24 Dec 2009

Rasa nak termuntah

Penyebab paling besar perempuan muntah ialah mengandung. Haha! Very the typical thinking. Yelah, tapi betul kan? Kebanyakannya tanda-tanda awal pregnant kan rasa mual, pening-pening, muntah dan morning sickness yang lain...

Penulis akan definitely muntah kalau TERmakan udang atau ketam. Terlebih makan pun boleh menyebabkan muntah. Anda pulak bagaimana?

Apa beza nak termuntah dengan muntah? Obviously, kalau rasa nak termuntah tu RASA jelah kan? Tak muntah betul-betul. Terbau benda busuk boleh menyebabkan rasa nak termuntah (owh penulis adalah sangat tak boleh bau mulut + bau badan yang busuk! Bukan muntah lagi, pingsan terus.)

Tapi, perkara paling senang yang boleh membuatkan penulis rasa nak termuntah adalah bila terbaca ayat-ayat jiwang. Sumpah sangat mual! Hahah. Contoh ayat;
"Abang nak sayang bersabar. Abang cintakan sayang sampai bila-bila."

Yikeeeeessss!~ Seriously! Expecially kalau ayat jiwang tu lelaki yang tulis, paling tak boleh blah T____T. Especially (lagi sekali) kalau ayat-ayat tu in Malay. Tak tahulah kenapa, penulis rasa Malay word sangat jiwang berbanding English. Mati la tak sado diri adalah Melayu, nak jadi Sharifah Amani ke? Tumpang lalu~~~

Bukan kutuk bahasa ibunda, harap faham! Cumanya 'keindahan' bahasa Melayu tu kadang-kadang over. Contoh: I was unconditionally and irrevocably in love with him <-- pinjam ayat Stephanie Meyer =p. Bila translate ke Malay: Aku sangat-sangat mencintai dirinya. Dah la simple, lepas tu bunyinya sangat jiwang karat. Kah kah kah! (hari tu sempat skodeng novel Twilight yang dialih-bahasakan ke Malay jadi 'Senjakala')

Penulis tak boleh bayangkanlah kalau YB itu seorang yang jiwang karat. Confirm dah lama penulis mengalami penyakit telinga bernanah T____T. Dulu pernah 1 hari time 2-2 tengah dilanda kesengalan;

YB: Try la panggil orang 'abang'
Penulis: Nak buat apa?
YB: Saja-saja nak dengar
Penulis: (layankan jelah) 'Abang' dah makan?
YB: (gelak terbahak-bahak macam takda hari esok T______T)
Penulis: Apsal 'abang' gelak?
YB: Dah jangan panggil orang 'abang' lagi, geliiiiiii
Penulis: Tadi 'abang' yang suruh. Dah panggil gelak pulak. 'Abang' ni kenapa? (saja dengki keh keh keh)
YB: Weii dah la. Geli ah! Panggil 'abang' lagi orang letak tepon!

Sampai sekarang dah tak pernah datang balik sengal dia suruh panggil dia abang lagi. Padan muka :D. Eh chopppp, kenapa mesti suami dipanggil abang? Abang kandung dah abang, suami pon abang? Suami dan abang adalah 2 objek makhluk yang sangat berbeza. Kalau buat kebarangkalian Matematik, jawapan kebarangkalian tu mesti TAK AKAN dapat abang dan suami adalah sama, ngeeeee~

Jadi persoalan pada hari ini: Mengapa suami dipanggil 'abang'???

Penulis dan YB memang adalah spesies yang bukan jiwang-jiwang. Tak kuasalah nak tulis ayat puitis siap sajak bagai kalau bagi kad, mesej kat telefon bahasa bunga-bunga, cakap kat telefon jiwang-jiwang. Memang tak ada laaa, kem salam. YB very straight forward. Kalau wish happy birthday, gitu jelah takdenya dia nak karang ayat "di hari lahirmu ini, aku titipkan sebaris kata-kata..." Kalau dia tulis gitu, confirm penulis tuduh dia ciplak ayat entah siapa-siapa muahahaha. Lepas bagi tuduhan terus muntah!

Anniversary as couple pun kitorang tak pernah (ye ke tak pernah? yelah kot sebab sehari before tu dah celebrate birhday penulis heeeeee~) celebrate. Pernah sekali penulis tanya;
Apsal kita tak pernah sambut anniversary heh?

