12 Jan 2010

Makan untuk perut, kulit juga perlu 'makanan'

Makanan untuk kulit adalah nutrisi dari segi vitamin dan lain-lain (haha tulis lain-lain sebab takda idea nak listkan apa lagi =p). Bukanlah makanan macam burger ke nugget ayam ke lobak merah ke. Cuba kau tonyoh benda-benda tu kat kulit, apa jadi? Tak jadi apa-apalah bukan? Lainlah lobak tu kalau makan, barulah dapat faedahnya kat kulit. Lobak merah mengandungi dan kaya dengan apa kawan-kawan? Ok, jawab dalam hati sudah =p

Bila umur dah bertambah neh (bercakap macam la dah tua sangat bahah) kulit pun ikut sama mengalami penuaan. Jadinya, penjagaan yang lebih rapi diperlukan. Kalau tak sendiri yang jaga kulit, siapa lagi nak tolong jaga betul tak? Paling penting kulit muka. Yang boleh dikatakan hari-hari terdedah dengan cahaya matahari. Cahaya matahari lebih dari jam 10 pagi adalah 'kejam', mengandungi ultra ungu yang sangat tinggi (blog dah macam upgrade ke tahap yang lebih educated sekali lagi bahahahaha, tumpang lalu~). Alahhh, setakat fakta macam neh semua pun tahu bukan?

Sekiranya anda tidak 'lokek' mengeluarkan duit untuk membeli tas tangan berjenama, makan di tempat-tempat mewah dan bercuti di luar negara yang tentunya memerlukan modal yang banyak, sudah tentu tak 'ralat' kalau nak beli keperluan penjagaan kulit yang bagus untuk diri sendiri bukan? =). Saya jenis yang 'boleh' berhabis untuk skin care, walaupun kadang-kadang berkira jugak tapi tutup mata ajelah, untuk diri sendiri jugak keh keh keh ;p

Sebenarnya saya cemburu dengan wanita yang takda atau kurang masalah kulit muka. Lagi cemburu kalau mereka tak memerlukan skin care yang mahal untuk menjaga kulit. Serius neh! Pakai bedak chap ayam pon muka cantik bersih, putih melepak. Haihhh jeles okeh =p. Macam bonda saya waktu muda-muda dulu, memang takda masalah jerawat langsung. Muka licin je, hanya guna Hazelin and Snow cream untuk jaga muka. Facial cleanser guna sabun mandi je, bolehhh? Sumpah tak tipu! So kami adik-beradik yang ada masalah jerawat adalah genetik bapa. Serius tak tipu juga T___T.

Dulu kulit muka saya jenis yang oily, so kena guna facial cleanser yang strong untuk control oil. Time tu guna skin care brand Simple, memang bagus la untuk kulit berminyak. Tapi lepas cuci muka rasa muka ketat je, nak senyum pon susah macam kena cucuk botox kah kah kah! Lepas tu tak ingat kenapa tukar pakai D' Wajah. Time guna brand nih pimples memang kurang tapi tak dapat kurangkan minyak kat muka. Sebabnya day cream dia yang menyebabkan muka jadi berminyak. Muka rasa melekit sumpah tak suka T___T. Pastu kan few years ago, heboh pasal owner D'Wajah tu kena saman sebab dalam night cream dia ada letak bahan terlarang kan? Saya siap call HQ D'Wajah lagi okeh untuk tanya pasal khabar angin tu (tapi masa call tu owner dia belum disabitkan kesalahan and belum kena saman). So, orang yang jawab phone tu memang mati-mati la menidakkan cerita tu. Tapi, sebab dah was-was terus stop guna brand tu and tukar kepada Natasya. Bila guna Natasya nih pon muka rasa ketat. Dah la mahal, toner dia cepat gila habis. Baru pakai 2 minggu dah habis. Yelah dulu zaman student harapkan duit pinjaman je, set Natasya yang RM104 tu rasa mahal la kan? Tak lama lepas tu tukar pakai Nourifusion, Herbalife punya skin care set. Guna yang oily to normal skin punya set. Masa guna NF nih memang pimples kurang, even time period pon pimples tak teruk macam dulu. Tapi muka still rasa 'ketat'.

Ada 1 masa buat facial, beautician tu kata kulit saya nih adalah kering, bukan berminyak. Kulit muka boleh berubah disebabkan faktor usia dan penggunaan product. Saya rasa sebab dah lama sangat guna skin care untuk oily face (which is 'kuat' sangat untuk kulit, sampai kulit jadi dehydrate). So, sekarang nih skin care saya banyak from The Skin Food yang berasaskan bahan-bahan semulajadi, as for now sangat serasi dengan product ini =D. Saya start guna bulan August last year, boleh tengok kat entry INI.

