2 Jan 2010

Keperluan tahun 2010

Kalau tak nak orang lain tahu, baik tulis dalam organizer ke diary ke note pad ke conteng dinding ke...kannnn? Blog pon kira diary apa, diary yang takda rahsia antara kita...ecehhhh!

Keperluan tahun 2010:

1) Kerjaya
Ramai orang tanya saya akan teruskan baking ke tak? Sejujurnya jawapannya adalah NAK. Tapi, dalam masa yang sama saya tengah menanti sebuah jawapan (ceh tetiba masuk tajuk lagu Padi T__T) daripada pihak yang berkenaan. Andai kata ditakdirkan tiada rezeki di situ, mungkin akan cari alternatif lain. So, akan cuba baking juga walaupun akan ada komitmen lain. Dual jobs, dual income kalau larat boleh saja ;p. Berkenaan tentang di mana, bagaimana dan bila tu selebihnya kita pergi ikut arus lah (haha). Paham tak? Ya Allah ya tuhanku, limpah-ruahkanlah rezeki mu untukku...Amin.

2) Jasad
Bila badan ditulis jasad kedengaran lain macam saja bukan? T___T. Dah bebeberapa tahun azam nak lose weight tapi nan hado jadi. Neh kalau si Azam Harun tau aku berazam tiap-tiap tahun mesti dia bagi pinjam nama dia kah kah kah. Hai Azam, di mana kau sekarang? *sambil lambai-lambai* (macam la dia baca blog haku muahahaa). Tapi, bersyukur sepanjang 2009 walaupun duduk rumah berat badan adalah tak naik. Yahu yahu! (tetibaaaa sangat). Jadi tahun neh tak mahu memberi tekanan kepada diri sendiri, cukuplah target lose beberapa kilo, berusaha...ganbate! Usana dan JM workouts diharap dapat membantu. Owh, YB sudah memberi rangsangan (dorongan la, kau ingat rangsangan apa? =S) akan belanja seluar baru kalau I berjaya dalam misi ini. (Seluar je ke, baju baju dan bajuuuu tak nak sponsor sekali? =p)

3) Harta
Nak bukak 'akaun beku' mulai tahun ini. Akaun beku bermakna, duit dimasukkan tapi tak akan dikeluarkan. Haihhhh, tahun neh akan berusia 25. Duit simpanan pon tak ada. Nak bayar hutang keliling pinggang belajar, duit untuk kahwin dan simpanan masa hadapan. Hohhh, banyaknya benda kena fikir. Seronok betul jadi kanak-kanak tak payah fikir apa-apa (-__-')

Major part 3 ini saja kot, yang kecik-kecik tu banyak tapi rasanya tak sepenting yang 3 ini. Harap-harap 2010 lebih cerah berbanding 2009.

2 comments:

reena said...

Good luck with your resolutions! :)

CikChelsea said...

reena,
TQ babe ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...