22 Jan 2010

Tak boleh pakai punya orang

Weekend lepas emak, saya + family kakak ke JB. Jadinya rumah takda penghuni, abah balik rumah 1 lagi. Bila takda orang kat rumah 1 kampung boleh tahu. Apa sebab? Sebab rumah saya atas bukit, jadi bila gelap gulita wajiblah semua jiran tetangga tahu rumah saya takda orang.

Ahad petang sudah balik semula ke rumah. Rumah masih seperti sedia kala. Alhamdulillah, tiada perkara yang tidak diingini terjadi di rumah sepanjang peninggalan kami.

Betulkah?

Yakin?

Pagi Isnin emak buat 'rondaan' keliling rumah. Kalau extra rajin siram pokok-pokok bunga beliau. Kalau rajin tahap biasa-biasa, cuma berjalan keliling rumah buat apa yang beliau rasakan perlu. Sekali tuuuuu, di bawah pokok kelapa...

...kelihatan 6 biji kelapa bergelimpangan di atas tanah. Emak pun cepat-cepatlah pergi menjenguk 'kawasan'. Kurang asam! Kata emak. Kelapa-kelapa itu semua sudah ditebuk, airnya sudah habis diminum, kelapanya ditinggal begitu sahaja. Emak dah suspect budak-budak yang melepak di simpang depan tu yang empunya angkara! Mentang-mentanglah tahu kat rumah tiada orang, bukan main lagi ambil kesempatan budak-budak neh!!!

Esoknya, jumpa lagi 5 biji kelapa telah dipetik dan diletakkan di satu kawasan. Belum ditebuk. Emak pon pelik lah, siapa punya kerja yang main-main dengan kelapa beliau. Tak boleh jadi neh, dah melampau 'kutu rayau' neh, jaga kampung ke pedajal harta benda orang lain? Emak budget malam tu nak face to face dengan mereka, nak tanya dan minta kepastian siapa yang pedajal kelapa beliau.

Tiba-tiba datang Encik Nemo (bukan nama sebenar) - jiran saya. Beliau tanpa diminta telah memberitahu bahawa yang pedajal kelapa emak saya ialah orang TNB. Pekerja TNB yang dah taraf bapak-bapak budak yang datang betulkan cable (hari Sabtu ada gangguan bekalan tenaga elektrik) rupanya yang buat hal!!!!! Kesian 'kutu rayau' dapat tuduhan tak pasal-pasal hahahaha siapa suruh kau menjadi kutu rayau! (engkau tak buat pun orang akan suspect). Encik Nemo sendiri nampak kejadian itu dari anjung rumah beliau. Mahu ditegur pekerja TNB itu, Encik Nemo adalah pemalu. Jadi, dia ambil keputusan diam saja.

Persoalannya:
Apa ke bangang sangat pekerja TNB tu belasah kelapa emak saya tanpa kebenaran? Bukan soal "Alahai, pasal benda kecil je." BUKAN. Masalahnya mereka mengambil sesuatu yang bukan hak mereka tanpa kebenaran @ mencuri. Apa hukum mengambil sesuatu tanpa izin? Apa hukum mencuri? Takkan lah sudah jadi bapa orang pun hukum agama yang simple macam tu pun tak tahu. Hari nih kelapa, kalau dibiarkan lama-lama terbiasa pulak. Entah apa pulak lepas neh?

Kenalah ingat, awak ketua keluarga. Awak kerja untuk sara isteri, anak-anak dan keluarga. Kalau 'hasil' keringat dan titik peluh awak tu tak 'bersih', apa agaknya akan jadi pada keluarga awak? Esok-esok kalau ada antara anak awak yang berperangai begitu, nak salahkan siapa? Guru Bapa kencing berdiri, anak kencing berlari.

10 comments:

mamarempit said...

hooo..umah atas bkit...dr sekolah tu dh nampak....kuang asam jawa betul TNB punye orang....esk2 ada yg mati kejong kena karen.... :P

tk patut sunggoh

Sayang.Ibu said...

huhhh.. teruk btol perangai pakcik2 TNB tu. pesen yg asal boleh jek laa tuuu..

mrs.ecam said...

isk...x leh ikot cth ni la ek...mntk la izin...x rugi pe pong...silap2 cik chelsea bleh watkn air or bg cupcakes kn...heee peace...

sye pong pnah org amik pasir dpn umh sye tnpa pngethuan....mmg pasir 2 lebihan simen laman umh tp pe slh mntk izin...abes licin dieorg amik...niat d hati nk wat pagar gune pasir 2...skali sudah d kbas org daaa...ish3

AJ Nismihan said...

orang sekarang nih anggap benda macam nih biasa. benda kecik.
cer pikir panjang sikit.
tak ke sesia jer sebab benda kecik kena panggang dekat rumah akhirat nanti? tak berbaloi betul...
kasi pelesing sikit depa tuh

eh dah cek web tak?jadual dah kuar? dan tak payah pi putrajaya,sebab kena attend dekat Ipoh jer.jadi tak payah nak rasuah PLUS dengan petronas banyak2la kan :)
All the best chelsea

MATURED BOY said...

chaptcha words??apa??

CikChelsea said...

mamarempit,
tulah kak lia...sume dh tarak "pakcik2" tau. tp merangai amat sengal! kena karen kang pdn muke, ye dak? keh3


sayang.ibu,
tatau la pesen apakah itu, dah tua tp tak sado diri gamaknya..hazabbbb

CikChelsea said...

mrs.ecam,
tau takpeeeee!
klonaik atas bukit, kot hr tuh ada buat kapkek ke kek ke..blh la bg sket kn..jgn kata membasahkan tekak, memenuhkan perut pon boleh =P

pehh amik pasir smpi licinnn, lg melampau! ingt reta tok nenek dia ke (-___-")


AJ,
nt la next time dorg dtg...akan ku suruh emak ku men'sound' mereka yg tbabit.

aku br check td, thnx for ur info! :D (kena kat JB je...tp clash dgn tarikh aku + family nk pegi holiday...uwaaaaaa. tiket dh booking plak tuhhhhh)

*nanges*

CikChelsea said...

matured boy,
verification word dikkkkkk

eddie dewanaga said...

a few days ago ada kes ilang pelam kat umah mak gua... setelah mendapat khidmat hajah saripah a.k.a radio bergerak, gua dapat tau itu keja budak2 southern waste.

CikChelsea said...

hajah saripah tu musti jiran lu kn bro? jenis yg CNN dan BBC..kkekekeke.

mak lu halalkan tak bro?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...