YB jawab;
Ala, bukan anniversary kawen pon. Nanti anniversary kawen baru la sambut.
Senang tak dapat BF camtu? Jimat duit haku tak payah beli hadiah banyak kali kah kah kah! Ehhh tak =p. Lain padang lain belalang, lain orang lain ragam. Bahasa jiwa bangsa, oyehhhh! (tetiba sangat!!!)

Valentine's Day lagi ah! Kami memang boikot hari kafir laknat menyesatkan orang Islam tu. Penulis sampai hari neh tak faham kenapa majalah Remaja (Karang*kraf) punya tu tiap-tiap tahun beriya buat edisi Hari Kekasih. Dorang tak tau ke Valentine's Day tu hari Orang Kristian meraikan kekalahan tentera Islam? Anda pembaca ada yang sambut ke? Nak buat apa-apa kena la tahu pucuk pangkalnya, jangan main melulu je ikut apa yang orang lain buat. Malaysia neh nama je negara Islam, tapi pengisian? Lebih banyak kebaratan dari budaya sendiri. Kalau nak sambut hari kasih sayang, tak payah tunggu 14 Februari...

12 comments:

Saira Azura said...

adehlah..

1st, aku tak panggil pon en sepul abang..adalah panggilan alin..ne bleh bgtau ko!!huhu

2nd, aku adalah dikategorikan sebagai yang jiwang..tp jiwang ngan laki aku jer..hahaha

3rd, muntah2 bese lah..aku skang pon tgh nak termuntah tgk org2 yang poyo nak mampos!!

MommyCT said...

seyes....akak pun takleh ayat keparat ops...karat nih.

tapi tang laki kena panggey abg tu tahle...dolu2 pun muntahber gak..tp pas kawen guna gak.

cuma pas anak berderet ni dah pngl ayah je lah.

but laki akak tetap pangil ai 'ayang' ouchhh!

reena said...

OMGGGG!!!!

Kita geng la bebbb!

I geli perkataan ABANG jugakkkkk.

I mean Abang yang merefer kepada bf/husband. Puhlezeeeeee. Sumpah mati hidup semula i won't call my future husband as 'Abang'. Nasib baik my bf pun tak suka & geli kalau panggil dia abang. Senang keja hakuuu. Hihi. Adik dia panggil dia abang sudah la kan?

And tak faham gak kenapa orang refer husband as 'Abang'. Oops. Heh. Tapi tak pa, tu hak masing-masing kan.

kiva said...

kalo syg kn hr2..bukan semestinye 14feb je kan..kan..disebalik sejarah yg xbest..bunge pon mhl pd hari tersebut..kan rugi tu...kekekeke

"sayang sayang sgt2"..bace dan muntah hijau..wakakaka..kenape boifren saye sgt jiwang..sgt xbole blah..wakakaka

MATURED BOY said...

cik chelsea,view my blog please..and follow me..http://maturedboy.blogspot.com/

mimie said...

i lagila nak termuntah:$ abang????? ti i nak panggil en arip abangla...wakakakakakakakakaka(ketawa pai kuar air mata)

eddie dewanaga said...

"...biar malam mentertawakan aku, biar habis badanku dimamah rindu, namun membiarkan ingatanku luput dari mengenangmu, itu sama sekali tak akan aku lakukan..."



hmm... muntah lah...

CikChelsea said...

saira,
aku kategori biasa2 tgh2 antara tak jiwang dgn jiwang...keh3


mommyct,
agaknya org2 dulu panggil hubby sbb bunyinya mcm hormat kot...ke slh? heeeee~

CikChelsea said...

reena,
mari bagi 5..kekekeke ;p

sapa la yg start panggil hubby = abang kat dunia neh kan? i wonder =P


kiva,
ekekekee...sy ckp kat encik hamdi akak kata dia jiwang =P (dia jiwang ke romantik? hihih)

CikChelsea said...

matured boy,
hello! =)


mimie,
try la...tgk muka dia lps tu cmneeeee...harus la sepesen je...kah. mari kita try bersama2 (gelak kua tanduk)


eddie,
*saya sedang menahan rasa*

me said...

sokong!!! bencik ngan majalah remaja zmn skrg ni yg ada bw byk propaganda :(

CikChelsea said...

me,
camne la minda remaja skrg nk advance kan??? asik2 disogok dgn hiburan...dlm hiburan tu kalau ada faedah xpe gak..neh KOSONG!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...