11 Jan 2010

Sana sini AJL

Biasalah kan memang macam tuh lepas habis majlis award. Saya suka baca review orang yang panjang lebar dan secara details sebab nak jugak tau apa yang orang lain rasa, mungkin tak sama macam apa yang kita rasa. Ada orang suka, ada orang tak suka.

Tapi Anugerah Juara Lagu (AJL) 2009 malam tadi layak dilabel sebagai HEBAT. Takde la orang kata "indah khabar dari rupa", promosi hebat hasilnya pun tak mengecewakan. Syabas TV3! Cuma masa persembahan penutup tuh ada gangguan sekejap, apa hal? Heheh.

Mungkin juga saya rasa AJL kali nih hebat disebabkan award terakhir yang ditonton sangat bosan dan mendukacitakan tak lain dan tak bukan Anugerah Skrin 2009. Hikayat 1001 Malam yang entah apa-apa. Artis yang hadir pun tak semuanya sporting mengenakan busana seperti yang dikehendaki oleh tema. Ohh, tapi wajiblah tidak dapat melupakan betis Rozita Che Wan yang menawan tuhhhh bahahahha!!!

Ok, berbalik kepada AJL malam tadi, pembukaan majlis dengan Lagu Untukmu yang telah diubah music range nya khas buat Tok Ti adalah sangat memualkan. Nasib baik Lan keluar melontarkan vokal nyaring beliau, terubat sikit rasa menyampah kepada datuk-yang-seorang-itu yang sibuk nak nyanyi sibuk jugak nak jadi juri. Gila kuasa koooo...ooppsss! Apasal nyanyi lagu orang je, kau kan banyak kali menang AJL, nyanyi la lagu kau sendiri blerrggghhhh!!!

Owh, ada sesiapa perasan tak vokalis baru MUH yang bertopeng itu adalah Hazama? Peserta AF yang terkandas semasa sesi pemilihan terakhir. Tapi not bad la suara dia, dulu pernah dengar dia nyanyi live masa Konsert Retro Gempak Selebriti Astro kat Kluang, vokal dia was OK. Tapi haruslah tidak boleh menandingi vokal Lan yang nyaring ituuuu.

Juara AJL
  • Saya kira lagu Kau Pergi memang selayaknya menjadi juara. Melodi lagunya nan indah, bait-bait liriknya juga puitis (pergghh kenapa ayat haku yang tetiba jadi puitis? T___T) 'disempurnakan' pula dengan vokal mantap Aizat. Takde terkucil langsung. Music arrangement lagu Kau Pergi malam tadi juga sangat mengusik jiwa =). Selaras dengan konsep 1 Malaysia gituuuu keh keh kehhhh.

