19 Jan 2010

Nak ke Umbai adalah jauh, bila teringin kenalah buat sendiri

Siapa pernah singgah makan kat gerai ikan bakar no.1 Medan Selera Umbai, Melaka mesti pernah rasa jeli kelapa @ coconut jelly yang lazat. Apa? Tak pernah try? Teng teng tenggg (bunyi sound effect yang suspense). Rugi. Rugi. Nyaman gila bila masuk tekak, dah la manis...sejuk pulak tu. Syorga dunia! ;p

Jadinya bila dah lama sangat tak merasa jeli kelapa tu, rasa macam teringin (nak kata mengidam tak patut pulak kan since takda isi dalam perut kah kah kah! Tahi ada la ehhh macam tak patut mention) sangat nak makan! Jadi, jalan paling mudah buat sendiri. Melampau benar rasanya kalau drive dari YP ke Umbai semata-mata kerana jeli kelapa T___T.

Beli coconut jelly powder ni kat C. Siang BBU, JB. Kat sini takda ye tuan-tuan dan puan-puan. Bestnya kalau dok kat JB semua ada YB pun ada eh eh tumpang lalu~
Terima kasih YB sebab tolong poskan benda neh (kayalah national courier kalau tetiap minggu haku dok kirim barang, soh YB post ke sini...adeihhh laa. Lepas neh tak mau guna national courier mahal seyh! Dasar cheapskate muahahahaa)

Senang je nak buat jeli kelapa neh, kat belakang packaging tu ada resepi dan cara-cara nak buat :D

1. Anda perlukan air kelapa daripada 2 biji kelapa muda. Ambil air dan isinya.
2. Campurkan air kelapa tu dengan air biasa sehingga menjadi 3 liter / 3000 ml.
3. Didihkan air (isi kelapa asingkan, jangan masukkan dulu).

4. Selepas air mendidih, masukkan serbuk jeli kelapa, isi kelapa muda dan 1 cawan gula (kalau ikut cawan standard untuk baking, 1 cawan = 250 ml).

Tapi, kena tambah gula la since tak jadi semanis macam jeli kelapa kat Umbai tu, kureng manis = kureng sodap ;p. Next time buat amount gula tu kena letak lebih. Tapi untuk mereka yang menjaga kesihatan dan memang tak suka manis-manis, 1 cawan adalah cukup nice, orang kata manis buah heheh.

5. Kacau sehingga serbuk jeli kelapa dan gula larut dan sebati.
6. Matikan api dan sediakan bekas jeli.

7. Masukkan dan sejukkan dalam fridge dulu, barulah heaven untuk dimakan keh keh keh.

Kalau takda bekas macam nih bekas apa-apa pun boleh. Tapi bekas kecik-kecik lagi bagus sebab cepat sejuk and keras. Letak dalam fridge 1/2 jam dah boleh di ngapppp.

1 paket RM4.50 sajork, boleh dapat 18 cups macam dalam gambar tu. Berbaloi-baloi!

:D

11 comments:

Fatul Akrul Ramli said...

aku tak pernah makan benda tu

yantie said...

sedap aku suka..tapi aku tak makan kat umbai pun..tak ingt 1st time aku makan kat mana..tapi kalau aku kuar kilang ni kat smart auto tu ade jual..YB confirm tau..haha..
petang ni balik kerja aku harus singgah C.siang jugak..buat sendiri kat umah..

~ As ~ said...

wahhhh kat sabah banyak ni...ada lg kelapa bakar...sadap!

Sayang.Ibu said...

perrgghhhh..rajin btol anak dara sorang nihhh.. saspek btol mak, dik ooiiii...hahahahaa...:)

mrs.ecam said...

hooh gini ke cr nk wat....err cik chelsea pls pos ke sini bleh...cian le sye cam mngidam nk mkn jek...kui3...30hb nih blk muoo leh kot singgah umbai...tp nk gek rs yg cik chelsea wat nie...nmpk yummy....slruppppp....ngeh3

CikChelsea said...

fatul,
kesian kamu! mahu aku pos sedikit tak? heheh =P


yantie,
hehe sila2. ibu mengandung mmg pantang tgk gmbr makanan dan minuman eks? hihih. dh la ko tgh rajin kn kn kn? org lps kawen le katakan bahah!!

CikChelsea said...

sis as,
wahh kelapa bakar, sy mahuuuuuu~


sayang.ibu,
hehehe kak intan, rajin sy neh 3-4 sekali. malasssss nye pjg kah kah kahhh!


mrs.ecam,
pos yg serbuk buleh le..hihihihih ;p

mimie said...

amat hampagas...kebizian diri mak menghalang selalu lepak dirumahmu nyah:$ mak terseksa nyah:(

alizan75 said...

Mmg sedap...

CikChelsea said...

mimie,
apa nk buat noks, nko kn berbakti pd negara..tpaksa la bkorban masa, jiwa dan raga hikssss~


alizan75,
eh mana tau? prnh buat ke? heheh =P

miss mumun said...

wah.. ingatkan aper la kelapa jelly nie.. Rupe2nyer kat sabah dikenali sebagai Puding Kelapa.. Kalau akak pergi Sabah, sy rekemen akak pergi Satu tempat nie, namanyer Salut.. Puding kelapa, kelapa bakar, longan bakar meletopss ada kat sana.. =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...