Jumlah kerugian investment ;p RM119.70
Emulsion RM57
Essence RM62.70 (yang nih a bit pricey kan? Takpalah untuk kecantikkan kulit sendiri ceyyy ayat sedapkan hati hahah)

Saya guna Green Tea bubble facial cleanser untuk control oil. Tiada lagi masalah kulit ketat ;). Toner dan yang terbaru moisturizer and essence adalah dari Lettuce and Cucumber range. Khas untuk kulit kering. Love it love it love it! Emulsion (moisturizer) + essence dia memang tak menyebabkan kulit jadi berminyak. Ohh adalah sangat benci if pelembap muka jenis yang mengakibatkan kulit jadi berminyak! Kulit jadi melekit dan secara automatiknya skin tone jadi tak sekata. Lettuce and cucumber range yang saya guna nih elok je menyerap kat kulit after being applied to skin.

Yang neh free sample for make up base, belum try so tak bley nak bagi review heheheh

My ultimate skin problem ialah liang pori yang ketara. Memang besaq la if tak pakai make-up memang nampak sangat. Compact powder alone memang tak boleh nak tutup itu cela T____T. So, SA kat Skin Food tu suggest saya guna Tomato Whitening Spot Serum untuk kecilkan pori. Kalau tengok kulit SA kat Skin Food tu kan, memang nak nanges ah! Kulit dorang licin gila tsskkk T____T. Kalau masuk Skin Food and anda memang bercadang nak try produk mereka silalah jangan segan silu nak bertanya pada SA mereka. Bagitahu produk apa yang anda tengah cari or masalah kulit anda, nanti automatik dorang akan bagi suggestion. SA Skin Food yang kat BP Mall tempat biasa saya pergi tu adalah super duper baik dan very helpfull, tempat lain wa'allahualam.

Tomato Whitening Spot Serum
RM72 if tak silap

Tapi, belum beli pon serum yang SA tu promote, nak fikir dulu mueheheh ;p. Sebab sekarang neh tengah dok fikir nak sambar Prep and Prime from MAC. Tapi yang neh fungsinya untuk invisible kan cela je kan? Bukan untuk lenyapkan terus. Then, hari tu baca blog Sarah dia tengah guna Palmer's Vit E Scar Serum, adik manis tu kata sangat berkesan! So now neh dah pening harus cuba yang mana satuuuuu?


P/S: Cik Mar, 'roh' memblog I dah datang balik yeehaaaa (eh eh hoooover) ;p

12 comments:

~ As ~ said...

ohhh mmg mcm tu bila pernah dilanda masalah kulit serius kita akan sanggup utk merugikan duit beli skincare yg berkualiti...saya 'ngam' bodyshop je.. tp mcm nak try je prep n prime tu...buat la entry psl tu nnt eh cik chelsea...hehee

yantie said...

best je bila tgk org wat review pasal skin care products..=)cam aku masih lagi tak kisah sgt pasal penjagaan muka..agaknya bila dah nak tua dah berkedut baru kesah kot..sbb pakai produk ape pun kalau dah jerawat nak timbul dia timbul jugak..so beserah je..haha..

Sayang.Ibu said...

serious ai mmg dah lama lalu-lalang kat dpn kedai skin food nih, tp malas nak singgah pasal, kang mesti beli. konon2 loyal giler dgn Bodyshop skincare.. tapi baca testimoni u nih sangat menarik.. maybe ai should drop by someday.. (sambil korek2 purse)...:P

monstorious wife said...

akak pakai drugstore punya barang jeh.. nanowhite. So far puas hati lagi guna nanowhite berbanding bodyshop..

MarlissaMusa said...

bagus..roh dah jumpa jalan pulang! :)

CikChelsea said...

AS,
baiklahhhhhh sis :D (tu pon kalau beli la bahahahha!!!)


yantie,
babe org dh kawen hormon dh stabil maaa, mslh jerawat blh dihindarkan ;p kne cr produk yg sesuai jeee

CikChelsea said...

kak intan,
pegi time dh gaji la baru syioookkkk!! br la penuh hasil 'tangkapan' ekekekeke =P


kak ilot,
prnh dgr itu nanowhite...mahal x? packaging kale hijau muda n putih kn? =)


marlissa,
tulahh minggu lps 'dia' sesat kt highway ;p

Hana said...

cik lin..
ok ke the facial wash..
tp i sgt suke dia punya scrub black sugar...
wah..
mmg haku mengosok semua black heads & white heads....
ilang & muka jadi lembut..
cume abit mahal but still long lasting la...
klu u pki ok, then i might change to this brand jugak..
sbb mcm best gileee!

CikChelsea said...

cik hana,
muka i skrg neh ok la nk banding dgn dulu, kulit dh tak kering sgt. n the best part is pimples dh tak kua kt muka, time period pun jerawat nakal itu klua kt dagu, bkn kt tgh2 muka =P

black sugar scrub best ekksss? wahh nk try la! sbb skrg neh sy pakai yg scrub rice tuhhhh =D

Hana said...

scrub yg rice 2 ok ke?
ade effect mcm SK2 ke?
heheheh~
tamak haloba tol aku...
sume nk...

CikChelsea said...

ok je i pakai. lps cuci dgn scrub tuh muka jd lembut nyahhh, mak soka skali!!! ;p

hr neh rs cam gatai tgn nk beli spot corrector yg tomato tuhhh...wpun mahal..camna neh camna nehhh T___T

Tyra Tira said...

Kalau muka berjerawat,berjeragat ,oily mcm sy ni okay ke?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...