13 Dec 2009

Tercabar dengan cabaran

Semalam sampai je rumah lepas habis assessment, terus terbongkang! Ya ampunnnnn!!! Penat tak hengat.

Ketua program awal-awal dah mintak "tolong" jangan cerita in details itinerary program dalam blog. Muahahahah!!! Macam tau-tau je ;p. The reason is dia tak nak future candidates buat preparation awal-awal and tak fair pada orang lain. So, terpaksa la zip molot cerita 'light-light' sajork, theheeee~ Owh ketua program itu adalah kelihatan sangat berkarisma! Dah la cakap "Ada orang kata P.T.D stands for Pegawai Tidur Duduk..." hampesss je buat lawak ;p

Bersyukur sangat-sangat assessment program nih dah dipendekkan daripada 3 hari 2 malam kepada 1 hari (starting last year). So, pagi sampai-sampai ke terus meng-register diri, duduk dalam dewan dengar taklimat kejap bla-bla-bla, pukul 10 am start first activity. Then, pukul 11:15 am, sambung aktiviti ke-2. Lunch break (owh makanan kat INTAN adalah sedap ;p) and solat. Pukul 2 ada ujian sahsiah & minat.

Masa jawab ujian sahsiah tu sumpah mengantok tahap gabannnn!!! Mana tidak, malam before assessment dok berchenta dengan Edward sampai pukul 11 lebih. Then, TIDO. Terjaga kul 4 lebih dah tak boleh nak tidur terus mandi. Terpaksa buang masa sampai la pukul 6 baru get ready. Pukul 7 keluar rumah terus gerak ke INTAN (nasib baik la dekat drive slow pagi tadi 30 minit dah sampai. Ada candidates yang datang from Kedah, Penang and Pahang semata-mata untuk assessment. Tetiba rasa sangat BERTUAH menginap di Yong Peng keh keh keh). Berbekalkan tidur yang lebih kurang 5 jam tulah, saya ke INTAN melapor diri untuk dinilai T____T. Harus la menggelupur + yawning sepanjang masa time jawab soalan! Nasib baik siap awal terus boleh keluar. Kalau tertidur harus la markah dicantas (Dah la markah MUNGKIN tak banyak huwakakak!)

Best part jeng-jen-jeng! Pukul 3 pm semua dikerah turun ke padang. Ada group activity then the last assessment was LARIAN 2.4km!!! Saya adalah menjadi sangat penat lepas berlari tuh. Gila ah 2.4km macam 5km T___T. Dah la track bukit-bukau, time daki bukit tuh Tuhan saja yang tahu, perasaan ku berperang dengan suasana (tetiba sangat ternyanyi lagu Slam? T__T). Prestasi sewaktu berlari adalah sangat mendukacitakan sebab half way tu my stomach (sebelah kanan) sakit gila. Memang tak boleh nak berlari langsung! Demmit!!!

Well, as for now...doa jelah supaya terpilih menjadi bebebeberapa orang yang TALENTED and LUCKY enough untuk dipanggil ke peringkat seterusnya - interview!

7 comments:

ajun said...

yupss...mudah-mudahan akan terpilih menjadi salah seorg insan terpilih...

paraxixth said...

chelsea seri semalm....apa kes group aktiviti nie!!!!!!!!!!

CikChelsea said...

ajun,
Amin =)


paraxixth,
tau...Chelsea punya performance aky tak tau la kenapa...the last few games takde menang! kena "santet" dgn sapa ek? haha

group aktiviti ni under gomen la beb ;)

Saira Azura said...

ada gak sesetengah PTD nih mmg mcm tuh..tau arah jer..suh wat keje sket..nih bukan keje saya..keje saya keje setaraf degree.,.kepala hotak ko!!hambek..
ko jgn macam tu chel..aku sumpah ko jd tunggul kayu kang..wakakakakkak

Anonymous said...

lari2..igt x no 103???yang suke wat statement..sebelum lari nk wat2 pengsanla..tp ble nk smpai garisan penamat trus shat...keep elert with 103..btw salam perkenalan...

CikChelsea said...

saira,
wahhh ko mcm bcakap melalui pengalaman je? org "atas" ko cmtu ke? harap2 la xde sape2 dr ofis ko yg boleh "bau" ko mengata dorang kt cni...muahahahahaha!!! =D

CikChelsea said...

anon 103,
definitely remembered you! tp aku tak tau nama ko..wahahaha...blh lupa lak nk tny ;p

mesti ko dpt datang dr facebook aku neh kn? =p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...