23 Dec 2009

Semalam di Kem Mahkota

Korang tau tak orang luar kalau nak masuk dalam kem askar kena letak IC and amik visitor pass kat tempat pengawal? Tahu? Tak tahu? Ok sekarang yang tak tahu dah tau, yang dah tau memang sedia tahu. Apa kau cakap neh???? (-___-')

Semalam gara-gara deliver tempahan untuk Kapten Saifuddin kat K.e.m M.a.h.k.o.t.a, Kluang saya memecah rekod peribadi telah masuk ke dalam kem askar buat pertama kalinya dalam hidup. Kah kah kah! Errr, macam tak penting pun bagitau kepada anda la bukan? T______T.

Dah nama pun first time msuk, harus la macam awkward bila nak letak IC and ambil pass pelawat.

Askar di kaunter: Nak jumpa siapa?
Saya: Abang (haha kantoi! kat atas acknowledge 'kapten' macam la customer =p)
Askar di kaunter: Kat mana?
Saya: Kem 7 Briged
Askar di kaunter: Ada apa?
Saya: Hantar barang (banyak tanya pulak dia neh! <-- cakap dalam hati, kang cakap out loud confirm tak dapat pass)
Askar di kaunter: Abang awak askar ke?
Saya: Yelahhhhh (duhhhh? dah kalau kerja dalam kem neh bukan askar ke?)

Lepas tu masuk kereta saya bagitau kat Perempuan Kesayangan;
"Eh, apasal orang kat kaunter tu tanya abang I askar ke bukan? Dalam neh semua askar la kan?"

Perempuan Kesayangan jawab;
"Iye."
(Macam confirm sangat je ceeehhh! Entah-entah ko pun tatau kan wahai Mimie? =p)


Tadi, masa cari info dalam website Kementerian Pertahanan, baru la SEDAR mengapa encik askar di kaunter tu tanya soalan "Abang awak askar ke?". Barulah TAHU apa relevennya encik askar di kaunter tu tanya soalan sebegitu rupa.

Sebab?

Dalam tu bukan semuanya askar T___________T. Abang saya kerja bahagian pentadbiran, so dia dalam kategori pegawai, bukan askar. Haku hengat semua yang kerja dalam tu semua sama jeeeeeee. Mana tahu ada beza antara ASKAR dengan PEGAWAI.

Terus hari neh rasa menyesal gila sebab semalam bila encik askar di kaunter tu tanya;
"Abang awak askar ke?"

Sepatutnya saya jawab;
"Tak. Pegawai."


Boleh la berlagak sikit wakakakakakakak!

8 comments:

Saira Azura said...

aoiyai..ko baru taw..aku dah alme taw..coz dulu aku dok kat dlm pangakalan TLDM Lumut. huhuhu..best..mata aku bercahaya jer hari2..

ish..dulu jer..soklan2 tu adalah bese tp kalo ko dpt mamat askar yang gatai, siaplah ko..dah kawen ker, no tepon ada tak..

dlm kem tak semua askar@tentera, ada orang awam yang keje kat dlm kem..takkan cleaner pon askar gak kan..kan..kan..

bagi askar@tentera nih, kalo pangkat pegawai kene panggil pegawai tentera. tp kalo askar bawaha, takde makne tentera sokongan ke..panggil lah prebet ke, laskar ker, yg 'setaraf' ngan jawatan dorang..huh!benci aku..

tak pe, kalo ko nak taw, kalo ko jd PTD nanti, jawatan ko lagik tgi dr kapten tentera..

Sharinginfoz said...

ooo macam gitu.. thanks.. by the way.. click sanex ngan tm.. bosan2 singgah le...

mimie said...

i taula:p dah namanya kem askar takkan ada doktor plak???

CikChelsea said...

saira,
eh puan saira, mengapa ko benci dgn askar bawahan? ko neh double standard ah! hahahahaha =p ada kenangan silap dgn mat tiarap ke apa? heeeeeee~


patut ah semalam ms aku jwb "Yelah" tu askar kat kaunter tu pandang semcm je. cisssss!

CikChelsea said...

Sharinginfoz,
sama2

terima kasih!!! =)


mimie,
ehhh ada la! doktor tentera, siap ada unit khas tau. tak percaya pegi tgk kat website kementerian pertahanan, heheh

eddie dewanaga said...

masuk mana2 garrison perlu ada document, utk civillian, itu adalah standard operating procedure...

kimot said...

kat kem..mmg ada askar dan bukan askar. jadi tu yg dia tanya askar atau awam

kalo askar..terbahagi kepada dua. pegawai atau LLP (lain2 pangkat)

biasanya, mereka akan lanjutkan pertanyaan, askar tu LLP atau pegawai

kem mmg ada doktor tentera

-Kapt DR kimot-

CikChelsea said...

eddie,
note that bro


kimot,
semlm dh tny abg, dia pon kata cmtu..ada askar and awam.

tabik kat kapt dr.kimot ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...