6 Jan 2010

Berubah dan perubahan (yang patut vs tak patut)

Baru 6 hari menginjak ke tahun baru (pergh guna perkataan 'menginjak', sumpah rasa macam blog yang educated bahahah!!!) saya sudah ada sedikit kemenyesalan terhadap perubahan yang dilakukan oleh diri sendiri T_______T. Owh, dan juga beberapa perubahan yang mahu dilakukan secara minor (harap-harap yang ini tidak akan membawa kepada kes kemenyesalan juga tsskk)

Kes kemenyesalan 1
Gatai-gatai pergi tukar bau haruman room air fresher from Sparkling Citrus kepada Fresh Waters (2-2 bau from Air Wick). Bahhhhh, haruman yang baru itu langsung tak sedap baunya, menyesal tukar! (urrgghhh tarik rambut sendiri). That day, before beli try kat kedai bau macam best, bila dah pasang kat rumah baunya memeningkan haihhh.

Kes kemenyesalan 2
Perempuan Kesayangan sudah ditukarkan waktu kerja ke sebelah petang. Hari kerja Isnin sampai Jumaat. Bermakna tiada lagi hari berfoya-foya bersama beliau di awal minggu dan tengah minggu. Hanya hujung minggu saja beliau lapang T___T. Dah sedih dah, dah sedih dah sob sob sobbsss. Pihak sekolah, mengapa tukarkan jadual waktu kerja Perempuan Kesayangan saya???


Kes perubahan 1
Mahu jadikan hari JUMAAT sebagai hari laundry mulai minggu hadapan! Owyeaaaa (tetiba sangat bersemangat hahah). Tidak mahu lagi mengumpul laundry selama ___ minggu (malu nak taip jumlah sebenar wakakakak!!!) kerana keletihan yang teramat sangat bila membasuh pakaian secara banyak. Dulu kelas housepeeping pon tak sepenat membuat laundry sendiri (-__-"). Masuk laundry room menggosok alas meja dan lain-lain juga tidak seletih membasuh pakaian sendiri. Maka, mulai minggu hadapan...baju bajan akan dibasuh setiap hari Jumaat. Saya kunci keputusan ini =p

Kes perubahan 2
Menjaga 'keharmonian' bilik setiap hari. Kalau benarkan bilik bersepah-sepah lagi, denda lempang diri sendiri akan dikenakan. Bak kata emak "Dah elok-elok kau kemas, bersepah balik. Kan buat penat je kau kemas." Baeeeeekkkk! Nasihat emak akan saya turuti T_____T.

Itu sajalah peringatan untuk diri sendiri buat masa ini,
Nanti kalau ada boleh tambah lagi,
Kikiki...
(pantun 3 kerat bahah!!!)

3 comments:

Ealyie said...

salam singgah & salam meng'link'kan blog gojes nieh.. hehehe..:)

CikChelsea said...

ealyie,
hello hello there ;)
mari membuat sesi pertukaran link, baeeeekkkkkk =D

mimie said...

apa nak buat dah nasib tukar ke waktu petang:(...i sokong nasihat mak u...bilik kena kemas...kalau u nak suh i lempangkan u pun takpe, i sudi:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...