27 Jan 2010

Kami memasak untuk emak, emak pun memasak untuk kami juga

Kami adik-beradik berkumpul di rumah Ahad lepas sempena majlis makan-makan, menyambut hari lahir emak. Sangat seronok I tell you! Yang lebih seronok walaupun makanan banyak saya makan adalah sikit. Yahuuuu! (tetiba sangat). Bukan apalah, kan bagus jadi chef, sudah kenyang dengan bau-bauan maka perut jadi kenyang, makan pun sikit saja.

Western: BBQ chicken, roasted chicken & duck, mashed potato and gravy, coleslaw, salad with dressing and mini cheese cake
Malay: Nasi jagung, ikan keli goreng, sambal asam dan rendang itik

Menu sangat pelbagai, macam rojak ;p, campur western dan traditional. Emak masak rendang yang berciri traditional, anak-anak pula masak western. Saya buat mini blueberry cheese cake (best seller pada hari tersebut kah kah kah, sampai Kakak yang seorang ini pun menyuruh saya buat kali ke-2 untuk dibawa balik ke KL ;p).

Kasi close up sikit hasil kerja saya. Mini blueberry cheesecake with Oreo crust. Kalau nak rasa boleh order melalui sini ;p

Anak saudara saya yang nak ambil kek tu semua mintak permission saya, takda suruh pon tapi mungkin mereka takut dengan makcik garang yang sorang neh muahahahahhh. Ooo ya, saya juga bertanggungjawab mengendalikan BBQ, tapi tak mau letak gambar BBQ sebab sangat tak lawa rupa parasnya wakakakak. Hitam legam tapi tetap jadi pilihan (hitam-hitam pon sedap. Aik perasankah? Kah kah kah!!!)

Ini abang ipar punya tangan. Beliau sedang gigih men'slice' roasted duck. I'm not a fan of daging itik, jadi jamah sikit saja. Rasa adalah OK, cuma kurang berminat.

Kakak uruskan roasted duck dan salad dan mashed potato, abang ipar uruskan roasted chicken dan coleslaw,the rest tak tahu siapa yang uruskan sebab saya sedang berpanas-panas menghadap bara api memanggang ayam di luar rumah (ceyyy macam susah sangat je bunyinya T____T)

Ini entah siapa punya plate, first round western. Kejap lagi layan Malay foods pulak

Lepas makan dan borak-borak, birthday girl (ecehh comel gila bahasakan emak sebagai birthday girl) pun bukak hadiah :D

Issskkk sebok si Aiman neh, orang nak amik gambar nenek, dia pulak yang inter frame T____T

Tengok...tengok cute tak gift wrapper? Teka siapa punya kerja? Keh keh kehhhh...

Happy bukan kepalang dapat alat 'mainan' baru untuk dapur beliau =p


P/S: Tak sabar nak celebrate Chinese New Year pulak!!!

7 comments:

mamarempit said...

oo...idaman kelabu gak tuh....CNY?? nk celebret ke??? ada mecun katak tak... heee

reena said...

Oh, dari hari tu mengidam cheesecakeeeee!!!

Nakkkkkkkkkkkkkkkkk!

Sayang.Ibu said...

Mak oooiiiiiii.... menitik2 air liur akak nih dik oooiiiiii.... :P

izwan7 said...

blueberry cheesecake tu menitiskan air liurku..
nanti aku gi johor aku nak rase..huhu..
weh malam ni aku nak berjage tgk m.u sambil sapot birmingham! chaiyok tumbangkan chelsea

mimie said...

kalau i tak kena penyakit mkr pasti sume tu i dah makan:( tapi dapat juga rasa kek cheese...sile jangan jeles:p

CikChelsea said...

mamarempit,
ktorg 1 family blh celebrate CNY sbb kami mmg keturunan chinese heheheh


reena,
kalau blh post dh post dh T____T


sayang.ibu,
hehe kak intan, lap lap jgn tak lap ;p

CikChelsea said...

izwan7,
blh bro..ko dtg aku watkan spesel ;)

ceyyy sguh tgi cita2mu. jgn ko harap itu akan berlaku har3


mimie,
tak baik tau jeles kn org lain ;p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...