Persembahan Lain (tidak mengikut knonologi)
  • Ada sesiapa yang takut tengok Faizal Tahir tak malam tadi? Saya adalah takut. Serius macam tengok Michael Jackson yang mati tuh hidup balik. Patah tumbuh hilang berganti, Faizal nak jadi MJ yang baru ke? Barat jugak la yang dipilih...haihhh. Dulu dah elok-elok nyanyi untuk Mirwana =p. Nasib baik la tak jadi pape kat si Pejal tuh, Perempuan Kesayangan (PK) adalah jahat dia kata "...entah-entah time nyanyi bluwekkkk muntah darah". Dia yang kata saya tak kata =p. Ingatkan Shila nak back-up Pejal nyanyi malam tadi, rupanya jadi pak pacak sebagai gimik magic saja.
  • Sam (Bunkface) slighly nyanyi lagi 'elok' berbanding masa semi final. Hari tu masa semi final ya ampun hazabnya dengar dia menjerit time note tinggi. Kalau tak, takkan la si PK kata "Vokalis Bunkace ni nyanyi macam tercekik kura-kura" LOL. Malam tadi voice control adalah lebih pro, bagus Sam =p (aik, bercakap macam cikgu vokal gamaknya? Bahah)
  • Alahai Akim. Aku memang bengang la dengan kau! Lagu Bengang tu dah sesedap lagu dah, tapi penyanyinya 'over do', bila dah terebih-lebih lagu sedap pun jadi tak sedap. Gimik kereta terbakar, tayar terbakar tu tak perlu pun rasanya. Ada dengan tak ada tak memberi apa-apa impak. Kak Ilot sama PK 2-2 cakap benda yang sama iaitu Akim = Bezita. Hahahahahaha. Eh memang pun, tengok rambut pun dah tau!
  • Tomok, mengapakah kau menggunakan Diana Danielle sebagai props? Lawak la si Tomok nih, ingatkan dah jadi juara OIAM dah hilanglah sifat-sifat 'keboyband-an' dia rupanya tidakkkk. Guna props awek-cun-sakit-muntah-darah-pesan-jangan-lupakan-saya-abang alahaiiii so lame. Dah lapuk dah (-____-") Tomok kau memang New Boyz sejati kah kah kah!!!
  • Alya adalah sesuai berambut pendek. Setuju? Tidak seperti Jac yang saya kira tak sesuai langsung imej berambut pendek. Teserlah ke-kling-an beliau bila berambut pendek.
  • YB kata, neh YB yang kata okeh saya tolong taipkan je. Lagu nyanyian Stacy, Hujan dan Estrange adalah 'lagu pengiring' saja. Siang-siang dah tau tak akan menang punya. Gitu statement bf mak noksss. Tapi Andy Estrange adalah tetap menawan (seperti biasa) bahahahah. Tahun-tahun sebelum nih YB nan hado kesah pasal AJL, tapi tahun neh melekat la pulak dia depan tv mengadap AJL sampai habis. Saya rasa mesti disebabkan peserta dan lagu-lagu 'fresh' yang bertanding. Kalaulah yang bertanding semua lagu menjerit-jerit zaman Ramlah Ram, Ziana Zain harusla dia kata "Baik tidur" hehehehehe.
  • Yunalis Zarai adalah best! Time nyanyi boleh bagi senyuman manis sambil disertakan jelingan nakal. Ingat semua penyanyi boleh buat gitu? Tok Ti je dulu yang boleh nyanyi sambil senyum lawa. Sekarang Yuna pon boleh. Eh eh Aizat pon boleh jugak =p. Dengar lagu Dan Sebenarnya tu memang rileks habis la! Takde la tension macam tengok penyanyi yang nyanyi berkerut-kerut dahi, meneran suara dan urat leher macam nak terputus. Ngeri okeh.

Pasti ada yang tak puas hati, kenapa dia menang, kenapa dia tu tak menang. Vokal terbaik Black menang? Kenapa tak orang lain yang menang? Habis tu siapa yang patut menang? Saya nih takda la minat Black, tapi secara peribadinya vokal Black ok. Susah nak dapat penyanyi lelaki yang ada suara nyaring macam tu. Tengok dia nyanyi takde la seksa meneran-neran walaupun high note.

Mana la boleh nak puaskan hati semua pihak. Anugerah yang guna juri professional pun ramai orang yang tak puas hati, inikan pulak anugerah guna SMS. Andalah yang menentukannya (eh eh tetiba cam iklan)

4 comments:

monstorious wife said...

ye la uollss... sah2 akim tuh dgn rambut mcm tuh dgn overcoat yg panjang tambah dgn kerusi tuh sebijik mcm bezita.. Dpt inspirition dari citer dragon ballz sgt kaedahnya..

mimie said...

i tak pertikaikan aizat menang juara lagu memang sedap kaedahya...tapi persembahan terbaik??????uh amat memualkan...yele juri pun tok ti yang suka kanak2...ho3. tapi serius Faizal Tahir amat menakutkan....cam antu ju on...lagi bab merangkak bila baling tongkat and buka cermin mata...ui mengerikan...i pun bengang dengan akim yang nyanyi cam orang dari planet mana yang sangat bengang bila tiba di bumi.....apa motip nak buat rambut macam tu?????sukar dikenalpasti...peace no war:) ct nyanyi lagu untukmu da cam lagu tradisional.....sib baik ada lan penyelamat keadaan. kumpulan search nyanyi mmg superb:)

MATURED BOY said...

dato siti nyanyi dengan lan memang superb lah

CikChelsea said...

kak ilot,
tp nan hado sedap kan? dia nyanyi lagu bengang ms final AF lagi best!


mimie,
kena tgk overall performance aizat utk lagu kau dan aku. cara dia entertain crowd n ajak crowd sama2 rasa 'jiwa' lagu tuh =)


matured boy,
CT hanya rosakkan lagu MUH itu. sorry to say but that's my opinion :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...