28 Jan 2010

Cermin diri, nampak siapa? Diri sendiri atau orang lain?

Awak ada blog, awak boleh tulis apa yang awak nak.
Orang lain pun ada blog, mereka pun boleh tulis apa yang mereka nak.

Dulu awak beli, lepas tu awak blog.
Sekarang orang lain beli, mereka pulak blog.
Apa yang awak tak puas hati?
Dulu awak buat boleh, sekarang mereka buat tak boleh?

"Blog aku, aku punya suka nak tulis apa"
Walaupun saya juga tak gemar kalau ada yang buat statement macam tu, diam sajalah.
Tak suka, simpan saja dalam hati.
Kalau awak sakit hati, awak jangan baca. Jangan torture diri sendiri, kan habis cerita?

Habis,
Nak suruh orang ikut cara awak?
Awak ada suami, awak tulis jiwang-jiwang pasal suami awak.
Awak ingat semua orang suka ke?
Awak ingat tak akan ada orang yang menyampah?

Kita nih manusia, sama saja.
Ada lebih, ada kurang.
Tolak ansurlah.
Awak tak suka cara orang, orang lain pun mungkin ada yang tak suka cara awak.
Kita sama-sama tak boleh puaskan hati orang lain.
Cuma berusahalah.
Jangan asyik ingat diri sendiri saja yang betul.

Saya tulis macam nih, bukan saya perasan bagus.
Saya tulis, secara tak langsung jadi peringatan untuk diri sendiri.

Awak tahu tak?

...antara benda paling sukar nak buat dalam dunia nih ialah ubah mentaliti orang? Jadi sebelum ubah mentaliti orang lain, ubahlah mentaliti diri sendiri. Bila bercakap, selalu-selalulah bercakap di hadapan cermin, jangan apa yang kita cakap tu terkena pada diri sendiri sudah. Nanti diri sendiri yang malu.

(Peringatan untuk diri sendiri juga)

7 comments:

Sayang.Ibu said...

uits..marah saper nih??

CikChelsea said...

huhu
takde mrh sape2 la kak intan =p

mrs.ecam said...

gaya tulis cam tuju kt somebody jek...hee...xpela cik celci yg pntg sye ske bce blog awk....chayok...chayok.....

CikChelsea said...

mrs.ecam,
mmg tujukan kt seseorang sbb dia asik2 complaint psl org lain jerr. pdhal diri sendiri pun bnyk tak betol.

tu yg geram, heeeee. tp geram je tak mrh pon =P

kiva said...

tu spesis AT kot..wakaka...sume org slh..die je yg btol...

tp..blog lina best je bace..sbb lina share ilmu..bukan share gosip...tu yg penting....

CikChelsea said...

kiva,
hah share ilmu?
ada ke sy share ilmu kak dayah?
haha tdk prnh kesedaran =P

blog mcm blog suka suki je hehehehehehee

kiva said...

yup..yup...btol..btol...
ilmu disamping suka suki kamu tuh...

ade blog yg gempak tp kosong..nk wtpe..;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...