18 Jan 2010

Cerita ini dulu sebelum Adnan Sempit

Jumaat lepas buat movie marathon bersama siapa lagi kalau bukan Perempuan Kesayangan di MBO Square One, BP. Dah lama tak buat movie marathon selepas Syurga Cinta dan Night At A Museum 2 pertengahan tahun lepas (kalau tak silap heheh).

Jadi nak cerita kisah ini dulu sebelum buat review tentang filem Adnan Sempit.

Kami punya movie start pukul 8:45pm. Beli ticket awal sebab takut penuh sebab malam minggu. 'Budak' yang issued tickets tu tak tahu la apa silap dia, kami punya ticket dia buat correction guna pen macam tu je. Terus jadi tak lawa tiket wayang kami (perlu ke nak lawa? kah kah kah!).

Bila dah duduk, datang pulak 1 couple nih, bf dia claimed seat tu dorang punya. Haihhh, harus la kami cuak sebab ticket kami bertanda-tanda dengan pen bagai kan? Tapi, saya tak bangun pun cuma kata kat budak lelaki tu "Awak pergi tanya kat budak lelaki yang jaga kaunter". Then dia datang balik bersama-sama dengan 2 orang staff cinema tuh, salah seorang tu suruh saya move ke seat sebelah (nasib baik cara dia cakap elok, kalau tak confirm haku sekolahkan). Tapi, saya musyhkil (betul ke ejaan nih?) jugak takut nanti ada orang lain claim seat number 4 tu since kami punya atas tiket tulis 2 dan 3. Staff tu kata "Takpa duduk je".

So tak lama lepas tu movie pun start, tapi ya ampunnn dan-dan movie tu start ramai gila yang baru masuk, barulah terhegeh-hegeh semua pakat nak cari seat dalam gelap! Tak taulah silap apa ticketing system kat kaunter malam tu, banyak tiket bertindih! Ramai yang kena nombor seat sama, even my new 'seat' tu pun ada budak perempuan datang claim. Dah la dia datang secara berjemaah, tapi saya jawab je "Ni memang seat I". Dah malas nak tukar-tukar hahahahahaha. Kebetulan pulak kat front row seat sebelah member budak perempuan ni duduk, ada 1 empty seat so depa penuhkan la seat depan tuh ;p. Yang lain tu ada la dalam 5-6 orang TERpaksa duduk seat depan sekali sebab masalah tiket bertindih. Confirm keluar panggung kepala sengal sebab dok mendongak sejam lebih bahahahhh.

Bongok la ticketing system MBO hari tu! Mood dah memang kureng bila masalah-masalah neh timbul. 5 minit pertama tu memang tak dengar apa la, tak boleh nak concentrate dengan dialog pelakon disebabkan kekecohan tu. Then, ingatkan lepas dah settle dengan masalah seats tu, settle la semua masalah rupanya tidakkkkkkk!

Ada sorang ahkak yang duduk kat seat belakang kami ni bising nak mampos! Dah la datang dengan laki and anak-anak dia, mulut bising pulak tu. Dia je sorang bising dah hazab, bayangkan la kalau sekeluarga perangai gitu? Memang saya angkat punggung la, tak sanggup nak duduk dalam tu tengok sama-sama keluarga yang sungguh mensampahkan! Tapi pelik, dia gelak macam dia sorang tengok cerita tu laki dia tak malu ke eksss? Hmmmm...

Kalau setakat bising sebab gelak tak apakah, dah biasa. Dah nama pun tengok cerita kelakar kan? Tapi yang paling tak boleh tahan ahkak tu punya jenis bising, suka ulang balik dialog pelakon. Lepas dah ulang dialog, baru gelak. Sumpah annoying gila T_____T. Memang jenis bising yang mintak kena maki. Budak-budak lelaki yang duduk kat row belakang ahkak tu pun senyap je sepanjang movie, confirm semua pun menyumpah dalam hati heheh.

Anda kalau spesies macam ahkak tu, tak payah la tengok movie buat sakit hati orang lain je. Tunggu jelah DVD ke VCD keluar, tengok dengan family kat rumah gelak la kuat mana pun janji tak annoyed orang lain. Kot ada yang jawab "Suka hati aku la, aku bayar tiket. Aku nak bising ke gelak ke apa ke aku punya suka".

Haaa'aahhhhhh memang la kau bayar tiket. Habis kau ingat orang lain masuk FREE ke?


P/S: Wahai 'peniru yang tiada identiti', aku tak access FB profile kau melalui kawan kau masa kat GEMS tu okeh. Kesian dia takde kena-mengena tiba-tiba kau block dia daripada tengok kau punya profile. Meroyan tak pasal-pasal kau neh haha.

11 comments:

Audrey Valeria said...

Hahaha.. Saya suka entry ni..

Lawak giler part

"Sumpah annoying gila tu T____T"

hahaha..

keep on blogging =)

~ As ~ said...

ahkak mcm tu mmg laki mak hambur kalau ada dlm panggung kitorang...ahahaha

mimie said...

ti kita kena kena jerit..makcik tak pernah g wayang ke???baru sentap makcik tu...lalalalalalala....la duplicate u dah meroyan plak?sian...buat2la makan obat...nak obat? tryla makan pati prun:p

CikChelsea said...

audrey,
btol tak tipu mmg sungguh annoying ahkak itu T_____T (nak panggil kakak pon mcm tak patut, patut gelarkan makcik saja tsskkkk)

owh trima kasih di atas sokongan anda. i dh tsipu2 malu nih...alahaiiii~

CikChelsea said...

as,
sia nda berani la kak. nt laki dia hambur mak blk..cmno tuh nyahhh? heheheheheh


mimie,
eleh hr tu takmo jerit plak! cisssss i je yg ckp "Astagfirullah hal azim" secara kuat =S

pati prun kn mahal dah takde offer, cmno nk beli? uhuhhhh...'budak' tu mkn obat lain la, dia mn mkn pati2 neh keh3

mrs.ecam said...

ahaks...lawok giles la ahkak 2 ek...klu kne ngan en.lakiku kompem mmg kne sound....

CikChelsea said...

mrs.ecam,
sy tgu ada suami dl la br blh soh suami sound jenis2 ahkak cmtu...klo dak, nt diri sendiri yg kne sound blk..ngeeeeee~

AJ Nismihan said...

patut sekehkan jer.
Ops jangan lah.nanti nampak macam tak berhemah pulak.
baik hang cakap elok2dengar dia.
kata
"Maaf kak,pelahan sikit yer.saya tak berapa dengar lah"
err tak pun
"Salam kak.Maaflah kak.Dekat wayang ni bukan hp jer kena off,mulut sengal yang tak reti nak dok diam pun kena off gak.Kalau nak bising2pi tengok dekat tayangan amal sekolah la senang!.Maaf ye kak"

CikChelsea said...

aj,
dia ada laki, kang aku sound laki dia sound aku blk cmne? dh gado plak..kne mrh dgn org lain plak kang..haha.


len kali mtk tlg kau ko la ckp cmtu...bleyyyy? hehe

AJ Nismihan said...

Ala, laki dia pun rimas, cuma malas nak cakap.
tengok ler,mau laki dia cakap macam ni
"Ha,tu la awak.saya dah soh senyap tak nak dengor.ni orang dah marah.lantak awak la"

{huhu pemikiran kritis betui la}

CikChelsea said...

aj,
ha'ah la wehhh laki dia mmg diam je, bini yg over. gelak pon sket2 je. agaknya dia pon malu bini dia cmtu....wahahahah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...