21 Dec 2009

Tangan naik, kaki pun naik

Baca paper semalam tak? No no no we're not dicsussing any national problems or world diseases ke apa. Tu berat sangat kahkahkah! Ni merujuk kepada cerita Ummi Nazeera bergaduh dengan Remy Ishak. Dahsyat artis Malaysia sekarang, gaduh ikut 'trend' artis Hollywood. Macam Chris Brown dengan Rihanna, main pukul-pukul youuuu! Ekekek...

Before this Remy je yang buat press statement pasal "isu" neh. Then, Ummi gave her story dalam paper semalam. So, now clear la pasal isu gaduh-gaduh neh sebab dah dengar daripada 2-2 belah pihak. Dasyat gak eh bengkak muka si Ummi tu lepas tangan si Remy 'naik' kat atas muka dia (-__-'). Biruuuu mata hitamku eh tak biru tirai mataku muahahaha!

Tak padan dengan 'cinonet', barannnn!
(picture taken from Berita Harian online)

Remy Ishak I terus reject you as 'Lelaki Idaman Malaya'. WHY? Dayus okeh lelaki pukul perempuan. Alasan perempuan tu yang start 'bantai' ko dulu adalah tak boleh dijadikan sebab ko pukul perempuan tu balik! Dayus okeh! Yang perempuan tu pun bukan main tak padan kecik, panas baran. Mana tak baran, asal marah je terus tumbuk orang, terajang orang...tak ke namanya baran tu? Bukan lelaki je yang tak boleh pukul perempuan (obviously, duhhh!), perempuan pukul lelaki yang bukan muhrim hukumnya pun berdosa ye 'adik' Ummi (kalau ko tak tau hukum la =p). Sedangkan cubit pun dah berdosa, tumbuk dengan terajang lagi laaaaa...sebab tu la Islam suruh jaga batas pergaulan (dah start dah nak bagi syarahan free kah kah kah!)

Lu tak cool la bro!
(picture taken from Berita Harian online)

Tengok 2 'ekor' manusia neh bergaduh, macam orang tak bertamadun pun ada. 2-2 dah besar, Remy dah kategori tua, umur dah 27 tahun pon tak bley nak fikir ke? Yang perempuan tu umur baru 19, budak-budak lagi. Nasib ko lerr dah nak sangat 'berkawan' dengan budak, sekali gaduh hambeekkkk tangan naik, kaki naik! Wrestling la korang berdua. Sesama naik hantu!

To make it even worst, campur tangan family Ummi yang menurut Remy dia dipukul oleh orang upahan family Remy. Betul ke tidak, wallahu'alam. (Tapi ikut logik betullah kot, kalau tak siapa lagi nak pukul Remy tanpa sebab musabab kan?). Penulis rasa family Ummi sangat terburu-buru mengambil tindakan dengan 'membalas' perbuatan Remy tu. Ummi's mom is businesswoman berpangka DATUK, takkan la tak tau macam mana nak settlekan kes macam ni kan? Ambil tindakan sendiri pukul balik si Remy tu, lantas membelakangi pihak berkuasa? Buat la police report, biar polis yang settle. Ke sebab dia rasa dia ada 'kuasa' dia boleh ambil tindakan sendiri sewenang-wenangnya? Tetttttt (dah macam ayat 360 plak ayat haku kah kah kah!)

Ni pendapat penulis: Kalau time berkawan neh pun dah nampak ciri-ciri 'keganasan' sebegitu rupa, baik tak payah la teruskan. Obviously 2-2 API, so tak seswaaaaiiii. Kena sorang API, sorang lagi AIR takpun TANAH. Baru la seimbang. Tak kiralah lelaki atau perempuan, susah kalau salah sorang atau 2-2 jenis yang 'ringan tangan' (bukan ringan tulang yerrr tu simpulan bahasa lain makna, ada ke yang tak tau? T____T).

Baru kawan-kawan je bergaduh dah berani naik tangan, naik kaki! Lepas kawen jadi apa pulak? Risiko benda yang sama akan berulang adalah sangat besar. Takkan lepas pukul, terajang, bantai cukup-cukup nak mintak maaf gitu je? Bengkak kat badan masih berbekas, luka belum sembuh, parut belum hilang...boleh ke buat macam takde apa-apa? Gila la kalau boleh! Takda maknyanya sayang kan manusia sampai macam tu sekali.

Kerana cinta manusia jadi buta. Bukan cinta tu yang buta, tapi orang! Setuju ke tidak?

9 comments:

Hai said...

cik chelsea,best x eclipse n breaking dawn?? plan nak beli..

mimie said...

bosanla citer artis ni bergaduh....dulu masa becinta tak ngaku tapi da begaduh, baru ngaku...ceh mmg plastik:p ada tak sape2 rakam diorang bergaduh???? i nak tgk...hohoho3

reena said...

Brown & Rihanna versi Malaysia. Hehe.

CikChelsea said...

hai,
sila tgk entry terbaru, khas utk anda =p


mimie,
dorang tak kata pun bercinta, tp "berkawan rapat", motip sgt la kwn rapat leh main pukul2 khennnn??? tak koser mak!


reena,
biasa la skrg kan malaysia dh maju..kah kah!

Saira Azura said...

chel..da kawen naik badan..wakakkakakakkak!!!

p/s: agak2 kau paham tak?huhuu

CikChelsea said...

saira,
pukul 1 badan plak lepas kawen ke? T________T


(aku yg berpura2 tak paham kah kah kah!!!)

Chika Chika said...

Gila lah manusia zaman ini. Kalau orang kafir nak gila, tak peduli sangat. Orang islam pon nak gila juga. Aqidah mana tah agaknya.

Saira Azura said...

aku rase ko paham..huhuhu..tak bleh xplen lebeh2..kang bahaya..huhu

CikChelsea said...

chika,
sbb bnyk sgt agungkan org kafir...jadi la mcm tu kot..uhuuuuu~


saira,
aku paham la. ingt apa ;p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...