nafsu siapa yang paling susah untuk dikawal? Ataupun soalan sepatutnya berbunyi;
"Siapa paling tak terer kawal nafsu, perempuan atau lelaki?" ;p


Lelaki walaupun nafsu ada 1 saja, tapi nafsu tu tertumpu kepada nafsu syahwat. Betul tak wahai kaum Adam? Sebab tu la, banyak kes datuk rogol cucu, bapak cabul anak, lelaki lewat 20-an rogol bayi 5 bulan. Lelaki awal 30-an rogol nenek umur 68 tahun. What??? Eh betul, pernah terjadi ok. Bila dengar macam sangat jijik, bukan? Itulah realiti dan hakikat yang kita perlu telan.

Lelaki zaman sekarang buas tak kira masa dan tempat, entah apa ada dalam kepala hotak dorang pun tatau la. Tergamak buat benda berdosa kat manusia yang tak berdosa. Kalau dah tak tahan sangat sangap tu pergi la cari pelacur ke apa, baby 5 bulan kau kerjakan? Semoga kau dilaknat! Nenek tua yang kerepot tu pon kau selera, memang tatau la nak describe camne ke-desperado-an lelaki kat luar sana. Penulis tak tujukan ayat-ayat cinta di atas kepada lelaki-lelaki yang baik. Lelaki yang sedang membaca, adakah anda tergolong dalam kategori baik? Tak payah terasa ok? =)


Nafsu jadi raja, akal jadi hamba.
Macam-macam benda yang kita fikir sangat mustahil tapi berlaku. Dunia makin lama makin banyak pancaroba. Penulis terfikir, 10 tahun akan datang apa pulak yang akan berlaku? Macam mana nak besarkan anak-anak dengan keadaan sekeliling yang makin lama makin buruk. Pihak penguasa? Haha tak payah la. Pyschotic? Jumlahnya akan bertambah, sila percaya. Sebab? Makin ramai orang yang stress, tak kiralah stress pasal kerja ke, krisis rumahtangga ke, etc. Tekanan perasaan adalah salah 1 punca orang jadi psycho, tahu?


Zaman dah dekat nak akhir nih, lelaki makin berkurang. Lelaki dengan perempuan = SATU NISBAH TIGA. Ada ke yang nak guna alasan tu untuk kahwin banyak? Meh sini jumpa penulis, penulis bagi minum klorox secara percuma. Bukan apa, kasi cuci kepala tu biar bersih =D. Bukan menidakkan hukum poligami, tapi wahai lelaki sila SEDAR DIRI kalau tak mampu jangan berangan! Kau ingat senang nak berlaku adil? Senang nak handle hati 2 wanita yang berkongsi kasih? Kalau betul ada yang nak, sila datang rumah penulis tanya kat bapak penulis realiti hidup beristeri 2. Kalau lepas dengar tak insaf juga, kau memang hebat!


Lelaki makin kurang, nak cari yang boleh dipercayai apatah lagi? Yang handsome? Kalau tak orang lain 'punya', mesti gay! Statement kah kah kah! Golongan Encik Gayah neh kebanyakkannya ada rupa, tubuh sasa tapi minat lelaki. Sudah la kuantiti lelaki sikit, perempuan terpaksa pulak bersaing dengan lelaki untuk dapat lelaki? Mencabar tak hidup zaman sekarang? T______T. Tak payah la cari yang handsome, susah nak jaga sebab nanti perempuan lain asyik pandang ;p. Sedap mata kita memandang, cukuplah...

Kalau ada lelaki (mahupun perempuan) kat luar sana kata "Saya tak mahu kahwin", penulis doakan cepat-cepat la insaf, tarik balik kata-kata tu sebab perkahwinan itu ibadah. Ibadah yang sangat besar pahalanya. Ruginya kalau SENGAJA tak mahu buat ibadah yang satu neh.

........

Awal-awal tadi masa buat tajuk entry, penulis nak cakap pasal perempuan dan nafsu. Tiba-tiba bila jari-jemari dah start tekan-tekan keyboard, cerita pasal lelaki la pulak =p. Cadangnya nak buat entry ringan dan santai, tapi end up jadi entry berat. Tak tahu macam mana boleh menyimpang jauh, idea asal sebenarnya nak cakap pasal susahnya penulis nak kawal nafsu membeli Tie Rack scarves. Terpaksa tahan nafsu sebab, koleksi scarves yang ada masih banyak yang belum 'dirasmikan'.


P/S: Macam mana la agaknya Edward si pontianak tu tahan nafsu dia supaya tak gigit Bella kan? ;p

12 comments:

ween said...

wah. byk tie rack scarves masih belum rasmi? mari2 sy tolong rasmi kan. eceh ;p

Fatul Akrul Ramli said...

ingatkan nak buat perbandingan lelaki ngan pmpuan.. ni cam cter pasal laki je.. INI TIDAK ADIL! acece.. :P

ajun said...

hari2 sy kate, sy nak kawen..tp...

Saira Azura said...

alah, taklah berat mane pon entri ko..kalo timbang baru 4kg..leh dokong lagik..heheh..

btw, pasal nafsu nih, tak boleh salah mane2..memasing dah dijadikan ada kelebihan dan kekurangan.

so, kita sendiri lah yang kene guna akal utk mengawal kelebihan dan kelemahan diri kita sendiri..

jgn dek kerana kata2 org lain, diri sendiri tercabar lalu memakan diri..padahnya..buruk baiknya..ha jawab lah sendiri..huhuhu

CikChelsea said...

ween,
hak hak~
voley voleyyyy (vlah kikikiiii ;p)


fatul,
ececeyyy ;p
nt kamu balas balik kt blog kamu yep psl ppuan

CikChelsea said...

ajun,
tapi....???
sila sambung ayat anda =)


saira,
sbb ada akal la kena salahkan org yg terbabit. Allah dh bg akal tp xmo guna. baik xyah ada akal, bg je kat lembu!

eddie dewanaga said...

everyone is entitled to their own opinion...

beb,gua juga pernah berhadapan dgn seorang dua yg sanggup berbuat APA SAJA untuk tarik perhatian.. entry lu lebih menjurus pada satu gender saja, cukup klise.

selamat hari jadi...
semoga panjang umur, murah rezeki dan sentiasa diberkati Allah s.w.t.

CikChelsea said...

eddie,
sabar la syg =p
ua br buat sebelah pihak punya entry, nt gua free gua buat entry ppuan plak...gua pun ada kisah ppuan yg sanggup buat apa je demi lelaki T___T

thnx for the birthday wish :D

izwan7 said...

laki ke pompuan ke same je..

as lons as kite masih punye rase takut pada Dia,
insya-allah nafsu yang tak elok tu boleh dicontrol

CikChelsea said...

mana sama wan ;p klo sama tak namanya "lelaki" dan "perempuan" hehe sori lawak bodow (-_-')

nk control nafsu tu yg payah kan? tak semua org blh buat...

Saira Azura said...

cam ko lah chel..nafsu shopping ko..bleh tahan ker??huhuhu..jangan marah ar...

CikChelsea said...

puan saira,
itu leeee intipati aku yg asalnye. nk cite psl diri sndr dgn nafsu shopping.

tetiba leh jd entry psl nafsu org laki? howwww???

T__T

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...