19 Jan 2010

Ok sekarang baru boleh cerita pasal Adnan Sempit

(Picture's source: beliamuda.com)

Kan dalam previous entry dah kata, mood adalah kureng ketika menonton filem ini. Hanya di hujung cerita sahaja baru terhibur dengan lawak jenaka daripada filem ini. Semua neh gara-gara ahkak bising itu T___T. Sia nda suka sama dia bah, semoga tidak dipertemukan lagi dengan ahkak itu di dalam panggung wayang yang sama. Tensiooonnnn!

Beriya-iya menonton filem ini kerana di'recommend' oleh YB. Over okeh dia bagi 4.9999/5 stars untuk this movie. Saya punya personal review? 3.5/5 bintang sajork untuk filem Adnan Sempit.

Tolak tepi kesilapan, gangguan dan problemo (terjangkit Adnan yang menyebut 'awek' sebagai 'chikaro' di dalam filem tersebut) teknikal yang melanda lantas mengganggu konsentrasi saya ketika menonton filem ini.

Adnan Sempit hanyalah sebuah filem komedi ringan yang sesuai ditonton pada hari minggu, stock untuk hilangkan tension selepas 5 hari bekerja. Filem nih memang boleh buat anda ketawa. Cuma secara peribadinya, plot cerita adalah terlalu ringan dan jalan ceritanya meleret. Klimaks filem ini juga sejujurnya tak sampai tahap klimaks (sebab tak rasa macam ada 'jeng jeng jeng' dalam hati T___T). Setakat si hero (Adnan) terdengar si chikaro (Nadia) mengata dia hanyalah seorang Mat Rempit yang tiada value, bukankah itu tipikal? Lepas tu, gaduh dan masing-masing cuba bawak haluan sendiri. Dalam pada tu, terjadinya beberapa insiden yang menimpa hero dan chikaro dan akhirnya mereka bersama semula.

Haaa, tengok saya tulis 3-4 baris ayat je dah boleh menggambarkan keseluruhan cerita =p. Jalan cerita filem Adnan Sempit memang ringkas, tapi keseluruhan filem ini 'dicantikkan' dengan pelbagai aksi komedi yang ada antaranya segar. Dialog komedi yang dilonjolkan agak menarik! Samzy memang boleh berlakon komedi! =)

Antara baris dialog yang saya suka dengar - antara dialog di penghujung cerita (boleh dengar dalam iklan filem nih kat radio):

Adnan: Awak, saya nih muka je ganas, nama je mat rempit tapi dalam hati saya ada taman. (nangis sambil lentok kat bahu Nadia)

Dengan muka seposen si Adnan tu, memang bantai gelak la! :D

Then si Nadia pujuk dia

Nadia: Awak dah la wak, jangan nangis malu la orang tengok. (sambil usap-usap kepala Adnan)
Adnan: Saya suka bau awak. Awak wangi.

Bahahahahaa, bolehhhh? Sengal okeh si Adnan ituuuu!

Dah la ending memang sengal! Konon nak willy motor, tengok-tengok motor je yang naik, si Adnan dengan Nadianya terduduk atas jalan. Hahah.

Kalau anda mengharapkan filem Adnan Sempit ni lain daripada yang lain, mungkin tidak. Kalau anda datang menonton dengan harapan untuk mendapatkan hiburan semata-mata, anda mungkin akan dapat apa yang anda mahu. Secara peribadi, filem ini jatuh dalam kategori filem biasa yang tiada 'wow' factor.

9 comments:

monstorious wife said...

yang paling siot sekali siap ada kenduri akikah tu dalam movie tuh..

CikChelsea said...

kak ilot,
gila ahhh part tuhhhh, bdk ppuan tu vogel btl2 ke eksss? nmpk real..hihihhh

ya Allah ya Tuhanku, kau jauhkanlah keturunanku drpd terjebak dgn kegiatan spt itu, amin...

mrs.ecam said...

maceh cik chelsea ats review nih...sye mmg nk tngk tuk relese tensen jek...errr ade lg ke movie nie skang??? ke dh abes ek....kne tnggu cd die kuo ke???huwaaaaaaa lmbt la....dh basi dh pong kot ek...heeeee peace

Audee Valeria said...

hahaha... mcm nak tengok je ni..tp jangan la ada mak cik annoying kat sebelah tu.. sumpah ak tunjal je dahi dia.. hahaha

CikChelsea said...

mrs.ecam,
br je released 14hb hr tu..masih panas di panggung, sila la pergi tgk kalo nak :D

klo tgu dvd @ vcd lmbt, kualiti pun hampessss heheh


audee,
go go go watch it ;)
wah brani ko nk tunjal ahkak cmtu, kalau dia takde laki takpa..klo ada laki, kang laki dia tunjal ko blk LOL

~ As ~ said...

bah ko tunggu...sia blm tgk ni...

CikChelsea said...

Sis AS,
doa2la tade ahkak bising dlm panggung =P

heheh

hawa said...

cite dia mmg lawak..aku yg korang kate x berperasaan ni pun blh gelak x hengat...

CikChelsea said...

hawa,
ko kn mmg pelik..hahahaha =))

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...